Bab 21

6.1K 220 0
                                    

Segala yang dirancang oleh dua buah keluarga antara Tun Alvian Izran dan Aina Danisha berjalan dengan lancar. Rumah mewah milik keluarga Tun Amir Izhan kini penuh dengan ahli keluarga belah lelaki dan perempuan memandangkan majlis akad nikah akan bermula kurang dari dua jam lagi.

Tun Alvian Izran mengenakan songkok di atas kepalanya. Badan sasanya kelihatan segak sekali memakai baju melayu berwarna putih susu itu. Samping yang dikenakan berwarna hitam kelabu asap. Sungguh sesuai sekali dengan kulitnya yang putih kemerah-merahan.

Majlis pernikahannya itu dibuat dengan mewah sekali atas permintaan Jamilah Elbert dan Tun Ilyas iaitu nenek dan datuknya sempena pernikahan cucu sulung mereka.

Aina Danisha pula kelihatan sungguh cantik memakai baju kebaya moden berwarna putih susu yang sedondon dengan baju melayu Alvian. Tampak simple tapi sungguh elegan. Siapa saja pasti terpesona dengan keanggunan Aina Danisha, suri hati Alvian yang didandan oleh Mak Andam di dalam bilik tetamu utama.

"Paksu, rasa semacam je diri Along ni. Debar kat dada ni dah bunyi semacam je. Macam mana nak hilangkan debar ni, Paksu? Err....Paksu buat apa masa nak kahwin dengan Maksu dulu?" Tanya Alvian kepada Tun Alif Iqram, adik bongsu kepada papanya.

Kelihatan peluh menitik di dahi dan dirinya kini sudah macam cacing kepanasan bahkan cacing dipanggang dah lagaknya.

"Soalan apa tu, Along? Tak gentleman langsung. Tak padan dengan badan tegap ni. Paksu dulu duduk leklek je. Mana ada gabra bagai. Lelaki kene cool man." Jawab Iqram dengan lagak riaknya sambil menepuk bahu Alvian.

Izara pula sudah mencebik mendengar kata-kata Paksu. Haa sebenarnya permintaan Alongnya tempoh hari ialah menyuruhnya dan Angah untuk menjadi pengapit Alongnya. Dia pula sibuk berdandan setelah puas didesak mamanya.

"Engkau tak payah menipu sangatlah Iqram. Yang dulu tu apa? Dah macam ayam berak kapur je papa tengok. Sekejap di dapur, sekejap di dalam kereta, sekejap lagi di ruang tamu. Yang paling teruknya, duduk kemain lama lat kolam ikan kat taman bunga Bonda engkau. Cakap sorang-sorang dekat ikan tu. Ikan kat kolam ikan tu long, dah berapa banyak kena nikah dengan Paksu Iqram ni. Siap ada dialok lagi, Aku terima nikahnya, aku terima nikahnya duk merapu-rapu dia tu. Tu kau nak cakap gentleman, Iqram?" Sampuk Tun Ilyas, datuk mereka yang datang entah dari mana pelusuknya.

Atuk tersenyum kambing la! Eh tu bukan senyum,tu tersengih. Sah perangai sakat menyakat diorang ni turun menurun dari atuk mereka. Yang paling banyak ikut perangai atuknya, semestinya beruk jantan lagi buruk rupanya, Ashraf Izhaq.

Diyana, isteri Paksunya bersama anak sulung mereka, Tun Aaron Wildan yang baru masuk ke bilik segera mencelah percakapan mereka.

"Ya Allah. Yana tak sangka pulak selama ni Yana bermadukan ikan kat taman Bonda tu."

Izara pula sudah terkekeh ketawa mendengar maksunya. Paksu Iqram pula sudah menunjukkan muncung itiknya yang sudah boleh disangkut dengan hanger. Eee tak serupa dengan umur. Mereka yang berada di dalam bilik Alvian itu sudah ketawa sakan.

.....

Tun Amir Izhan menepuk bahu anak sulungnya. Orang yang nak menikah ni semestinya perasaan gemuruh tu ada di hati. Tangan Haji Sulaiman, bakal bapa mentuanya  digenggam erat. Upacara pernikahan dimulakan. Alhamdulillah. Kini Aina Danisha telah sah menjadi milik Tun Alvian Izran dengan dua kali lafaz. Lafaz yang pertama Tun Alvian Izran dijawab dengan gugup.

