Dulang platinum di tangan Zara pegang kuat dengan kejap. Seteko air teh dan limabbuah cawan buatan Itali beserta sepiring cucur udang dan sepiring sos cili yang siap terhidang di atas dulang platinum membuatkan dirinya berjalan perlahan terkedek-kedek macam itik pulang petang dan berhati-hati sambil mata bundarnya bersilih ganti memandang dulang dan berjalan didepan. Bimbang kalau-kalau tersilap langkah langsung jatuh tergolek beserta dulang yang siap ditatangnya.
"Bisa enggak Non Zara?" Tanya Kak Yuyun yang khuatir akan dirinya.
"Inshaa Allah." Balas Zara pendek tanpa menoleh gerangan empunya diri. Matanya masih fokus pada jalan ke ruang rehat milik keluarganya. Leceh betul menatang dulang ni. Boleh nipis senipis kulit bawang iman Zara. Apatah pula makanan dan minuman yang ditatangnya untuk dihantar kepada empat sekawan anak teruna yang duduk bersantai di ruang rehat. Zara pun kurang pasti siapa gerangan tetamu itu. Waktu Zara turun ke dapur tadi untuk mengambil minuman, Ashraf memanggil dirinya dan menyatakan ada lima orang kawannya datang bertandang ke rumah mereka dan Ashraf hanya mahu Zara yang menghantar dulang tersebut membuatkan zara membebel macam mak lampir padahal Kak Yuyun ada je duk tercongok di pintu dapur sambil menghirup vanilla latte.
"Angah taknak susahkan Kak Yuyun. Kesian angah tengok dia. Penat semacam je. Dulu masa baru datang rumah ni kemain montel je badan dia, sekarang angah tengok tak ubah macam tiang bendera kurusnya."
Ni kalau mama dengar mau kena piat telinga Ashraf. Adakah patut badan Kak Yuyun yang 'sihat walafiat' dikatanya macam tiang bendera. Hiperbola sungguh!
Tapi itu jugaklah alasan abang keduanya yang sering diguna pakai. Kalaulah Zara ada kuasa magik maunya dia sumpah abangnya jadi katak puru. Jahat betul anak badak ni! Gelak jahat.
Terpinga-pinga juga Zara sewaktu Ashraf menyuruhnya mengangkat dulang kedepan. Izara, anak dara paling comel, Tun Amir Izhan bin Dato' Tan Sri Tun Ilyas kena hantar minuman dan makanan kepada anak teruna? Euww..... jatuh saham Zara. Biar betul ni, angah? Rasanya tak patut benar padahal Kak Yuyun, pembantu rumah mereka ada. Ni kes dera ke kes buli adik beradik? Tapi takdelah Zara sampai hati nak cakap macam tu depan angahnya, maunya kena bahan setahun oleh Alvian dan Ashraf. Dah orang minta tolong, takkan nak jual mahal pulak kan?
"Amboi masamnya muka adik angah. Jalan pulak sopan macam anak dara melayu terakhir ni. Terkedek-kedek macam anak kucing kurap." Sakat Ashraf yang baru datang dari ruang rehat. Ada suara ketawa kuat dihujung kata-katanya. Memang kurang gula sungguh. Pastinya dia berasa lucu melihat pergerakan Zara yang perlahan mengalahkan siput sedut.
Zara menahan geram di dalam hatinya. Dahlah mintak tolong pastu banyak lagi songeh. Zara menjeling tajam kepada Ashraf.
"Jaga sikit mulut gajah angah tu. Kang ada yang koma tertelan cawan ni. Adik jalan macam ni sebab taknak bagi air atas dulang ni tumpah." Sanggah Izara tegas.
"Oh.....Ingatkan nak tunjuk ayu depan tetamu angah. Mana nak tunjuk perangai kasar dia kan? Tak gitu adik?" Giat Ashraf lagi serta sengihan nakal tersungging di bibir merah jambunya.
"Whatever!" Balas Zara pendek malas melayan Ashraf sambil matanya dijuling ke atas. Kakinya masih begitu berhati-hati mengambil langkah. Rasa tension pula kepala hotak. Rasanya kalau orang nak terberanak memang dah sah selamat melahirkan bayi. Lambatnya kemain berabad. Hiperbola lagi.
