Bab 6

6.8K 241 0
                                    

"Tun Ariana Izara! Adik! Cepat bangun subuh! Ke nak mama simbah kamu air?"

Bunyi macam dah nak pecah pintu bilik diketuk mamanya.

"Adik dah bangun ni, ma." Jawab Zara dalam keadaan mamai. Gebar ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya.

"Lepas mandi, pergi solat."

"Ye, mama."

Jerit Izara tanda protes tapi dirinya masih berselubung didalam selimut. Bantal dipeluk semula.

"Izara!" Jerit mamanya. Izara bingkas bangun terus menonong kedalam bilik mandi yang berada didalam bilik itu juga.

....

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat subuh, Izara bersiap-siap untuk ke sekolah. Tudungnya ditiup keatas untuk menghilangkan kedutan.

Sebelum itu, dia bersarapan bersama keluarganya. Dia menyanyi kecil sambil menuruni tangga rumah perlahan lalu menuju ke arah ruang makan. Stoking ditangan dilibas-libas ke kiri dan ke kanan. Ini aksi tak senonoh! Jangan ikut hehe.....

"Good morning, papa and mama! Come tak adik?" Sambil menggayakan baju sekolahnya. Kening diangkat beberapa kali.

"Morning adik. Eh lupa petang ni ikut jemput Angah ke?" Papanya sudah menyuap nasi kedalam mulut. Air disirup perlahan.

"Adik mesti ikut. Rindu angah. Dah empat tahun tak jumpa." Ketawanya sudah meletus. Terhinggut-hinggut bahunya.

Along yang sejak tadi mendiamkan diri menyampuk. Sudu diletakkan ditepi pinggan.

"Papa dan mama je dapat morning wish? Along adik yang handsome ni tak pulak?" Along ni seorang ahli korporat yang penting di syarikat papanya lepasan graduasi dari universiti London. Tu yang jarang sikit nak jumpa along kat rumah. Busy kat office katakan sebab tak lama lagi along yang menjadi pengurus syarikat atas pilihan papanya.

"Hee.....sorry along. Morning. Muah.....muah." Kata Zara sambik mencium kedua belah pipi Alfian. Papanya menggeleng kepalanya.

"Yelahtu. Kalau along tak cakap tadi. Manalah orang tu nak wish along." Pura pura sedih.

"Along janganlah cakap camtu. Tak focus adik lepas ni nak sekolah. Adik excited la nak tunggu boyfriend adik tu balik."

"Adik ni kalau bercakap sampai lusa tak habis. Dah makan cepat. Kang lewat pulak ke sekolah. Along pun sama. Kau orang berdua ni umur dah tua tapi perangai boleh masuk hospital tanjung rambutan mama."

Dah start dah, dia membebel. Izara dan alongnya saling berpandangan. Bahu diangkat tanda tidak ambil peduli.

"Hee.....sorry." Jawab Izara dan Alfian.

Setelah selesai bersarapan, papa meminta along menghantar Izara ke sekolah lZara mengambil beg sekolahnya di tepi meja lantas digalas ke bahu.

Mereka bersalaman sebelum menuju ke destinasi masing-masing.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now