Aina Danisha menadah tangan mengucapkan syukur kepada ilahi. Dia berjanji pada dirinya untuk menjadi isteri yang solehah dan taat pada suaminya. Mama yang duduk bersebelahan dengan menantunya, mengusap wajah menantunya dengan penuh kasih sayang. Ashraf hanya melirik ke arah Izara lantas tersenyum lalu mengenyitkan matanya ke arah adiknya.

"Eeee tak senonoh lah angah ni. Sempat lagi dia nak kacau aku. Dahlah kena paksa jadi pengapit along pasni. Ber-make up bagai. Eee..." gumam Izara dalam hatinya lalu menghadiahkan angahnya jelingan yang paling tajam. Ceh apalah kau ni Zara.

.....

Setelah majlis akad nikah di rumah Tun Amir Izhan, ahli keluarga mereka pula sibuk dengan persiapan untuk kenduri kahwin esok yang diadakan di rumah mereka sendiri.

Petang itu, mereka semua sibuk mengisi telur yang telah siap direbus kedalam sarung bunga telur yang disponsor oleh Tun Ilyas, datuk mereka. Mama pula bercadang untuk menambahkan lagi bilangan bunga telur. Faris pula sudah lama terlena di dalam bilik Zara sejak dari lepas Zuhur tadi. Penatlah katakan.

"Baby."

Nak terkeluar rasanya langkah-langkah taekwondo apabila leher Izara dipaut. Shawlnya pula memang dah sah kebelakang sikit. Nasib baik dia tak melatah macam mak nenek. Kalau orang yang tegur dahulu, bagi salam kemudian ni, Zara dah tahu dah siapa gerangannya, beruk jantan tak cukup umurlah. Siapa lagi kan?

"Aduh..... Ya Allah sakitnya tengkuk aku ni! Weh! Tak payahlah baby-baby sangat. Nak luruh bulu hidung adik ni, tau tak? Tu Faris kat dalam bilik tu, angah pi lah kacau dia." Zara cuba melepaskan pautan tangan angahnya.

Hish dia ni. Ingat kepala Zara ni bola rugbi ke?

"Sorry naik lori, adik." Lantas melepaskan pautan tangannya di leher Izara. Tersengih-sengih macam kerang busuk lagi berulat pun ada.

Mulut Izara pula terkumat kamit macam membaca jampi serapah pula. Mukanya usah cakap, merah macam buah saga. Marah lettew.

"Zara, haluuuu. Tak payahlah nak membebel gitu. Kang cepat tua, kerepot pot-pot lagi. Tak ke haru jadinya nanti. Dah lawa-lawa gini takkan nak jadi mak lampir kot?" Usik seorang lelaki dengan suara garaunya.

"Ekk..... macam pernah kenal je suara ni? Kebetulan je kot. Eh mana boleh, dia kawan rapat angah mestilah dia hadir kat majlis along ni." Gumam Zara dalam hatinya lalu perlahan-lahan memusingkan kepalanya dan.....

Rahangnya sudah jatuh kebawah. Mak aiiii besarnya mulut tu Zara. Kalau ada lalat ni memang sah bertelur lah jawabnya di dalam mulut Zara.

"Eee..... tak senonohnya adik ni. Tutuplah lubang gua adik tu. Taulah rindu kat dia ni, takpayah over sangat."

"Eee..... apa angah ni! Cepuk kang. Kalau tak bagi malu orang memang angah tak boleh duduk diam eh?" Zara berbisik ke telinga Ashraf lalu menjeling sekilas ke arah lelaki tadi. Lama dah tidak berjumpa semenjak pelajar tingkatan lima tamat menduduki peperiksaan SPM dulu.

"Eh Cikgu Daiyan. Cikgu apa khabar? Long time no see. You look diffrent now with your new hair stylist. Muka dah makin handsome. Ala-ala korea gitu tapi yang tak berubahnya Zara tengok Cikgu dengan angah ni.... perut tu buncit makin hari makin membesar. Dahlah bujang lagi. Nanti takde siapa perempuan yang nak." Selamba Izara berkata begitu. Saja je dia mengusik. Lagipun Ashraf dan Cikgu Daiyan tadi mengusiknya. Apa salah kini turn dia pulak? Hehehe. Perut buncit? Hahaha takdelah. Gurau je tu.

"What?!" Serentak mereka berdua menjawab.

Semua orang yang sibuk mengisi bunga telur tadi sudah tersengih-sengih malah ada yang ketawa kuat.

Ceh siapa suruh kacau Zara? Ini Zara tau.

Daiyan tersengih.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now