Arjuna kelihatan gembira sekali ketika berada disamping Izara. Namun, dia sedar di mana dia berada. Izara masih muda dan masih mahu mengejar cita-cita. Terdengar gelak dan tawa mereka dari jauh. Andai Haizad mulakan langkah perkenalan yang lebih serius dulu, pasti Izara sudah menjadi miliknya. Angin petang menampar lembut wajah tidak dihiraukan.
Daiyan Harith, rakan baiknya sendiri juga menyimpan perasaan pada Izara. Namun, usaha Daiyan untuk mendapatkan jauh lebih gigih. Sehinggakan Izara sudah ke semester akhir, Daiyan dan Izara bersama. Melihat kegembiraan mereka, cukup membuat dia bahagia atau terseksa?
Tapi, kalau dia masuk merisik Zara, boleh kan? Getus nakal hatinya.
Daiyan macam mana? Haizad mengeluh. Walaupun hampir empat tahun Arjuna masih menganggap Izara itu ibunya, Izara macam mana? Nak ke dia terima Arjuna. Dari segi layanan Izara, dia sangat sayangkan Arjuna.
Haizad lekas memecut kereta apabila melihat Arjuna seakan perasan akan keretanya.
"Eh, ummi. Is that daddy?" Soal Arjuna sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan. Izara dan Daiyan serentak menoleh.
Kening mereka bertaut. Kenapa Haizad mengekori mereka? Bukankah tadi semasa Izara mempelawa Haizad sekali untuk beriadah dia menolak lembut?
Zara angkat bahu. Daiyan pula sibuk bermain dengan Arjuna dan Faris. Setelah lama berada di taman permainan, Zara mengajak mereka pula untuk minum petang.
"Faris, Arjuna. Dah main tu. Jom balik." Seraya kakinya melangkah ke arah Daiyan. Daiyan tersenyum mesra.
"Sayang ni kenapa? Biarlah mereka puas bermain kejap." Soal Daiyan, jam tangan dikerling.
"Allahu, dah jam 630 petang." Daiyan tersengih manakala Zara hanya buat muka.
"Faris, Arjuna. Cepat." Laju kaki mereka berdua melangkah ke arah Zara dan Daiyan. Bola di tangan Arjuna diserahkan kepada Daiyan.
"Kakak, lepasni kita nak pergi mana?" Faris mengelap peluh menggunakan sapu tangannya. Arjuna pula sudah berpimpinan tangan dengan Daiyan.
"Aah la ummi. Lepasni kita nak pergi mana?"
Sampuk Arjuna. Wajahnya yang cerah kelihatan kemerahan namun tidak memudarkan wajahnya yang comel."Kita pergi makan dulu, baru kita balik rumah. Okay?" Zara tersenyum kearah budak-budak. Daiyan pula sibuk mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar.
"Baik, ummi."
"Baik, kakak."
Jawab mereka serentak.
Zara mengangguk.
......
"Abang Daiyan, err...." Zara gagap. Walaupun sudah dua tahun lebih menjalinkan hubungan istimewa bersama Daiyan. Zara tetap kekok apabila berada disisi bekas cikgunya. Peluh di dahi yang tadinya menitik tidak sudah tidak kelihatan akibat dek penghawa dingin yang terlalu tinggi.
"Ye, kenapa ni?" Daiyan tetap pada pemanduannya. Wajah ayu Zara dikerling sekilas.
"Abang Daiyan tak kisah ke Arjuna rapat dengan saya?" Terluah juga akhirnya pertanyaan itu setelah sekian lama dia pendam. Zara lega. Daiyan okay ke?
"La, kenapa tanya macam tu? Abang tak
kisah pun. Lagipun sejak kebelakangan ni, Haizad sibuk. Abang suka je kita semua keluar beriadah macam ni. Macam happy family?"
Daiyan tergelak halus. Terbit niat ingin menyakat Izara."Malaslah nak layan Abang Daiyan." Zara tersipu malu. Pandangan jatuh pada dua orang budak lelaki yang sedang tidur kepenatan. Kesian dorang penat. Sayang Zara pada Arjuna, hanya dia yang tahu macam mana. Sayang pada bapa Arjuna? Dia kurang pasti. Sehingga kini, Izara belum tahu akan status Arjuna pada Haizad. Yang Zara tahu, Arjuna anak kandung Haizad.
"Kalau kita bertunang nanti, abang nak pilih tema warna mint green. Mesti abang nampak kacak dan Zara cantik bak bidadari."
"Tak payah nak membazir waktu bertunang. Kahwin nanti baru ada tema-tema ni." Jawab Zara jujur. Walaupun dia kurang pasti apa yang dituturkannya, apatah lagi dia sangat pasti yang bapa Daiyan macam tidak merestui hubungan mereka. Namun, Daiyan tetap mengatakan bahawa bapanya memang seorang yang dingin. Mama Daiyan pula memang baik menerima Izara.
"Zara nak kahwin dengan abang ke?" Soal Daiyan dengan gurauan. Dia tahu Izara pasti menukar topik apabila dia membangkitkan isu tersebut. Dia kenal Zara. Haha.
"Kesian Juna dan Faris penat, kan Abang Daiyan?" Daiyan sudah dapat meneka, Zara pasti tidak mahu menjawab soalannya. Pipi Zara kemerahan.
"Panas ke dalam kereta abang?"
Zara hairan. "Kenapa?"
"Tu blushing." Daiyan tersengih menampak giginya yang tersusun rata. Zara menutup wajahnya dengan beg tangan.
"Cikgu!!!!!" Zara menjerit.
Tawa Daiyan meletus juga akhirnya. Dia bahagia. Ya, itu yang dia rasakan.
Arjuna dan Faris tersedar daripada dibuai lena.
"What is going on here?" Arjuna menyoal sambil berkira-kira untuk pergi ke atas pangkuan Zara. Zara dan Daiyan terdiam.
"Ummi, are you okay?" Arjuna cemas lalu menyentuh wajah Zara dengan kedua tapak tangannya. Hati Zara tersentuh melihat kelakuan Arjuna.
"Ummi awak tu okay je, Juna. Emo je lebih dia." Faris dan Daiyan serentak ketawa namun itu tidak mematahkan fokus pemanduannya.
"Ummi okay, sayang." Dahi Arjuna dikucup lembut dan sempat dia menghadiahkan jelingan tajam buat Daiyan.
Daiyan buat muka tak bersalah. Ee, memang tak makan saman langsung. Perangai menyakat tu memang sah-sah sebijik Ashraf. Faris? Sama je abang-abangnya.
Arjuna? Dia lain. Dia umpama malaikat kecil bagi Zara. Anak kecil itu menyejukkan hati apabila mereka bersama. Dia tidak mampu untuk meninggikan suara pada Arjuna. Tidak macam dia dan Faris, ada saja nak bertekak. Bila Zara dah merajuk, pandai pula adiknya itu mengambil hati. Nasiblah, adik.
"Zara...."
Zara menoleh ke arah Daiyan. Kening diangkat berulang kali. Arjuna dan Faris sudah kembali dibuai lena. Penat sangat lah tu.
"Abang sayang awak..." Daiyan berbisik.
Zara memandang tepat pada mata Daiyan.
Daiyan tidak melepaskan peluang untuk menyakat Zara lagi. Dia suka melihat pipi Zara yang kemerahan menahan malu.
"Kacak sangat ke abang sampai tak kelip mata?"
Zara tersedar dan cepat-cepat melarikan wajahnya ke luar tingkap.
Daiyan tergelak lagi. Lucu.
Zara Oh Zara!
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...