Bab 40

1.9K 34 9
                                    

Izara jalan beriringan dengan Daiyan. Hatinya terasa mekar seribu. Manakan tidak, Daiyan mengajak dia ke Bandar Utama untuk mencari cincin pertunangan mereka. Hanya mereka berdua yang tahu akan perkara ini. Berita gembira ini akan diberitahu oleh Daiyan kepada orang tua Izara. Benda baik buat apa nak dilambatkan?

Lagipun bukan Daiyan tidak tahu bahawa orang tua keluarga mereka sudah membincangkan perkara ini sebelumnya, cuma Zara saja yang menidakkan hubungan mereka. Daiyan juga begitu.

Malu- malu kucing. Ceh.

Malu dengan angah sebenarnya! Hehe.

Selama ni pun bukan Si Ashraf tu reti duduk diam, ada saja nak disakatnya dengan Zara dan Daiyan. Daiyan apa lagi, melayanlah dua orang tu kecuali...

Cikgu Haizad, dia macam menyembunyikan sesuatu namun tidak dapat diluahkan dengan mulut. Dia tidak berani, dengan kata hati dia berani lah. Apabila bersama Zara, lidahnya kelu apatah lagi setelah dapat tahu hubungan Daiyan dan Zara. Harapannya hancur musnah. Lebih tepat lagi, pelamin anganku musnah!

Tapi Haizad mana pernah tunjuk hint dia minat Zara. Setakat tenung dari jauh, mana nampak. Tapi hatinya yakin bahawa Zara miliknya. Ya, milik dia dan Arjuna.

"Zara tak penat ke jalan?" Tanya Daiyan seraya berjalan seiringan dengan buah hatinya. Bimbang Zara jatuh pengsan ke macam zaman dia sekolah dulu.

"Tak penat, best adalah." Zara senyum dan berjalan laju ke depan meninggalkan Daiyan. Bukan dia tak tahu yang bakal tunangnya itu sangat tidak setuju mereka menaiki mrt. Penat katanya. Eee budak manja!

Daiyan menyaingi langkah Zara yang semakin pantas. Hujung tudung Zara ditarik sedikit. Ha baru dia tahu...

Daiyan tersengih melihat wajah Zara kemerahan tanda geram.

"Apa ni Abang Daiyan main tarik-tarik tudung..." Muncung Zara, sambil melambatkan langkahnya. Daiyan tergelak. Ha padan muka...

"Zara tu jalan laju sangat, abang kat belakang ni dah semput dah."

"Tu lah akibat bertunang dengan orang tua macam Abang Daiyan, jalan jauh sikit dah semput..." Zara galak ketawa melihat wajah Daiyan macam tidak puas hati dengan kata-kata Zara.

"Ee kecik besar kecik besar je abang tengok Zara sekarang ni tahu?" Zara masih lagi ketawa. Keadaan sekeliling juga mereka tidak hiraukan.

"Assalamualaikum..." Zara serta merta terdiam, Daiyan juga begitu. Serentak mereka menoleh ke arah suara perempuan yang memberi salam. Wanita itu tersenyum kepada Daiyan tapi tidak pada Zara.

Zara berasa aneh. Daiyan pula kaku. Wanita tadi menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Daiyan namun cepat-cepat Zara sambut.

Aku pun tak pernah sentuh tangan Abang Daiyan, si minah poyo ni pulak yang lebih-lebih. Eee...

Daiyan tersentak lantas menarik beg galas Zara meninggalkan wanita tadi.

"You tunggu Daiyan..." Jerit wanita tadi. Langkah Daiyan semakin pantas. Zara juga ikut begitu. Zara hairan. Kenapa ni tiba-tiba senyap? Tadi kemain lagi menyakat orang.

Angin kus-kus mana yang menyampuk Daiyan ni? Zara bingung. Aduh.

"Err... Abang Daiyan. Are you okay?" Takut-takut Zara bersuara. Dikerlingnya wajah dingin Daiyan, ah sudah! Mood dia tak okay sekarang.

Habis macam mana dengan cincin tunang mereka? Baru nak kikis duit Abang Daiyan. Huhu. Zara mengeluh...

Daiyan lantas tersedar, buat apa dia nak hilang mood, sedangkan dia dan wanita tadi tiada apa- apa hubungan lagi. Buat apa dia ambil kisah. Kesian Zara kena tempias sekali.

"Zaraaaa... maaf. Jom kita makan dulu lepastu baru..."

"Cari cincin!" Sampuk Zara dengan semangat. Yeay mood Daiyan dah kembali. Tapi siapa perempuan tadi? Siapa dia? Apa hubungan dia dengan Daiyan? Kenapa mata wanita tadi nampak marah apabila Zara yang sambut huluran tangan dia?

Ahh... serabut! Lantak je lah.

"Amboi orang dara ni tak menyempat lansung." Daiyan cuba berseloroh, wajah ayu Zara ditatap lembut.

Zara tersenyum manis.

Comelnya, Zara! Daiyan mengucap syukur di dalam hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now