Papa, along, angah dan Kak Aina kerja. Dik Ris pula dah lama sekolah memandangkan umurnya sekarang berusia 5 tahun. Sungguh dia benar-benar bosan seorang diri di rumah. Nak kerja sambilan sementara tunggu result SPM keluar, awal-awal lagi Encik Izhan tak izinkan. Selalunya, ada juga Kak Yuyun yang temankan Zara berbual. Tapi takkan nak ganggu Kak Yuyun berehat setelah penat membuat kerja rumah. Puan Fadya pun jarang-jarang lekat juga di rumah setelah nama butiknya melonjak naik akhir-akhir ini. Tapi sekarang, hanya skrin TV yang menjadi peneman hidupnya dekat rumah walaupun satu siaran pun tidak dipedulikannya.
Dia bosan! Zara mengeluh.
Laptopnya yang terbuka sejak tadi juga tidak dihiraukannya. Kupon KFC di atas meja ditatap lama. Ideanya muncul. Rasanya bukan payah mana nak drive sendiri memandangkan dia sudah ada lesen kan?
Dia tersenyum sendiri. Yahoo..... Selama ni pun, dia selalu keluar jalan-jalan bersama keluarganya. Tapi rasanya kalau kali ni dia seorang diri pun tak ada masalah. Lagipun dia ingat jalan.
Zara akhirnya tersengih sendiri. Laju sahaja kakinya melangkah ke tingkat tiga untuk menyalin pakaian. Jam di dinding dikerling sekilas. Pukul 11 pagi. Elok sangat dah. Lepas lunch boleh balik. Dia menari riang.
Zara bersiap tak mengambil masa yang lama pun. Setengah jam kemudian, dia sudah terpacak di parkir SOGO yang terletak di luar bangunan. Dia keluar dari keretanya. Nasib baik parkir masih banyak yang kosong.
Zara menepuk dahinya sendiri. Kenapalah dia tak parkir kat dalam bangunan SOGO saja tadi? Susah pula nak jalan kaki sampai ke depan pintu masuk SOGO. Haish.
Zara..... kenapalah tak fikir panjang betul? Asyik nak kerja senang je. Patut juga dia selalu kena bebel dengan mama.
Kalau payah nak cari parkir tadi, Zara sudah berkira-kira untuk pulang saja ke rumah.
Kakinya melangkah perlahan. Nasib baik juga hari ini bukan hari minggu. So tak adalah sesak sangat manusia dekat tengah-tengah bandar ni. Buat panas hati je.
Matanya memerhati sekeliling. Mana tahu terjumpa kenalan sekolahnya. Kot-kot lah.
Sunyi betul tempat parkir hari ni. Risau juga dia berjalan seorang diri. Malah dia juga seorang gadis. Tak berteman pula.
"Ehem.....hai adik manis. Jalan seorang aje ke?" Tegur seorang lelaki yang kelihatan seperti tidak terurus. Badannya pula bau arak. Sampai Zara naik loya.
Jantung dia pula tak usah cakap,memang hampir terkeluar dari badan. Dia sebenarnya takut juga nak berpusing ke belakangnya. Dia mendengar lelaki itu ketawa. Zara tersentak. Ingatkan lelaki itu seorang diri, rupanya berteman.
Ya Allah, janganlah dia diapa-apakan. Dia masih muda lagi. Masih panjang perjalanan hidup nak ditempuhi. Hatinya merintih.
"Tak payah nak sombong sangat." Sekali lagi lelaki itu bersuara. Tetapi kali ini temannya yang bercakap. Zara dengan berani dia mengangkat muka dan berpaling kearah lelaki tersebut. Zara terasa dirinya seakan-akan berakhir disitu. Dadanya berombak kencang tatkala mata mereka bertentangan. Kedua lelaki tersebut melemparkan senyuman sehingga menampakkan gigi rongak mereka.
Zara kaku.
"Nak kami temankan adik manis?" Lelaki berjambang lebat itu bersuara lagi. Kaki mereka sudah melangkah menghampiri Zara. Zara sudah menggigil. Dia terlalu cemas sehingga dia tidak dapat berfikir panjang. Padahal boleh aje, dia buka langkah seribu. Tapi sekarang, dunianya seakan-akan kaku.
Haa.....itulah lain kali keluar lagi ke tengah-tengah bandar, seorang diri pula tu. Ni menempah penyakit namanya.
"Err....." Suaranya tersekat di kerongkong. Air matanya mengalir laju. Papa, Zara takut.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...