Bab 19

5.5K 209 0
                                    

Gula-gula yang sejak tadi dia makan bersama Faris tadi sudah diludah ke tapak tangan. Matanya sudah tidak lepas dari memandang dua susuk tubuh yang kelihatan seperti bergaduh? Eh tak mungkin kot dengan suara tiga orang ketawa kuat sehingga dari pagar utama rumah itu sudah kedengaran. Pada mulanya memanglah nak buat tak tahu tapi kalau dah memekak macam orang gila kat tanjung rambutan tu ha. Apa kata jiran dia nanti? Kalau ditanya imannya sekarang? Memang senipis tisu lap muka, kalaulah takde budak yang dia bawa tadi, memang dah lama pasu buatan Itali di muka pintu luar rumahnya itu terbang ke arah anak-anak yang berada di ruang tamu itu tapi siapa tak sayangkan anak oi? Huh.

"Apa nak jadi dengan anak-anak mama ni? Dah besar panjang. Kalaulah bakal mentua awak semua tengok rupa begini, tak berani diorang nak masuk line."

Dia dah mula dah. Zara tepuk dahi.

Encik suami tidak berani mencelah apatah lagi budak yang baru sahaja yang berpindah ke rumah mereka. Eh lupa pulak nak kenalkan, his name is Tun Aryan Farish. Izara yang sejak tadi terdiam mula mencelah.

"Mama. We are sorry okay?  And takkan taknak kenalkan anak mama yang handsome depan ni?" Izara sudah tersenyum melihat budak itu. Ya memang. Dia memang comel dan handsome dengan rambut ala-ala Sean Lee Jia Ern. Eh? Rambut budak tu memang sama dengan Ashraf dan Alvian. Memang perfecto. Kecik-kecik dah kacak apatah lagi bila dah dewasa. Amboi Zara! Puji lebih-lebih ni kenapa? Adik engkau tu. 

"Yes. Memandangkan ada tetamu special today. Mama maafkan awak semua. But don't you dare to repeat it again. If not, siaplah."

Ujar Puan Fadia dengan berbaur ugutan.

"Thanks, ma." Semua mereka menuturkannya. Nak ambil hati katakan hehe.

"Okey. This is Aryan Farish. Salam dengan abang dan kakak."

Arah Puan Fadia kepada Faris yang leka bermain kereta mainan.

Faris menurut kata Puan Fadia.

"Come and hug along, Faris. Comelnya Faris ni, nanti dah besar ikut muka along pulak kacak." Sambil mendepangkan tangan untuk memeluk Faris.

Izara dan Ashraf sudah mencebik. Dan papa sudah dari tadi tidak kelihatan. Yelah, nak buat projek di Kajang lagi. Dapat tender katakan.

"Jangan dengar cakap along tu Faris. Dia tu banyak loyar buruk. Macam mana lah Kak Aina tu tahan perangai along yang masuk bakul angkat sendiri ni. Nak cakap kacak, kacak lagi muka angah ni." Ashraf mencium muka Faris. Budak itu kelihatan rimas.

"Along looks handsome when i saw him just now even perangai dia macam budak kecil. Tak macam Faris, dah bujang dah." Faris menuturkannya sambil memeluk Ashraf. Amboi Faris ni kalah mulut Izara membebel.

Mereka semua tergelak mendengar Faris.

"Kakak taknak cium ke?" Tanya Izara menyuakan pipinya.

"Already kakak. I love you." Petah Faris bercakap.

"Eh? Pipi kanan je? Pipi kiri?" Tanya Izara lalu menyuakan pipi kirinya.

"Ops.....Dahlah kakak. Kalau cium banyak kali. Nanti hilang macho Faris." Kata Faris lalu berlari duduk ke atas riba Alvian.

Izara hanya mencebik lalu membantu mamanya mengangkat barang Faris ke dalam bilik atas. Nak harapkan abang-abangnya? Huh! Menghabiskan air liur ke sampai boleh basah ketiak dibuatnya.

Ketawa pecah lagi di ruang tamu mewah itu. Izara dan mamanya hanya angkat bahu kerana tidak tahu apa yang mereka bualkan.

Just leave it.

Nampaknya Faris kelihatan selesa bersama abang-abangnya. Syukur.













Maaf buat viewers  BCBS sebab chapter ni agak pendek. Kekurangan idea sangat.

Do vote & drop some comment.

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now