Sesusuk tubuh lelaki kian menghampiri mereka bertiga. Senyuman yang manis tidak lekang dari bibir merah jambunya. Tubuhnya yang tegap kelihatan sungguh kacak tatkala empunya diri menggunakan baju Melayu berwarna coklat muda. Samping putih keemasan dikenakan di pinggang. Baju Melayunya kelihatan sedondon dengan abangnya serta kanak-kanak yang berada disampingnya. Mereka berjalan beriringan menuju ke meja bulat tempat Izara dan teman-temannya duduk.
Belum sempat Zara meneguk air minumannya, telinga menangkap sayup-sayup bunyi suara orang yang dilihatnya tadi. Suara lelaki tadi kian menghampiri. Mujurlah dia tidak terkejut beruk tadi, kalau tidak tentu saja air minuman yang hendak ditelannya termuntah keluar. Sebelum ini, dia pernah terkena kes yang sama kerana disergah secara tiba-tiba oleh Abang Airel, rakan kongsi syarikat Alvian, semasa menghadiri ke satu majlis makan malam dengan tetamu-tetamu kehormat, termasuk semua anak syarikat Ams Holding bagi menyambut hari lahir Dato' Haji Tun Ilyas, datuknya pemegang saham saham terbesar syarikat Ams Holding. Kini jawatan itu telah disandang oleh papanya, Dato' Tun Amir Izhan atas permintaan datuknya. Tun Alvian Izran, mempunyai master dalam bussiness Administration graduasi dari University luar negara, berjawatan sebagai Pengarah Syarikat, tidak hairanlah umur abangnya yang muda sudah menakluki jawatan besar itu. Abang keduanya pula, berjawatan sebagai pengurus syarikat, Ashraf mempunyai degree dalam bidang bussiness sebagaimana macam abang sulungnya, graduasi dari universiti luar negara. Jadi sehingga kini, dia amat berhati-hati ketika meneguk sebarang minuman ketika berhadapan dengan ramai orang.
......
Suara muzik irama pop telah berganti dengan karoeke. Masing-masing mahu menunjukkan bakat menyanyi, termasik deejay sendiri.
"Eh Haikal, lama tak dengar khabar. Dalam whatsapp group kau jadi silent reader tak bertauliah." Kata Izara sebaik sahaja Haikal berada dimeja mereka. Qaseh dan Sara sudah duduk diam menikus sambil menyuap nasi kedalam mulut. Makan pun bertambah. Ni nafsu harimau ni. Bisik Izara dalam hati.
"Alhamdulillah. Akhirnya jumpa jugak aku dengan kat. Terubat sikit rindu aku ni Zara."
"Kal. Aku tak berapa dengarlah. Muzik kuat sangat. Kita borak kat tepi kolam renang sana." Kata Izara lantas bergerak ke arah yang dimaksudkan. Makanannya dibiarkan dahulu memandangkan Izara faham akan ketidak selesaan yang dialami oleh dua temannya.
"Haikal. Jalan cepatlah sikit. Berlenggang sana sini. Kau ingat ko superstar?" Panggil Zara setelah menyedari dirinya sudah sampai ketempat yang dikehendaki.
"Zara. Lama tak jumpa kau. Aku dengar tadi kau dengan Abang Daiyan jadi pasangan pengapit. Betul ke?" Soalan pertama Haikal kepada Zara. Arjuna disebelahnya pula menari-nari. Ya Allah, comelnya budak ni.
"Kau kan dah tahu. Takkan tanya lagi." Jawab Zara hairan.
"Saja je tanya. Manalah tahu kakak engkau ke kan?" Haikal cuba berdalih. Sah. Memang berdalih. Zara kan takda kakak. Merapu.
"Ini mesti ada apa-apa. Takkanlah saja-saja sampai aku takda kakak ni pun boleh ada." Zara menangkap pantas.
"Okeylah. Aku gurau je kot. Saja nak borak dengan kau. Kenalkan ni anak saudara aku. Hensem macam aku tak?" Soal Haikal lalu ketawa diiringi oleh ketawa anak saudaranya.
"Okay if you said so. Not bad. Hensem budak ni. Juna kan?" Lantas Izara menundukkan sedikit badannya untuk mencium pipi Arjuna. Dan.....
"Juna! Is that you? Come here and play with me." Satu suara dari arah tingkap rumah Zara.
"Yes it's me, Faris. Okay. Give me five minute." Jawab Arjuna lantas bersalam dengan Zara dan Haikal.
"Paksu, aunty, Juna main dengan Faris dulu ek. Bye."
"Ye." Jawab mereka serentak.
Setelah hampir 15 minit mereka berbual kosong, Haikal terpaksa mengundur diri kerana dia perlu menemani Arjuna dan Faris bermain, dikhuatiri mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Arjuna pernah terjun dari tangga rumah mereka kerana terikut-ikutkan cerita kartun spiderman. Nasib baik ada Haizad berlari lantas menyambar baju Arjuna untuk menyelamatkannya. Semenjak dari kejadian itu, Arjuna dikawal ketat oleh ahli keluarganya.
