Bab 3

7.8K 271 0
                                    

Setibanya mereka di depan pintu masuk sekolah, Izara merasakan bahunya dicuit lembut oleh seseorang. Dia lantas menoleh untuk mencari gerangan tuan punya badan.

"Cis! Rupanya Qhal. Ingatkan siapa tadi." Gumam hati Zara. Bibirnya tetap menayangkan senyuman manis.

Keningnya diangkat sebelah.

"Eh Zara, cuba kau tengok lelaki yang berdiri tepi Cikgu Irfan tu. Ya Allah, boleh sesak dada aku ni, Izara."

Tuding jari telunjuk Qhaleesha kearah yang dimaksudkan.

"Mana Qhal? Batang hidung Cikgu Irfan pun tak ada." Balas Zara malas, matanya masih melekap pada nota.

"Ish, engkau ni Izara! Tengok pun belum. Tu ha.... Kat tepi tangga pentas tu. Rancak berbual nampak."

Kali ni Zara betul- betul menoleh. Qhaleesha pula sudah terloncat-loncat. Badannya pula dah macam cacing kepanasan. Tangan kiri pula mengipas muka.

"Oh..... yang tu. Cikgu baru kot, Qhal." Mata masih lekat memandang muka cikgu baru itu namun hatinya terdetik rasa lain. Berdegup pantas tatkala mata mereka bertembung. Cikgu itu memghadiahkannya senyuman. Dia terpana sebentar.

Hatinya menyeru.....

"Ya Allah! Handsomenya. Muka pun macam ada darah kacukan. Atau lebih tepat lagi kacukan cina melayu, dengan badan tegap, ketinggian, lesung pipi m, boleh pengsan aku ni. Eh memang cukup packagelah. Complete."

"Weh Izara Ariana! Kau ni kenapa? Aku panggil banyak kali tapi kau termenung. Naik serak suara aku. Rupanya bercakap dengan tudung kau je. Eh eh.....ke teringatkan Haikal tu? Muka pun boleh tahan." Qhaleesha sengaja mengusik temannya. Pipi Zara dicuit lembut.

"Eee.....kau ni Qhal! Ke situ pulak. Ke engkau yang syok kat Haikal? Takdelah aku cuma teringat petang esok boyfriend  aku balik dari London."

Dalih Izara sambil menayangkan muka eksaitednya. Kedua tangannya ditepuk. Macam kanak-kanak ribena je.

"Ohh.....yeke? Sorry tuduh kau. Salah kau juga termenung. Aku cerita punyalah syok, last-last cakap dengan benda bukan hidup. Bye the way, boyfriend kau man balik esok? Kau tak datang kelas fizik Puan Loreta ke? Jangan cakap kau ponteng kali ni." Qhal senyum sumbing.

"Tak kot. Aku mintak excuse lah dari dia. Aku minta tolong papa datang sekolah esok. Apa susah." Zara mengenyit matanya kepada Qhaleesha.

"Ooo kau  rasa dia bagi....." belum habis Qhaleesha menuturkan ayat. Pengacara majis sudah mengumumkan bahawa perhimpunan akan dimulakan dalam masa 2 minit lagi. Semua pelajar haruslah berbaris dalam tingkatan masing-masing mengikut kelas yang ditetapkan.

.....

Pelajar sudah mengambil tempat masing-masing. Keadaan yang riuh sebentar tadi sudah pun beransur reda.

Pengacara majlis sudah mengambil tempat. Para guru juga sudah duduk diatas pentas menghadap pelajar.

"Kau rasa dia bagi ke kau tak hadir esok?" Tanya Qhaleesha tidak puas hati. Sebelum ni, tiada siapa yang dibenarkan untuk tidak menghadiri kelasnya. Kalau ada tu, memang nak cari nahas.

Dulu tu, ada pelajar kelas sastera yang ponteng kelas sains masa dia mengambil alih untuk mengajar kelas itu. Budak tu ponteng pun bukannya pandai nak cover. Boleh pulak dia jalan-jalan keliling sekolah sambil ditangannya memegang air tin. Siap sengih-sengih lagi.

Tapi bila kantoi, muka pelajar itu dah pucat. Memang lawak gila tapi kasihan jugak. Dia dikerah untuk lompat katak keliling bangunan sekolah oleh Puan Loreta. Dekat nak sebulan jugaklah dia tak ke sekolah kerana dek malu. Ha...pontenglah lagi.

"Adalah papa aku cakap esok. Kalau aku lepas, aku memang thorbaek" Sambil menayangkan ibu jarinya kepada Qhaleesha. Qhaleesha mencebik lantas melihat ke tempat lain.

Berlagak!

Zara sudah mengkekeh ketawa.







Pendek sangat chapter ni kan? Hmm..
Maaflah kalau tak best ke, bosan ke.

Sebab ini baru permulaan saya menulis. Saya harap anda semua bagi sokongan. Haha! Gurau. Ada sebarang pertanyaan. Boleh pm je saya.

Mohon vote & tinggalkan komen. Tq.

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now