"Para pelajar dan guru diminta mengambil tempat duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. Terima Kasih." Ucap Cikgu Hanees, pengacara majlis hari itu.
Setelah semua mengambil tempat, lagu Negaraku dimainkan. Selepas itu, bacaan doa daripada Ustaz Syafie.
Pelajar dan guru dipersilakan duduk.
Setelah kesemua guru bertugas memberi sedikit maklumat dan kata-kata kepada pelajar, pengaraca majlis menjemput pengetua sekolah untuk berucap sepatah dua kata.
"Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia anak-anak."
"Waalaikumussalam wbt, pengetua." Hampir serentak pelajar di dalam dewan menjawab salam. Tangan mereka ditepuk.
"Apa khabar semua? Its almost two weeks we were not meeting each other. Saya harap awak semua boleh menjaga diri, nama keluarga dan nama sekolah.
Ada tak dengar berita tv3 semalam? Kes rogol semakin berleluasa sekarang. Mana tak nya? Akhlak remaja sekarang semakin runtuh. Yang berpakaian macam tak cukup benang, memang nak menempah bala. Yelah, cuba awak bayangkan seekor ikan fresh letak di depan kucing. Jangankan kucing muda, kucing tua yang dah kerepot, gigi rongak pun terliur tengok tahu."
Seluruh isi dewan letawa dengan lawak jenaka pengetua yang menggunakan istilah kucing tua kerepot. Tapi yg paling over gelak mestilah Qhaleesha.
"Haa..... Qhaleesha. Merdu suara awak. Apa yang lucu sangat dengan ucapan saya?".
Muka pengetua pun ketat semacam walaupun hati sudah digeletek dengan lawak spontannya. Dewan kembali sunyi. Qhaleesha menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"Sebelum saya terlupa, kita telah difahamkan bahawa ada dua orang guru baru yang berpindah disini. Saya ucapkan selamat datang dan berharap agar cikgu-cikgu dapat bersabar melayan kerenah anak-anak didik kita.
Yang pertama, Cikgu Tengku Atiq Haizad. Cikgu Haizad ni graduan dari University Of Brunel dalam bidang sains dan matematik. Cikgu Haizad juga merupakan abang kepada Ten.....
"Err.....pengetua. Tak payah lah cakap yang tu. Biar diorang sendiri tahu nanti." Tanpa sempat pengetua menghabiskan ayatnya, Cikgu Haizad segera memintas. Pengetua angguk kepalanya perlahan.
"Cikgu Haizad akan mengajar matapelajaran matematik bagi tingkatan empat sains 1 dan lima sains 1."
Izara sudah melopong, rahangnya seakan-akan jatuh kebawah. Cikgu yang berdiri sebelah Cikgu Irfan tadi ialah Cikgu Haizad. Ah sudah! Izara menepuk dahi. Pelajar kelasnya yang lain sudah bersorak gembira tetapi tidak bagi Izara. Entahlah.
"Seterusnya, Cikgu Daiyan Harith. Cikgu Daiyan ni merupakan rakan universiti Cikgu Haizad dan akan mengajar matapelajaran bahasa inggeris bagi tingkatan empat sains 1 dan semua pelajar tingkatan lima. Terima kasih itu sahaja daripada saya."
*Tepukan gemuruh daripada pelajar pelajar*
Perhimpunan telah tamat setelah lagu sekolah dimainkan.
Eh tapikan? University of Brunel? Macam pernah dengar, tapi kat mana ye? Lupa lupa. Wahai Jinie Oh Jinie! Kembalikan ingatanku. Eh apa kau merepek ni Zara?
Komen dan votenya.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...