Mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke KFC sepertimana yang dicadangkan oleh Faris. Pintu kaca automatic terbuka saat kaki mereka melangkah kedalam restoran. Nasib baiklah Aref sudah tempah awal-awal meja mereka, kalau tak, kelam kabut juga mencari tempat duduk lagi-lagi time hujung minggu macam ni. Memang ramai orang berkunjung.Dulang yang ditatang oleh Aref diiringi dengan Faris diletakkan berhati-hati ke atas meja. Dia membahagikan makanan sama rata. Zara baru meneguk air milo dari cawan bersaiz besar setelah habis membaca doa... tiba-tiba telinga mereka menangkap satu suara yang amat dikenali memberi salam. Masing-masing mengalih pandangan dari pinggan hidangan kepada tuan empunya suara. Zara mengulum senyum lantas berdiri menghormati tetamu yang tidak diduga.
"Haizad!" Kata Aref dalam nada terkejut. Zara masih diam tidak bersuara. Faris tidak memperdulikan sekelilingnya. Macam tulah dia, kalau makan memang tak hengat dunia. Memang anak murid Ashraf tulen.
"Dari tadi aku duk perhati, rupanya memang mata aku tak salah orang." Haizad memulakan bicara dalam senyuman yang berbunga. Matanya melirik kearah Zara sedangkan dia bercakap dengan Aref.
Selepas beberapa baris bertukar ayat, Haizad meminta diri untuk menghampiri sekumpulan tiga orang kanak-kanak sekitar umur lima tahun hingga sepuluh tahun yang sedang leka berbaris di depan kaunter KFC. Sepertinya mereka baru sahaja menonton wayang dengan tiket wayang yang masih lagi setia dipegang Arjuna. Eh, Arjuna! Seperti tahu-tahu saja dirinya disebut lantas tangan Haizad sekali lagi dicapai untuk melangkah kearah meja mereka. Senyum dibibir Arjuna manis, ya sangat manis seperti daddynya. Hatinya berdetik kuat. Tak boleh Zara! Dia suami orang!
Haizad yang kebingungan hanya menurut melangkah.
"Aunty Zara, I miss you." Tanpa salam, tanpa bertanyakan khabar lantas dirinya dipeluk. Zara angkat kening. Dikerlingnya Haizad yang kelihatan serba salah. Aref dan Faris pula tak usah cakap, melopong kedua-duanya.
Pelukan Arjuna dibalas lembut. Entah apa yang merasuknya, dahi budak kecil itu dicium malah kepala juga diusapnya perlahan. Ni kalau mummy Arjuna tengok adegan ni, maunya dia kena kejar sebab rampas anak orang. Eh ada ke macam tu?
Arjuna dikendongnya.
"Sweetie, sorry. Arjuna lepaskan aunty, please." Suara Haizad merayu terhadap anaknya. Hairan juga bila melihat Arjuna seperti sudah lama kenal dengan Zara padahal baru beberapa kali bersua muka.
"No, daddy. I want her." Arjuna sudah merengek menangis. Payahlah kalau macam ni. Kepala Arjuna masih lagi diusapnya.
"Okay, but please lepaskan aunty dulu. Tak kesian ke tengok aunty kena peluk kuat dengan Juna?" Suara Haizad masih lagi setia memujuk anaknya malah dia juga sudak duduk bercangkung berhadapan dengan Zara dan anaknya. Selalunya senang je nak pujuk Arjuna, entah kenapa hari ini. Meragam pulak.
"Let him be, Cikgu Haizad." Zara membiarkan dirinya dirangkul kemas oleh Arjuna. Rasanya terbit rasa sayang terhadap Arjuna apabila berada berdekatan begini. Adakah ini dinamakan cinta? Kepala hotak gajah engkau. Budak lagi tu, Zara.
"Can I call you, ummi?" Tanya Arjuna lantas meleraikan ikatan pelukannya. Huh! Baru senang bernafas. Terasa dirinya kaku sendiri. Tiba-tiba terasa orang yang lalu lalang disekelilingnya kelam. Biar benar? Dia salah dengar ke? Tolonglah cakap yang dia tak salah dengar. Entah mengapa hatinya berbunga riang. Bibirnya lantas mengulum senyum. Kalau boleh disukat memang sampai belakang telinga. Hiperbola lagi.
"Ummi! Can I?" Sekali lagi Arjuna bertanya. Direnungnya wajah polos anak kecil itu. Muka memang takda iras-iras Haizad mungkin mummynya kali. Lesung pipit yang kemas tersusun di setiap belah kanan dan kiri pipinya amat menarik perhatian Zara. Sebijik macam Haizad. Handsome dan comel.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...