"Abang Harith! Sejak bila abang pandai suntik botox kat muka ni?" Ilyana yang sudah panas hati dengan perangai Daiyan dah meletus kuat. Sakit hatinya bila melihat tingkah laku Daiyan yang sejak tadi hanya diam dengan muka tak beriak. Siapa yang tak sakit hati? Orang yang lalu lalang pun dah duk perati semacam.
"Seksa betul keluar dengan Abang Harith!" Getus hati Ilyana marah. Wajahnya memang usah cakap, memang masam. Kalah asamboi.
Daiyan yang patuh akan arahan Ilyana segera menebarkan sengihnya sehingga menampakkan barisan gigi putihnya dihadapan Ilyana. Padan muka. Dah macam orang tak siuman gamaknya. Lesung pipit dibahagian kanan pula dia siap cucuk dengan hujung jarinya.
"Kalau Abang Harith tak ikhlas, baik tak payah senyum." Matanya sengaja menjeling tajam kearah Daiyan. Sakit hatinya dibuat begitu. Macam keluar dengan pesakit dari Tanjung Rambutan.
Daiyan pula memang tak reti nak tahu malu sampai sengihnya pula dipamerkan sama kepada mereka yang lalu lalang berdekatan dengan meja mereka berdua. Sengaja nak memalukan malah menambahkan sakit lagi hati Ilyana, perempuan yang payah sungguh kenal erti malu. Kali ni biar dia rasa.
"Tersengih-sengih macam beruang kutub dalam iklan ubat gigi Fresh & White. Tak reti malu ke apa."
Omel Ilyana sedari tadi. Kalau dia tahu macam ni Daiyan buat perangai, sumpah! Dia memang taknak paksa Daiyan supaya keluar jalan-jalan dengan dia.
Menyampah!
Beg kertas berisi pakaian yang baru dibelinya tadi lantas diambil dari atas kerusi sebelahnya dan dibalun ke lengan Daiyan. Haa.....barulah dia berhenti tersengih-sengih macam kerang busuk malah berbau dari melakukan aksi tadi.
Sakit hatinya kian membuak-buak apabila Daiyan tetap mendiamkan diri setelah dia menceritakan berita gembira ini. Hari minggu nanti, mummy dan daddynya menjemput keluarga Daiyan untuk berbincangkan tentang perhubungannya dengan Daiyan. Bukankah itu satu berita baik? Malah juga petanda baik buat perhubungan mereka berdua. Tapi, masalahnya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Harapkan Daiyan, entah bilalah dia dapat memikat hati anak teruna Dato' Haidar dan Datin Dyana. Memang payah! Dulu zaman universiti, mesti lelaki yang terkejar-kejarkan dia tapi sekarang? Dah terbalik pulak, dia yang terkejar-kejarkan Daiyan. Tanpa sedar, dia mendengus kuat.
Dipandangnya Ilyana sekilas, begitu sakit jiwanya merana. Makanan yang didalam mulutnya dikunyah segeram-geramnya macam Ilyana tak wujud duduk bertentangan dengannya.
Sejurus Tomato Meet Balls sebesar ibu jari tangan dibawanya ke dalam mulut. Malas hendak melihat wajah Ilyana, nanti hilang selera makannya.
"Abang Harith! Cantik sangat ke makanan tu daripada tatap muka Ilya?" Keras suara Ilyana menegur sikap Daiyan. Sejurus daripada itu, Daiyan akur lantas mengangkat kepalanya merenung wajah Ilyana. Sesaat, dua saat, tiga saat dan mata Daiyan melintasi kepala Ilyana. Dilihatnya kelibat seseorang yang amat dikenali malah sering hadir didalam mimpi mengganggu tidur malamnya yang baru saja melintasi The Wildad's Restaurant, tempat dia menjamu selera sekarang.
Tanpa sedar Daiyan menata senyuman dibibir sendirian. Lalu dia bingkas bangun untuk berlalu.
"Ilya, kalau betul-betul sayang Abang Harith. Just sit here. Don't go away. Wait until Abang Harith come back." Kerusinya sudah terheret kebelakang malah sudah berkira-kira untuk pergi.
"Yes! I do love you. Ilya sanggup tunggu Abang Harith tapi you nak kemana?" Rambut ikalnya dielus perlahan. Hairan melihat perubahan sikap Daiyan.
"Tandas." Hanya itu yang dapat terkeluar dari mulutnya lantas kakinya diayun pantas keluar dari restoran tersebut.
Ilyana yang belum dapat mencerna ayat Daiyan lantas terpinga-pinga. Kata nak pergi tandas tapi melangkah keluar restoran?
.....
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...