Bab 13

6K 217 0
                                    

Semenjak kejadian itu pada bulan lepas, Pengetua Sekolah telah memberi teguran tentang sikap Cikgu Kalsom yang panas baran itu. Dia meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap Zara dan Haikal.

Malah Cikgu Kalsom juga telah dipindahkan ke sekolah lain atas permintaan Encik Izhan pada pejabat pelajaran negeri. Terdetik rasa kasihan juga Izara pada Cikgu Kalsom. Yelah. Siapa nak kasi denda lagi? Haha. Jahat budak jahat!

Encik Izhan pula bukan main marah dia apabila mendengar insiden yang menimpa anaknya. Flightnya untuk ke Dubai hari itu terpaksa ditangguhkan gara-gara Zara. Alvian dan Ashraf pula sudah bergegas balik ke rumah memandangkan Haizad menghantar adiknya setelah dibawa ke klinik.

Kini, beberapa hari sahaja lagi SPM tinggal maka Ashraf mengajak Izara dan teman-temannya malah juga mengajak Cikgu Daiyan, kawan rapat Ashraf untuk bermain tenis untuk menghilangkan stress. Katanyalah.

Sementara Alvian sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang bakal berlansung sebulan sahaja lagi. Emcik Izhan dan isterinya juga sibuk membantu anak sulung terunanya.

Pukulan Groundstroke Backhand yang dilakukan oleh Cikgu Daiyan dengan teman sepasukannya, Izara ke penjuru kanan gelanggang lawan menyebabkan Ashraf dan Qhaleesha terpaksa berhempas pulas berkejar ke hadapan jaring untuk membalas serangan.

Malangnya bola yang dua kali melantun agak terlewat untuk disambut raket Ashraf lalu ke luar gelanggang. Satu lagi mata diperoleh oleh Cikgu Daiyan dan Izara bermakna mata akhir juga kerana servis tadi di tangan mereka. Dan kemenangan tentu sahaja berpihak buat Cikgu Daiyan dan Izara dalam empat set permainan berturut-turut. Senyum dibibir terukir manis.

Ashraf terus membaling reketnya secara mendatar ke tepi. Berlutut menyembahkan kepala ke lantai gelanggang dalam keadaan amat kecewa. Tidak ubah seperti penganut Cina-Buddha menyembah diri kepada Bodhisattva Avalokitesvara (Patung berhala yang memiliki seribu tangan).

Mereka sudah tergelak dengan reaksi Ashraf yang agak keanak-anakan itu. Izara dan Cikgu Daiyan jalan dengan bergaya keluar gelanggang dalam menahan lelah.

Penat tu memanglah penat. Mereka berdua mengelap muka dengan tuala di atas beg, sejurus meneguk sekali dua air mineral dari botol 1.5liter.

Lama kemudian, barulah Ashraf bangun itupun selepas dihulur tangan oleh Izara buatnya berpaut.
Pipi adiknya dicium berkali-kali. Peluh dimukanya lansung tidak dilap.

"Eee....apa ni. Peluh angah tu. Busuk." Rungut Izara sambil menutup hidungnya membuatkan mereka semua disitu tergelak. Ashraf tidak mengendahkan rungutan adiknya malah berjalan pula menghampiri Daiyan. Jelas riak muka tidak puas hati terpamer.

"Daiyan, are you taking that damn good talent from Nicol David?" Suara kecewa Ashraf sambil mengeluarkan botol air mineral dan tualanya daripada  beg Izara.

Cikgu Daiyan hanya menggeleng kepala dalam ledakan ketawa yang kuat.

"Adik kau pun apa kurang hebatnya. Boleh jadi partner aku. That's one good reason why I didnt play tennis moreoften. If I did.... you must surely lost the game in straight set, Raff." Lagak benar bunyinya sambil mengenyit nakal matanya ke arah Izara. Zara hanya ketawa sambil meneguk airnya.

"Sayang! Sayang cakap tak minat main tenis. Tapi tadi tu apa? Kalah angah." Tanya Ashraf bertalu talu. Kini kedudukannya sudah berlutut didepan Zara.

"Relaks angah. Adik cuma cakap tak minat bukan tak pandai." Sambil tergelak mengenakan Ashraf.

"Dah-dah lah tu, Zara, Abang Raff, Cikgu Daiyan. Bertekak ke kerja. Sakit telinga saya yang seksi ni." Kata Sara cuba meredakan keadaan sambil menunjukkan telinganya walaupun bertudung. Aksinya sungguh comel!

Mereka tergelak lagi.

"Raff, ko tak ajak Haizad ke sini ke tadi? Aku ingatkan kau dah call dia ajak joined sekali." Tanya Cikgu Daiyan sebaik sahaja ketawa mereka reda.

"Dah call pagi tadi. Tapi macam kau tak tahu dia tu. Sibuk memanjang. Katanya nak bawak  anak dia jalan- jalan. So aku tak dapat nak cakap apa-apa. Happy family?"

"Oh ye tak ye jugak. Lama betul aku tak jenguk Juna. Kali terakhir aku jumpa Juna time kitorang balik dari Kota London, tu pun kat airport."

Izara dan teman temannya hanya memasang telinga. Izara berasa hatinya berdebar tatkala abangnya menceritakan kisah Haizad. Tekun benar dia memasang telinga.

"Abang Raf! Cikgu Daiyan! Jomlah ke kafeteria jap. Belanja kitorang. Lapar gila dah ni." Kata Qhaleesha sambil menayangkan muka cantiknya yang berkacukan arab-cina dan berlesung pipit itu. Sungguh cantik dan ayu dimata siapa yang memandang.

Qaseh mencebik bibir.

"Ye tak ye jugak, Daiyan. Jomlah Abang Raff belanja. Pastu hantar kau orang balik. Balik ni rehat dulu pastu study buat revision tau? Abang nak adik-adik abang berjaya. Boleh?"

"Boleh angah." Jawab Izara kuat. Tangannya diletakkan di separa dahinya. Macam orang nak berkawad.

"Boleh Bang Raff." Jawab mereka serentak.

Daiyan tersenyum melihat telatah mereka. Tetapi yang pasti senyuman Zara telah membuat hati lelakinya berdegup pantas tatkala berhadapan dengan gadis cantik itu.

Zara tidak perasan bahawa dia sudah lama diperhati oleh Cikgu Daiyan. Hanya Ashraf yang perasan tapi dia tak nak buat tuduhan melulu. Nanti timbul fitnah. Berdosa dia.




















Do vote & drop some comment.

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now