Sudahlah rasa malu turut singgah dalam hatinya apabila mengenangkan tetamu tersebut ialah lelaki. Patutnya Kak Yuyun sendiri yang bawa dulang ni ke ruang rehat. Dia sudah tentu kenal tetamu abangnya.
Tapi.....jangan haraplah. Ashraf sudah memesan kepadanya awal-awal lagi supaya tidak menyusahkan Kak Yuyun malah mengingatkan dirinya untuk menghantar sendiri dulang tersebut. Entah apa yang istimewa sangat tetamu dia sampai Zara jadi mangsanya.
Langkah kakinya hampir mencecah ruang tamu apabila Ashraf tiba-tiba muncul lagi dihadapan Zara. Terperanjat beruk Zara. Nasib baik dulang yang ditatahnya tidak jatuh terpelanting akibat terkejut.
"Ops.....sorry. Apasal adik jalan lambat sangat? Kering dah aesofagus tetamu angah."
"Kalau nak cepat, bawa sendiri dulang ni. Jangan harapkan orang lain." Sindir Izara tetapi kakinya masih lagi terus melangkah tanpa menunggu Ashraf.
Lagi cepat hantar langkahnya,lagi cepat dia naik ke bilik. Fikirnya, memandang hanya dia dan Ashraf sahaja berada di rumah. Faris mengikut mamanya ke butik kerana menguruskan beberapa hal. Papa pula dari pagi tadi turun ke pejabat memandangkan ada tender besar yang mereka dapat di Puchong. Along dan isterinya pula berbulan madu di Maldives selama beberapa minggu. Sunyi pulak rasanya bila diorang takda kat rumah.
"Adik macam tak ikhlas je nak tolong. Angah gurau je kot." Kata Ashraf mengejar langkah adiknya.
"Eee.....malaslah nak layan angah." Zara lantas ingin menoleh kearah Ashraf yang berada disebelahnya dan menghadiahkan jelingan tajam namun tatkala dia berpaling, terasa kepalanya tiba-tiba diselangkup dengan sehelai kain yang amat dikenalinya. Zara pandang betul-betul dan mengecilkan matanya. Err....alas meja mama? Hati Izara mendidih panas. Tunggu masa nak meletup saja lagi. Biadap sungguh abangnya! Ashraf berdiri dihadapan Izara lantas memegang kemas alas meja dibawah dagu Zara lalu meletakkan klip kertas yang sedia ada didalam poket joggerpantnya sebagai pengganti pin. Ia berlaku secara sepantas kilat. Senyuman lucu tersungging dibibirnya.
Dengan spontan, Zara ingin mengangkat tangannya untuk merentap kasar alas meja tersebut dikepalanya.
"Non Zara! Dulangnya mau jatuh....." Kedengaran suara Kak Yuyun separuh menjerit. Zara tersedar lantas memegang kuat dulang ditangannya. Dadanya berdegup kencang fuh. Nasib baik tak pecah.
"Kak Yuyun! Tengok angah ni." Zara cuba mengadu sambil membuat muka sedih.
"Lorh...... apa sudah jadi sama non? Angah kenapa bikin non begitu? Kasian deh." Kata Kak Yuyun dengan loghat Indonesianya.
"Non enggak pakai sarung kepala, Kak. Itu sebab angah tolong sarungkan." Ashraf meniru loghat Kak Yuyun. Ya ampun. Kok sama?
Ekk.....ertinya dia tidak memakai tudung dari tadi? Macam mana boleh lupa ni. Eh? Kan asal dia turun bawah tadi nak minum bukan nak tolong angah, patutlah dia tak bertudung. Izara menepuk dahinya sendiri.
"Thanks, angah." Zara cuba mempamerkan senyuman yang paling manis kepada Ashraf. Kak Yuyun hanya menjongket bahu lalu berlalu ke arah dapur.
"No big deal, baby." Mereka berjalan beriringan menuju kebilik rehat yang berada ditingkat dua, bersebelahan dengan bilik bacaan dan bilik solat.
Do vote & drop some comment :)
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...