Pagi itu, dia turun bersarapan bersama ahli keluarganya. Dadanya berdebar- debar kerana kurang dari dua jam lagi, dia akan menduduki peperiksaan SPM dan dia bertekad akan tidak mengecewakan kedua ibubapanya dan abang-abangnya.
"Sayang, harini exam BM kan? Buat elok-elok tahu. Ingat pesan along. Jangan cuai sangat masa nak jawab. Fahamkan kehendak soalan dahulu, okay?" Ujar along setibanya dia di meja makan. Alvian tersenyum melihat adiknya."Inshaa Allah along, adik akan buat yang terbaik dan setakat mampu. Apa apa pun, adik nak berterima kasih kat semua orang kerana telah memberi tunjuk ajar kepada adik. Tolong adik dan fahamkan nota yang adik kurang faham." Balas Izara sambil tersenyum kepada ahli keluarganya. Kerusi ditarik perlahan sebelum diduduknya.
"Goodluck, adik. Papa love you always."
"Wish you all the best, adik. Angah akan sentiasa sokong adik." Ashraf mengusap lembut kepala adiknya. Zara tersenyum.
"Mama pun sama sayang. Buat betul-betul. Ingat Allah selalu."
Izara terharu lalu merebahkan kepalanya ke dada bidang alongnga yang tidak lama lagi akan bergelar suami orang.
"Eh adik! Janganlah nangis. Nanti tak lawa lagi muka tu dan hilang apa yang adik belajar nanti. Dah takmo gini." Kata alongnya sambil memeluk adik manjanya itu. Air mata Zara disapunya dengan ibu jarinya.
Izara lantas tersenyum dan cuba meyakinkan mereka bahawa dia tidak sedih lagi.
"Harini biar along hantar adik ke sekolah sampai pintu dewan peperiksaan dan tunggu adik sampai waktu balik."
Zara mengangkat keningnya.
"Angah nak ikut. Boleh tak along?" Sambil menggayakan muka comelnya.
"Ish tak senonoh angah ni. Dah besar panjang pun perangai macam tu. Nanti bakal mak mentua tengok. Tak jadi nak ambik menantu." Kata mama sambil tergelak. Suapan nasi masih diteruskan.
Semua di meja makan tergelak. Ashraf masih lagi tarik muka.
"Baiklah angah ikut along. Taklah along bosan tunggu adik nanti. Kitorang tunggu kat kantin ye?"
"Baiklah. Thanks semua. Adik sayang semua. Hacum....." Dia bersin kuat.
"Aik? Adik ni? Nak sebut hacum ke nak sebut Haizad? Haikal? Haha....." Sakat Ashraf sambil ketawa kuat. Zara menjeling tajam kearahnya.
"Eee.....apa angah ni. Tak senonoh betul. Cikgu Haizad tu dah anak dah pun dan Haikal tu cuma kawan adik." Balas Izara datar.
"Okay then. How about Cikgu Daiyan? He's smart, goodlooking guy and taat pada perintah Allah."Ashraf cuba membantu rakannya itu untuk mendapatkan adiknya. Tu pun kalau Zara sudi.
"Cikgu Daiyan? Boleh jugak. Adik pun suka Cikgu Daiyan tu. Suruh la dia masuk minang adik cepat." Gurau Zara. Muka ditayangkan serious. Cawan berisi air susu panas disisip perlahan.
Papa dan mamanya sudah melopong lalu Alvian mencelah.
"Adik ni makan cepat. Kalau bercakap memang tak jumpa titik noktah. Ish...."
Ashraf masih tidak berpuas hati.
"Adik! Are you mean your word? Pasal Cikgu Daiyan? Adik terima dia?"
"Up to you. Trust it or believe it." Gelak Izara padahal dia bergurau sahaja.
"I'll tell Daiyan about this. You accept him. Thanks sayang."
"Eh apa angah ni? Adik gurau je. Eee..... aku cepuk kang!" Marah Izara lalu mencubit perut Encik Izhan.
"Apa adik ni. Angah yang salah papa pulak yang kena." Tergelak papanya melihat aksi anak-anaknya yang kian membesar itu.
Mereka semua tergelak sebelum berangkat ke tempat masing-masing.
.....
"Uhuk.....uhuk....." lelaki itu tersedak. Dadanya diusap perlahan. Tali leher yang sudah dipakai kemas sudah dilonggarkan.
