"Kenduri kesyukuran?" Soal Zara pelik apabila tiada angin mahupun ribut, Qaseh menyampaikan jemputan daripada Qhaleesha.
"Yelah." Jelas Qaseh geram dengan riak muka blur Zara. Panas hati juga terasa apabila Zara mengajaknya di gerai tepi jalan padahal baru je dia teringin nak pekena Red Velvet Cheese Cake di Secret Resipe Restaurant.
"Maksud aku kenduri tu for what? And one more, dia takda mulut ke nak bagitahu sendiri?" Soal Zara tanpa riak seraya masih menyuap nasi kedalam mulutnya. Qaseh hanya memandangnya geram. Dahlah perut ni berkeroncong, dari genre soft ke genre rock gamaknya.
"Ariana Izara. Please hear carefully. She got straight A's right? So that her parents decide nak buat kenduri tu. Then, masa dia sampaikan jemputan hari tu, kau ada kat mana? Kau bagitau aku sekarang?" Qaseh sudah hilang sabar terhadap Zara. Boleh pula dia salahkan Qhaleesha sedangkan hari tu dia sibuk menternak tahi mata gajah kat library sementara menunggu Ashraf menjemputnya. Entah apa yang penat sangat sampai dia tak dapat tahan lelap matanya selepas menelefon Alvian sedangkan niat asalnya hanya mengembalikan komik yang dipinjamnya tahun lepas. Mahunya dia bayar belasan ringgit sebab hantar lebih daripada tarikh yang sepatutnya.
"Ops....maaf." Zara tersengih untuk menutup malunya. Mulutnya yang masih penuh dengan nasi pun ada yang tersembur sedikit.
"Weh! Tak senonohnya rupa kau makan. Pengotor." Jerit Qaseh.
Mukanya yang kegelian itu hanya dipandang Zara dengan mata ke atas. Ada aku kisah?
"Asal kau penyibuk sangat....uhuks....uhuks....."
Zara sudah tersedak nasinya. Habis nasi didalam mulutnya tersembur keluar. Dah macam naga. Ni anak dara ke anak badak? Kalau Puan Fadya tahu, memang merah telinga Zara dipiatnya.
"Nah minum air ni. Kalau nak bercakap habiskan makanan dalam mulut tu dulu." Terasa belakangnya digosok perlahan dan suara itu. Ya! Dia kenal! Air yang dihulur oleh orang itu disambutnya. Lantas Zara angkat muka melihat Qaseh yang sudah melopong. Ah sudah!
"Cikgu." Hanya itu yang dapat terkeluar dari anak tekaknya. Ya dia penyelamat Zara yang kedua selain Aref.
"Ye saya." Lantas 'cikgu' itu tersenyum melihat Zara. Dari tadi dia berada di gerai itu bersama sepupunya, Darwis, tetapi dia tidak sama sekali perasankan Zara. Dia ternampak Zara apabila dia hendak membayar bil makanannya bersama Darwis. Selepas membuat pembayaran, sekali lagi dia melihat kearah Zara dan dia nampak Zara seperti tersedak. Laju kakinya melangkah kearah bekas pelajarnya lantas menggosok perlahan belakangnya.
"Cikgu Daiyan buat apa kat sini?"Tanya Zara selepas mengelap mulutnya menggunakan tisu. Mukanya sedaya upaya ditahan. Malu dia malu! Jatuh saham aku. Getus hati Zara.
"Saya baru je lepas habis bercucuk tanam kat gerai makan ni." Perkataan 'bercucuk tanam' dan 'gerai makan' itu sengaja Daiyan keraskan. Kali ini Qaseh dan Zara sama-sama ketawa. Loyar buruk pulak orang tua ni.
"Maaf, Cikgu Daiyan."
"It is okay, Zara, Qaseh. Saya dah nak gerak ni. Sampaikan salam saya kat my baby, Aryan Faris." Kata Daiyan sebelum berlalu pergi.
Zara lihat Qaseh yang sedang merenung tajam kearahnya. Dia angkat kening double-jerk. Apasal tetiba ni?"Yes, miss?" Zara seperti mahu menyambung kembali makannya. Sah dia terlupa! Qaseh tepuk dahinya.
"Weh! Takkan kau nak sambung balik makan selepas kau sembur satu meja dengan peluru nasi kau. Kau ingat kau naga betina?"
"Ish...aku lupalah, Seh." Zara sudah tergelak. Dilihatnya sekeliling ada beberapa mata yang melihat dirinya seperti dia telah 'berak' disitu.
"Jom, chow." Qaseh sudah berdiri hendak ke kereta milik kakaknya.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Roman d'amour"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...