Bab 7

6.7K 250 0
                                    

Setelah tamat pengajaran pada hari itu, Cikgu Loreta segera mengingatkan pelajarnya tingkatan lima Sains 1 tentang kelas tambahan Fizik pada petang itu memandangkan peperiksaan SPM akan berlansung beberapa bulan sahaja lagi.

Izara segera menelefon papanya. Butang dail ditekan selepas mengisi duit syiling ke dalam telefon awam. Talian sedang disambungkan.

Tut.....tut.....

"Assalamualaikum papa, adik ni. Where are you? Did you forgot about your promised? " Bertalu-talu soalan Zara kepada Encik Izhan.

"Waalaikumsalam. Takdelah, papa lupa janji. Pernah ke papa lupa janji?"

"Hehe.....sorry pa. Adik tunggu kat parking lot."

Izara dan papanya berjalan bersama menuju ke pejabat guru. Ada yang memberi salam kepada papa. Izara mengetuk perlahan pintu bilik Cikgu Loreta.

Tok tok tok.......

"Masuk." Arah Cikgu Loreta, matanya masih tidak lepas dari memandang kertas ditangannya.

Mereka mengambil tempat duduk didepan cikgu itu. Kedua anak-beranak itu saling bertatapan.

"Selamat petang, puan. Saya ke sini kerana meminta izin agar puan membenarkan anak saya untuk tidak menghadirkan diri ke kelas tambahan petang ini. Kami ada masalah yang perlu kami selesaikan. Harap puan faham."

"Baiklah Encik Izhan. Saya faham. Saya harap Izara juga akan membuat ulangkaji terhadap pelajaran yang tertinggal hari ini."

"Terima kasih, puan. Kami minta diri dulu."Kedua-dua mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Izara bersiul-siul kecil.

.....

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Izara dan papanya mencari kelibat abang keduanya itu. Kaki diteruskan melangkah. Kebas dikaki lansung tidak dihiraukan.

Hampir setengah jam mereka menunggu. Izara merasakan matanya ditutup oleh sesuatu. Gelap!

"Tolong! Ada orang nak culik saya. Tolong!" Jerit Zara.

Semua orang melihat kearah mereka dan ada yang tertinjau-tinjau bak adegan drama sebabak itu.

"Eh.....adik! Perlahankan suara tu. Tak malu ke orang tengok?" Keras suara papanya.

"Papa! Adik nak kene culik ni pun papa cakap macam tu lagi?!" Berderau darah Izara mendengar ucapan yang dituturkan oleh papanya tadi.

"Baby. Ni angah lah. Tu pun adik tak tahu." Ashraf melepaskan tangannya daripada muka Zara.

"Eh angah lah, rindunya adik." Manja Izara lantas memeluk erat abangnya. Kepalanya diusap perlahan.

"Meh sini angah peluk dulu adik ni. Rindunya. Kita....."

Sambil memeluk dan mencium pipi adiknya. Papanya tidak dihiraukan malah beg besar yang diangkatnya sebentar tadi diletakkan di tepi.

"Aik? Adik je angah peluk? Papa? Dari tadi papa tunggu." Pintas papa sebelum angah menghabiskan kata-katanya. Ashraf sudah berada dalam pelukan papanya.

Tergelak Izara. Papanya umur tahun ni 48 tahun tetapi paras rupa papanya tidak menunjukkan umurnya yang sebenar. Masih kelihatan segak dan bergaya malah seperti abang dan adik ketika mereka berjalan seiriringan.

"Kita ke The Chicken Rice Shop dulu. Papa dah lapar ni. Harini papa belanja."

Papa memutuskan kata-kata sebelum mereka balik. Mereka melangkah pantas keluar daripada lapangan terbang.

"Habis beg ni siapa nak angkut?" Zara bersuara tiba-tiba. Dahinya berkerut apabila melihat papa dan abangnya menjongket bahu lalu melangkah pergi.

"Papa! Angah!" Jerit Zara tetapi tangannya sudah menyorong beg roda Ashraf yang berada diatas troli. Encik Izhan dan Ashraf hanya ketawa. Bukan selalu dapat peluang nak buli Zara. Haha.

"Okay pa. Angah pun lapar jugak ni." Matanya sedang asyik melirik Zara yang sedang membebel dibelakang. Sengaja suaranya dikuatkan agar Zara mendengar kata-katanya.

"Apa susah. Mintak tolong along kamu lah. Kan dia bakal menjadi CEO syarikat. Amboi papa kerja sebab nak cari rezeki untuk kita sekeluarga sayang."

Mula dah, mula dah papa nak membebel. Zara tayang muka toya.

"Opocot!" Encik Izhan melatah apabila pinggangnya dicuit Izara.

Ketawa Zara dan Ashraf bergabung. Sukalah tu.

......

Mereka memasuki restoran itu dan mengambil tempat yang agak terpencil daripada orang ramai. Masing-masing mengambil tempat.

Pelayan lelaki memberi menu makanan

"Berikan Fried chicken steam rice 4, big baby kailan, apple juice, cold tea o and milo iced."

Pelayan tadi mengulang makanan yang mereka telah orderkan.

"Terima kasih. Saya minta diri dulu." Ramah pelayan lelaki itu lantas menghadiahkan senyuman kepada mereka.

Mereka berbalas senyuman.

"Papa, kenapa order empat nasi ayam?" Tanya Zara curiga. Kot-kot mama ada jugak. Matanya melilau.

"Sebab papa tahu, anak-anak papa ni tak cukup satu pinggan. Lebih lagi adik ni. Bukannya makan tapi melantak."

Gelak Encik Izhan disambut pula oleh Ashraf pulak. Zara hanya tayang muka tak beriak.

Tiba-tiba ingatannya menerjah wajah Cikgu Haizad. Dia tersenyum.

"Hoi berangan!" Sergah Ashraf lalu mencubit pipi Zara. Zara terkejut melatah.

"Eh mak kau tua!" Zara tersipu malu sambil menggosok pipinya. Tunggu kau, angah!











Do vote & drop some comment guys!

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now