Bab 33

5.4K 175 6
                                    

"Izara!" Suaranya sudah naik ke langit.

"Qhal!"

"Ahh....sakit telinga aku." Iphonenya dijauhkan daripada telinganya.

"Aku seronok gila dengar suara kau sampai rasa nak menangis ni!"

Zara ketawa pecah. Matanya sudah terasa basah, eh bocor ke? Air mata gembira tu. Rindu sangat kat Qhaleesha. Rindu sangat-sangat.

"Otak kau ni dah putus fius ke apa?" Dia menyeka air matanya dengan hujung jari.

"Aku punyalah rindu kau, kau boleh lagi cakap aku mereng?" Sisa tangisnya masih ada. Dia duduk bersila diatas katilnya.

"Apa cerita New Zealand?"

"Sejuk tahap dewa lah giler! Aku rasanya nak balik Malaysia! Tengah-tengah hujung winter nak masuk spring ni pun aku tak tahan. Sejuk habis doh."

"Apa kau ingat tiket kapal terbang tu beli guna pasir ke?" Zara menjulingkan matanya.Hujung tali gulingnya ditarik-tarik.

"Jahatlah kau!" Zara tersengih. Macamlah Qhaleesha boleh tengok.

"Aku cakap betullah, Zara. Orang putih pun tak sejakun abang aku tau. Orang lain kemain sejuk kat luar sana. Dia boleh-boleh pergi kayuh basikal guna boxer dengan baju apek dia. Mana mummy aku nak pelangkung kepala abang aku." Qhaleesha sudah ketawa. Zara juga sudah turut ketawa. Tapi yang paling over mestilah Qhaleesha.

"Kau ada kawan ke kat sana, Qhal?" Zara menarik bantalnya lantas dipeluk.

"Ada je, kau nak tahu satu cerita? Memang kau takkan percaya punya lah."

"Hei, kau belum cakap lagi. Mana aku tahu." Zara sudah menjulingkan matanya.

"Ada sorang jiran aku ni, she's from Indonesia tapi dah lama tinggal kat sini. Aku....." Sengaja Qhaleesha melambat-lambatkan kata-katanya. Sengaja bagi Zara marah. Lagipun comel apa bila Zara marah. Pipi dia alahai, merah nak mampus.

"Aku apa? Weh cepatlah." Zara sudah mendengus kuat. Ni lagi satu perangai Qhaleesha. Bagitahu cerita kemain eksited tapi bila nak bagitahu jalan cerita dia.....fuh boleh panas punggung.

"Aku......" Qhaleesha sudah menahan ketawanya.

"Aku apa?"

"Aku rasa aku dah falling in love kat abang dia lah." Qhaleesha ketap bibir. Rambut yang menutupi matanya diselitkan ke tepi telinga.

"What?!"

"Sabarlah, Zara."

"Ye aku sabar ni. Kau tu je over limit." Qhaleesha sudah tergelak.

"He's muslim?" Tanya Zara ragu-ragu. Pelipisnya digosok.

"Absolutely, yes." 

"Alhamdulillah. Lega hati aku. So, tu je ke cerita kau?"

"Tak kot. Terpesona aku." Qhaleesha sudah terguling-guling diatas katilnya. Gebarnya ditarik sehingga melepasi dadanya.  Tersengih-sengih lagi.

"Dah tu?" Dengan terujanya Qhaleesha menceritakan dari A hingga Z. Tiada satu pun yang tertinggal.
....

Qhaleesha masih lagi tersenyum selepas bertukar khabar dengan Zara.  Iphonenya yang baru berdering pun tidak didengarnya. Fikirannya melayang.

Wajah Betty yang sedang tersenyum kearahnya dipandang.

"Miss, what's the one you're wearing on your head?" Tangannya diangkat menunjuk kepalanya. Mukanya kelihatan tertanya-tanya.

Wajah Betty dipandangnya. "You're asking about this, madam?" Suaranya serak. Demam katakan. Matanya merah.

