Dah lepas seksa! Alhamdulillah.
Sengih yang berbunga-bunga sejak petang tadi masih tidak cair. Zygomatic major macam dah terlekat je nak tersungging mengukir sengih di bibir. Namun duduknya memang tak senang di dalam bilik tidurnya yang malap berlampukan lampu tidur yang kecil. Sekejap-sekejap berbaring di katil, sekejap-sekejap duduk bersila di atas katilnya bersaiz queen. Cepatnya masa berlalu, tup-tup dah satu setengah pagi.
Rumah sudah lama sunyi. Papa, mama, Along, Kak Aina, Angah, Dik Ris(Faris) dan Kak Yuyun dah lama lena diulit mimpi agaknya. Sakan sangat siang tadi sibuk dengan majlis kenduri Along. Dah malam sikit, makan malam ramai-ramai, solat isyak berjemaah. Papa dengan mama seronok je terima ahli keluarga baru. Bersyukur Zara kerana melihat kedua ibubapanya gembira. Zara bangun dari duduknya. Gagang wireless Unifi Singer di tangan kanannya dilambung-lambung. Matanya buat ke sekian kali memandang jam loceng berbentuk hati di tepi bantalnya. Satu empat puluh lima pagi. Kira redah je lah. Peduli apa kan?
Kalau kena marah, macam mana ni?
Pedulilah kena marah pun. Bukan luak pun isi di badan. Sama-sama makan nasi. Tengah seronok tahap ke bulan ni. Zara melompat ke atas katilnya semula. Cekap tangannya menekan skrin iPhonenya. Seketika kemudian terdengar nada talian disambung. Gulingnya ditarik ke riba. Cepat la pick up the call.....cepat la.....
Di corong telefon terdengar talian diangkat.
"Helo. Assalamualaikum." Cerianya sudah berbunga dalam suara macam pesta bunga api.
"Wa'alaikumsalam."
"Qhal!" Aura ke bulannya dah tak boleh nak cover lagi. Sengihannya makin melebar.
Kening Qhaleesha terangkat sebelah. Ni apasal pulak budak ni?
"Zara?" Cepat matanya mencari jam di tangan. Buku-buku novel bersusun yang tadi di tangan dilepas ke meja.
"Qhal! Rindunya aku. Baru haritu aku jumpa kau siap hantar kat airport lagi." Suara Zara dah ke langit.Ni eksaited tahap babun nak beranak.
"Sungguh? Alhamdulillah. Ada jugak orang rindukan aku ni....."
Qhaleesha mengulum senyum mengucap syukur. Ceh. Melebih pulak Qhaleesha ni.
"Good for you, Zara. Congrates."
Zara ketawa senang. Happily intoxicated. Ceria overdose.
"Thanks, Qhal."
"Seronoknya dia....."
Zara ketawa lagi. "Mestilah, Qhal. Aku dah ke bulan ni."
Qhaleesha turut ketawa. Namun dalam pada itu kepalanya mencongak. "Ni kenapa kau called ni? Bukan kat Malaysia satu lima puluh pagi ke?"
Senyum Zara masih berbunga.
"Memanglah. Aku gembira sangat sebab aku dah terlepas dari perjanjian aku. Ala.... yang tolong Along jadi pengapit dia, kan aku ada whatsapp kau dua hari lepas?"
"Pasal tu je ke kau nak bagitau aku? Ke kau tak sabar nak naik pelamin sendiri? Dah tengah-tengah malam baru kau ingat nak aku, eh?" Qhaleesha sengih menyakat.
Ketawa Zara pecah lagi.
"Takkan la aku nak call kau sebab tu. Merapu je kau ni. Lama duduk bumi New Zealand makin kotor otak engkau ye. Lagipun kat New Zealand masih pagi-pagi buta pulak tu. Maunya kena sumpah dengan kau."
"Boleh je kalau kau hantar mesej, kan?"
"Kacau cerita la macam tu."Zara mencebik.
"Apa kes kau nak cerita panas pakai mesej."
![](https://img.wattpad.com/cover/59867509-288-k516723.jpg)
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...