Bab 10

6.9K 238 1
                                    

Dalam perjalanan pulang, Izara ingin bertanya tentang Cikgu Haizad kepada Ashraf. Pelbagai persoalan yang bermain dibenaknya.

"Angah. Adik nak tanya something boleh tak? Janji angah tak marah."

"Anthing for you. Apa dia? Takkan la angah nak marah adik angah yang buruk ni." Sambil mengusap kasar kepala adiknya yang masih bertudung sekolah. Bergoyang-goyang kepalanya. Ashraf masih lagi fokus dalam pemanduannya.

"Eee.....angah apa ni. Rosak la tudung adik." Manja Izara lalu mengatur semula tudungnya yang sudah tidak serupa tudung oleh Ashraf. Mulutnya membebel.

"Angah tahu sayang. Haa.....nak tanya apa tadi?"

"Err....Cikgu....Haizad....tu kawan angah ke?" Mukadimahnya baru bermula. Belum masuk lagi intronya.Haha.

"Eh gagap pulak dia. Ye kawan baik angah. Angah dah anggap dia macam adik beradik sendiri dah."

"Oh yeke. Angah bila nak kahwin?" Izara cuba mengorek rahsia sambil menayangkan gigi putihnya. Keningnya diangkat sebelah.

"Ish....kesitu pulak adik. Inshaa Allah nanti. Belum ada rezeki sekarang ni. Kenapa tanya?"

"Sebab bestftiend angah Cikgu Haizad tu dah kahwin, dah ada anak satu dah pun." Perit Izara menuturkannya. Mukanya berubah riak.

"Laa....sebab tu ke? Mana adik tau? Adik minat Haizad ek? Baik janganlah sayang. Dia dah ada anak, Tengku Arjuna Nufhail Tengku Amir Haizad nama anak dia. Comel tau dik. Dulu masa angah pegi oversea, study sana, masa tu Juna baru tak sampai setahun, sekarang ni rasanya dah 4 tahun. Sayang beno Haizad tu pada Juna. Untung perempuan yang beristerikan Haizad tu nanti. Baik, penyayang, kacak dan keluarga pun orang baik-baik." Sambil membayangkan Haizad dan dia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dahulu. Wajah Arjuna terlayar dimatanya. Mulutnya tersenyum simpul.

"Oh yeke? Mesti comel Juna tu kan angah?" Tetapi di dalam hatinya masih tertanya tanya kenapa Ashraf berkata untung perempuan yang beristerikan Haizad.

Cikgu Haizad belum kahwin ke? Kalau tak kahwin mana nak dapat Juna? Eh? Mungkin angah lupa kot, Cikgu Haizad ni dah kahwin. Angah bukan boleh percaya sangat.

"Adik. Menungkan apa tu? Teringatkan buah hati ke? Sampai naik serak suara angah panggil adik."

"Hehe.....sorry angah. Mungkin adik frust kot. Teringatkan result adik."

"Alaa.....ni baru trial. Nanti SPM buat betul-betul. Adik taknak ke sampai ke menara gading? Macam family member kita yang lain?"

"Inshaa Allah angah. Adik cuba yang terbaik nanti. Angah doakan kejayaan adik ye."

"Angah selalu doakan kejayaan adik angah sorang ni. Waktu kita berdoa pada Allah. Allah menggenggam semua doa kita dan melepaskannya pada masa yang tepat. Inshaa Allah sayang."

"Lega hati adik."

Bip bip bip.....

"Tolong baca mesej angah sayang."
Sambil menghulurkan iphone 6s plus miliknya.

"Oh along cakap suruh pegi ke restoren biasa. Dia nak belanja kita. Harini dia free."

"Ni angah bersemangat ni. Jom."

"Kedekutnya angah ni. Dengar orang belanja terus semangat. Yeay..... jom." Izara melonjak gembira.

"Paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang melebih."

Gelak Ashraf.

.....

Mereka tiba di perkarangan restoran mewah itu. Angah meminta Izara supaya pergi berjumpa dengan along dahulu sementara dia  meletakkan kereta ke parking lot bawah tanah.

Hampir sahaja dia terjatuh terlanggar bahu seseorang ketika menerpa pintu masuk utama restoran itu. Izara masih lagi berpakaian lengkap sekolah.  Hanya sempat memohon maaf. Entah gerangan siapa yang dilanggarnya tadi dia tidak pasti. Matanya tidak sempat menilik raut wajah lelaki sekejap tadi. Hanya aroma Armani Black Code ditinggalkan. Dia hanya perasan yang lelaki itu tadi berpakaian lengkap sekolah seperti dirinya. Dia terus berjalan pantas mencari kelibat alongnya.

Dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang pada tempat duduk yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia lantas menoleh.

"Assalamualaikum."

Sapa mesra Izara lalu menyalami mereka.

Mereka menjawab salam serentak.

"Along nak belanja adik dengan angah ke? Jomlah pesan makanan. Adik dah tak sabar ni." Katanya sambil menilik menu makanan dihadapan matanya. Tapak tangannya diusap serentak.

"Kot ye pun lapar. Tunggulah angah sekali. Ni along nak kenalkan, bakal kakak ipar adik. Nama dia Aina Danisha. Sayang boleh panggil dia, Kak Aina." Sengih along sebaik sahaja melihat Zara terlopong.

"What? Are you kidding me along? Tak sangka rupa along macam bangla pun ada orang sangkut? Eh lupa angah cari  parking ." Kata Izara sambil ketawa lepas. Sebenarnya dia ingin menyakat alongnya, yelah muka kacak dikatanya macam bangla. Alvian merenung tajam adiknya. Mulut tu kena cili lagi bagus.

Ketawa Kak Aina tergetus melihat telatah dua beradik itu. Halus saja bunyinya. Tak macam Zara, macam orang tanjung rambutan. Haha.

"Adik ni. Tak hormat orang tua. Tak nak belanja adik. Along belanja bakal kakak ipar adik dan angah je."

Rajuk alongnya sambil membuat muka comel. Mulutnya saja dimuncungkan.

"Ala.....along ni. Dah nak jadi suami orang pun perangai macam budak budak. Okay if you said so. Kak Aina kan ada belanja adik yang comel ni." Balas Izara tidak mahu mengalah. Matanya dikerlip banyak kali kearah Aina. Kepalanya pula digoyang-goyangkan.

Alvian dan Aina hanya ketawa.

"Hi semua." Sapa Ashraf sambil menyalami mereka semua kecuali Kak Aina. Kepalanya ditundukkan sedimir tanda hormat.

"Hai angah." Serentak mereka menjawab. Sengih dibibir masih terukir.

"Ni kenalkan adik bestfriend angah. Haikal. Adik Haizad. Along masih kenalkan?" Ashraf memperkenalkan Haikal. Mereka hanya tersenyum.

Haikal lantas segera menyalami Alvian.

"Mana boleh lupa Haizad tu. Adik kawan along juga adik-adik along." Sambil memeluk erat Haikal. Haikal membalas pelukan Alvian.

"Hai Zara." Sapa Haikal mesra. Tangan diangkat serupa orang nak bagi hi-five.

"Hai Kal. Laa.....kau ke tadi aku langgar? Maaflah. Aku tak nampak lah. Kau tak ada apa-apa kan?" Zara meninjau-ninjau badan Haikal.

"Aah.....aku. Mana tak ada apa-apa Zara. Kau langgar rasa nak tanggal tulang bahu aku. Tulang kau tu belian ke apa?" Gurau Haikal sambil menggosok bahunya.

Semua yang berada di situ tergelak. Zara tayang sengihnya.

"Hehe....maaflah Kal. Tak sengaja. Eh taknak join kitorang ke?" Pelawa Izara ikhlas. Tangannya menunjuk tempat kosong disebelahnya.

"Takpe Zara. Aku kan lelaki sejati melayu terakhir. Terima kasih jelah, lagipun aku dah makan tadi dan nak balik dah ni. Risau pulak mummy aku."

"La....kenal rupanya budak-budak ni." Kata Ashraf sambil menggaru hidungnya yang tak terasa gatal.

"Sama sekolah Bang Raff. Takpelah, Kal balik dulu la Zara, Kak, Bang Raff, Bang Alvian. Bye the way thanks sebab pelawa sekali." Setelah berkata begitu, Kal pun berlalu pergi.

Mereka menghantar Haikal dengan pandangan mata sahaja.

Izara terpegun. Baru pertama kali dia mendengar Haikal bergurau dengannya. Bak kata dia dulu, mungkin dah insaf.

Tapi tak cepat sangat ke berubah? Entah. Zara angkat bahu.












Maaf kalau bosan buat anda semua tertidur masa baca cerita ni. Sampai berdengkur-dengkur. Haha. Gurau. Sebarang pertanyaan boleh terus PM saya.

Do vote & drop some comment.

Lot of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now