Izara dan rakan-rakannya merupakan pengawas sekolah malah merupakan Ketua Pengawas Sekolah.
Pagi itu, Izara mengawasi pengawasnya yang bertugas di pintu pagar sekolah. Antara yang bertugas di pintu pagar sekolah pada pagi itu ialah Qaseh dan Hanna, pengawas tingkatan tiga.
Mereka berdiri tercegat di depan pagar utama sekolah sambil mengawasi pelajar yang masuk ke dalam kawasan sekolah. Minggu ini Cikgu Disiplin Sekolah, Cikgu Kamizam mengarahkan supaya Cikgu Daiyan untuk menyelia pagar sekolah setiap pagi.
Pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin dan nama mereka akan direkod di dalam buku catatan kesalahan pelajar. Jika mereka mengulangi kesalahan yang sama maka surat amaran pertama daripda guru kelas akan dikeluarkan dan diedar kepada ibubapa pelajar berkenaan.
Jika mereka tetap berdegil, alamatnya gantung sekolahlah.
Kring.....kring.....
Bunyi loceng berbunyi menandakan matapelajaran pertama pada pagi itu akan bermula dan pagar sekolah harus ditutup. Tiba-tiba, Cikgu Daiyan mengarahkan Pakcik Samat iaitu Pengawal Keselamatan sekolah untuk membuka pagar kerana kereta biru milik Cikgu Haizad hendak memasuki kawasan sekolah. Cermin kereta hitam diturunkan.
Mata Izara menangkap satu makhluk yang amat dikenalinya iaitu Haikal bersama Cikgu Haizad turun daripada kereta tersebut. Mereka kelihatan agak mesra.
"Morning Haizad and Haikal. Maaf Cikgu terpaksa ambil nama awak memandangkan awak lewat harini." Kata Cikgu Daiyan sambil tersenyum kearah mereka. Tangan dihulurkan tanda ingin bersalaman.
"It's okay Abang Daiyan. Eh.... err... sorry..... Cikgu Daiyan."
"Eh bila masa pulak Haikal ni gagap? Panggil Cikgu Daiyan, abang pula tu. Mungkin tersasul kot. Nevermind." Gumam Izara dalam hatinya. Keningnya terangkat sebelah.
"Izara, tulis nama Haikal dalam buku kesalahan tu. Cikgu dah nak ke kantin dah ni. Maklumlah bujang lagi, takde siapa nak prepare breakfast."
"Baiklah cikgu." Patuh Zara sambil memandang ke arah Cikgu Haizad dan Haikal. Pelik jugak selalunya Haikal akan beri banyak alasan untuk hadir lewat ke sekolah tetapi tidak hari ini. Ada perubahan.
"Morning sweetie." Sapa tuan punya suara.
Err....siapa lagi yang memanggil Zara sweetie di sekolah ni? Mestilah cikgu korea tu. Ush.....tak sedar dah beristeri.
"Morning too, Cikgu Haizad and Haikal." Senyum Zara manis. Kelihatan Haizad tergamam.
"Eh.....jomlah ke kelas."
Ya Allah,tak guna punya Qaseh! Dia tinggalkan aku? Takkan nak jalan dengan Haikal kot?
"Err.... Zara jom ke kelas." Haikal mempelawa Zara lantas tersenyum manis.
"Jomlah lagipun mesti Cikgu Yani dah nak mula mengajar." Balas Izara lalu memulakan langkahnya untuk ke kelas.
....
Setibanya mereka dikelas, mereka sudah ditanya pelbagai soalan ioleh Cikgu Yani.
"Haa.....awak berdua pergi mana?"
"Maafkan kami cikgu. Cikgu Haizad panggil kami berdua tadi." Kata Haikal dan Zara sudah melopong dengan jawapannya. Takkan nak tipu kot? Tipu sunatlah. Hehe.
Dia menjeling Zara agar menyambung lakonannya itu. Bibirnya diketap.
"Betul cikgu, Cikgu Haizad panggil kami."
"Baiklah, awak berdua boleh duduk sekarang dan hantarkan kerja rumah yang saya bagi semalam." Arah Cikgu Yani tegas.
"Terima kasih, cikgu." Serentak mereka menjawab. Kaki diayun untuk mengambil tempat duduk.
.....
Hampir dua bulan sahaja lagi mereka akan menduduki SPM dan hanya tinggal seminggu sahaja lagi mereka akan menduduki percubaan SPM. Masa berlalu dengan pantas.
"Baiklah pelajar yang saya kasihi, lagi-lagi sweetie. Memandangkan beberapa hari sahaja lagi untuk awak semua trial SPM maka saya akan berikan beberapa soalan dan latihan daripada negeri-negeri lain, okey?" Ujar Cikgu Haizad kepada budak kelasnya. Senyum dibibir tidak pernah pudar. Qhaleesha tersengih sumbing. Matanya tetap fokus memerhati setiap gerak-geri Haizad.
"Baik, Cikgu Haizad." Hampir seluruh pelajar kelas lima sains 1 menjawab serentak.
Haizad hanya menganggukkan kepala dan tersenyum manis kearah mereka semua sebelum memulakan pembelajaran.
Dalam diam, dia menoleh kearah Cikgu Haizad dan tak semena-mena dia berani mengenyitkan mata kepada Zara.
Zara menoleh ke kiri dan ke kanan. Haikal sedang merenungnya tajam.
Zara terkedu, diam.
Haizad buat muka tak bersalah.
Maaflah kalau bab ni pendek. Kekurangan idea dah ni. Yang typo tu, harap dimaafkan.
Do vote & drop some comment. Tq.
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...