Beberapa detik kemudian, Zara memandang ke kiri dan kanan. Erk! Dia tidak perasan bahawa dari tadi dia dan Haikal diperhatikan oleh seseorang. Dia lantas tersenyum dan berjalan laju ke arah meja mereka tadi untuk menyambung makannya yang tergendala tadi.
"Ish. Dia buat apa kat sana tu. Takkan aku cakap dengan Haikal pun tengok aku macam nak telan orang hidup-hidup." Gumam hati Zara. Woi Zara, jangan-jangan dia penat kot sebab berdiri lama tadi. Kau jadi pengapit pun penat jangankan dia yang dari tadi.
......
Zara berjalan semula ke mejanya. Sebaik sahaja menghampiri, tempat duduknya telah ada seseorang yang mengambil alih. Dari pandangan belakang, Zara tahu dia seorang lelaki. Duduk betul-betul bersebelahan Qaseh. Eh Haikal ke? Tadi bukan Haikal masuk kedalam rumah aku ke? Bisik hati Zara. Dan satu-satunya gelas sarsi kordial Zara berada di tangannya. Eh? Tapi macam kenal! Seru hati Zara begitu yakin.
Cikgu Haizad!
Jangkaan Zara tepat. Hanya beberapa langkah sahaja dari meja, Cikgu Haizad menoleh ke belakang lantas menghadiahkan Zara senyuman. Agaknya dia menyedari kehadiran Zara. Dia masih tersenyum kepada Zara seperti tiada apa-apa berlaku. Mata Zara lebih memberi perhatian kepada Qaseh. Qaseh sekadar jongket bahu. Maknanya dia tidak mahu mengulas apa-apa tentang kehadiran lelaki yang tidak diundang ini. Kemudian mata Zara berpusing ke arah belakang, mencari meja lelaki itu bersama rakan kerja Alongnya. Meja itu telah kosong..... tidak ada lagi wanita bersama kanak-kanak lelaki juga bersama rakan pejabat Alongnya. Oh, mereka sudah pulang barangkali.
"Maaf sweetie.... saya dah ambil tempat awak." Ucapan pertama yang Zara dengar apabila dia mula mengintai beberapa lagi kerusi kosong. Cikgu Haizad cuba bangun.
"Takpa, cikgu!" Zara buat endah tak endah sambil mengisyaratkan tangannya agar Haizad terus duduk di situ. Sebaliknya dia sendiri mengambil kerusi yang tadinya diduduki oleh Sara.
Sara pula sudah hilang ke mana dari tadi.
Qaseh menolak pinggan nasi Zara yang masih berbaki separuh kehadapan Zara. Zara menggeleng. Manalah ada selera lagi Zara nak makan kalau tempat duduknya dah dikebas orang. Lagipun Qaseh dah pun habis makan. Takkan Zara nak sambung makan sorang-sorang. Kemudian, pandai pula Cikgu Haizad ambil gelas minuman Zara. Masih banyak lagi air sarsi itu biarpun Zara telah meneguk sekali sebelum dia pergi berbual sebentar bersama Haikal tadi. Tiba-tiba selera makan Zara ghaib.
"Sorry.....saya pergi ambil air lain ye, sweetie." Haizad bagaikan faham dengan lirikan mata Zara kepada gelas ditangannya yang hampir kosong.
"Nak minum apa? Qaseh! Sweetie!" Haizad sudah berdiri.
Tangan Haizad tergawang sekali seolah-olah menepis sesuatu dihadapan mata.
"Opsss..... lupa pulak. Sarsi je yang ada." Haizad ketawa sendiri disambut oleh Qaseh.
"Takpela, cikgu.... Saya tak haus pun!" Dalih Zara seraya menolak pula pinggan nasinya ke tepi. Sebuah jelingan Qaseh hadiahkan singgah ke wajah Zara.
Ada sesuatu mula berlegar dalam benak Qaseh. Perbualan yang hampir 15 minit antaranya dan Haizad sebelum kedatangan Zara pun banyak memberi hint buat Qaseh merumus sesuatu tentang Zara dan Cikgu Haizad. Begitu juga apabila Haizad mengambil gelas minuman Zara tanpa segan silu didepan Qaseh sendiri. Tapi benarkah tekaan Qaseh? Tidak mustahillahkan memandang Cikgu haizad merupakan teman kepada abang-abang Zara.
Senyap!
Mata Haizad tidak lepas daripada memandang wajah ayu Zara.
Sejuk mata memandang. Ya. Itu yang dia rasa.
Jangan lupa vote guys! Dan jangan lupa campaklah jugak beberapa komen supaya mudah bagi saya untuk memperbaiki kekurangan jalan cerita saya.
Yang nak bagi idea untuk bab seterusnya pun boleh pm saya. Nanti saya edit.
Eh lupa pulak, sesiapa yang pandai buat story cover boleh bantu saya buat tak? Sebab saya ni bukannya kreatif sangat nak ukir-ukir bagai. Hehehehe. Yang sudi jelah. Tak paksa pun.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...