"Daddy, are you okay?" Soal anak kecil itu. Tangan kecilnua segera mengurut belakang daddynya.
"I'm not okay, honey. Anak tekak daddy rasa nak terkeluar je. Siapa pulak yang duk sebut-sebut nama daddy." Tangan kecil anaknya diraih lalu diusap perlahan dengan kasih sayang sebelum dirangkulnya.
"Ohh....." itu sahaja jawapan anaknya. Pelukan daddynya dibalas. Sayangnya terhadap daddynya tidak mampu dikira berapa.
"Daddy, I want mummy." Terpana seketika apabila Arjuna menyebut perkataan tersebut. Pelukan dilonggarkan lalu anaknya dihadapkan didepannya.
"Arjuna. You know right, I love you more than everything? Tak ada yang dapat memisahkan kita kecuali ajal dan maut." Tanya Haizad kepada Arjuna. Dilihatnya Arjuna mengangguk perlahan.
"Yes. I know. I'm sorry, daddy. Juna takkan tanya pasal mummy lagi. Daddy cakap mummy kerja jauhkan. Nanti mummy baliklah tu." Suaranya seakan-akan memujuk dirinya. Kepalanya juga diangguk-angguk.
Datin Sri Tengku Aryana yang berdiri didepan pintu bilik anak lelakinya, mengalirkan air matanya. Kasihan terhadapcucunya. Dulu dia juga yang amat bencikan Arjuna sehinggakan dia tidak mahu Haizad membawa Arjuna masuk kedalam banglo. Haizad yang berkeras hati tetap mahukan Arjuna, dibawanya Arjuna tinggal dikondo yang sudah dibelinya zaman dia bujang dulu.
"Abang. Jom turun sarapan dulu. Dah nak pergi kerja kan?" Kakinya sudah menghampiri kedua beranak tersebut.
"Okey, Mummy." Tangan Arjuna diraih untuk turun bersarapan sekali. Arjuna berhenti mendadak.
"Kenapa Juna?" Soal nendanya hairan.
"Juna lupa nak sikat rambut. Mana handsome nanti. Juna nak handsome macam daddy." Kakinya sudah berlari kedalam bilik Haizad.
"Jangan berlari nanti jatuh, sayang!" Jerit Haizad tapi suaranya tidaklah kuat sangat. Risau nanti anaknya terjatuh.
"Abang......" Datin Sri Tengku Aryana ingin memulakan perbualan tetapi Haizad amat cekap memahami soalan yang bakal diajukan oleh mummynya.
"Abang dah jumpa dia, bonda. Tapi abang takut dia taknak terima abang." Suaranya seakan-akan berjauh hati. Mukanya juga sudah tidak ceria.
Muka Datin Sri Tengku Aryana berseri-seri. "Bila nak bawa dia balik?"
"Entahlah mummy. Abang taknak buat keputusan melulu dulu. Nanti kasihan Juna."
"Baiklah kalau abang cakap macam tu." Datin Sri Tengku Aryana mengerti. Bahu anaknya diusap dengan kasih sayang.
"Daddy! Dah handsome tak?" Soal Arjuna sebaik saja dia berada didepan Haizad. Dari tadi Haizad dan mummynya menunggu Arjuna.
Mereka tergelak mendengar soalan Arjuna.
"Daddy, kenapa muka daddy sedih ni?"
"Eh tak adalah, sayang. Daddy okay je." Haizad tayang muka gembira. Badannya ditundukkan sedikit untuk mencubit pipi Arjuna.
Datin Sri Tengku Aryana tergelak sebelum satu suara menjerit dari tingkat bawah.
"Abang......turun makan cepat. Kal ada exam lepas ni." Jerit Haikal. Jelas riak tidak puas hati terpancar.
"Ye abang turun ni!" Balad Haizad lalu mengangkat tubuh Arjuna. Diciumnya pipi Arjuna beberapa kali.
"Euww.....gross daddy." Arjuna mengelap pipinya. Haizad sudah terkekeh ketawa. Kakinya sudah sikit nak tersadong, nasib baik tubuhnya sempat ditarik mummy ya.
"Abang hati-hati......" Datin Sri Tengku Aryana menjeling kearahnya. Dadanya sudah berdegup kencang. Fuh! Nasib tak ada apa-apa.
"Thanks, mummy." Haizad tayang sengih. Riak tidak bersalah terpamer diwajahnya.
Do vote& drop some comment.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...