Dipegangnya hujung tudungnya seraya tersenyum manis walaupun kepalanya berat. "It's called hijab, madam." 

"Why do you should wear a hijab? Don't you feel hot with this hijab?" Soalan Betty ikhlas satu pertanyaan.

"Soalan cepumas betul kau ni." Qhaleesha menuturkannya dalam bahasa melayu. Betty angkat kening.

"Sorry, miss?"

"It's my obligation because I'm a muslim. In our religion it's an order from God for the women to cover their bodies, including the hair. And I don't feel hot with hijab." Macam mana nak panas kalau suhu New Zealand ni macam dalam peti sejuk. Qhaleesha tersenyum.

Betty tidak habis bertanya tanpa henti sehinggakan dia berasa rimas. Kemudian datang dia datang dan menyelamatkan Qhaleesha. Masa tu memang lega habis. Fuh!

"Are you her boyfriend, sir?" Rahang Qhaleesha sudah jatuh kebawah. Masakan tidak soalan yang tidak dijangkanya keluar dari mulut Betty. Dahinya ditepuk. Sakit kepalanya juga sudah tidak berasa. Dadanya apatah lagi, memang dah rasa nak melompat keluar dari aesofagus.

"Why?"tenang saja dia bertanya.

"We're talking about this hijab-thingy. It is true that she can't let strangers see it? How about you? Even though you're his boyfriend?"

Masa tu, dalam hati Qhaleesha berdoa agar dia pengsan sekejap ke apa ke. Asalkan dia tak dengar 'dia' jawab apa pada Betty. Wajah 'dia' ditatapnya. Berharap agar 'dia' tidak menjawab soalan cepumas Betty. Bibirnya diketap.
Dahinya sudah berkerut-kerut.

"I'm his boyfriend alright. And I'm okay with it. I understand her obligation to God and the religion."

Ayat 'dia' memang sah buat Qhaleesha hampir-hampir pengsan sekejap.

"So you can't see her hair?"

"Yes, madam." 'Dia' mengangguk mengiakan.

"Not until you get married?"

Saat itulah mata mereka bertembung. "Yes, not until we're married."  Lambat-lambat dia menuturkan dengan pandangan mereka yang masih bertaut.

"And you love her even though that you can't see her without the hijab?" Kali ni Qhaleesha memang rasa betul-betul nak pengsan. Dia terduduk lesu.

"There's more than what meet the eyes." Lembut dan perlahan saja 'dia' menuturkannya. Qhaleesha mengangkat pandangannya ke wajah 'dia'.

"I love her the way she is. I fell in love with the qualities with in, not just the physical person outside." Wajah Qhaleesha ditatapnya sekilangnya.

Qhaleesha sungguh tak tahu nak cakap apa sekarang. Dia perlu segera pergi sebelum Betty tanya yang bukan-bukan lagi. Dia angkat berdiri.

"Madam, we should be going now." Plastik ubat ditanganya ditunjukkan kepada Betty. Betty tersenyum seraya menangguk kepalanya tanda faham.

"Abang Hakem, jom." Hakem tersenyum seraya mencuit manja pipi anak Betty, Danny.

"Goodbye, Danny. Great meeting you today." Ujar Qhaleesha sebelum kakinya melangkah keluar daripada klinik John's.

"Qhal!" Qhaleesha tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang kearah abangnya. Terasa kepalanya dihempuk dengan kusyen kecil miliknya yang kemas bersusun diatas sofa dibiliknya.

"Abang!" Qhaleesha menjerit. Kan dia dah cakap. Mesti ada saja modal Qhalif nak kenakan dia. Namun, senyumnya tanpa sedar masih bersisa dibibir. Qhalif pula sudah berlari keluar dari biliknya.

"Hakem." Mulutnya menyebut perlahan nama jirannya. Kalau Qhalif tidak berkejar ke pejabat pagi tadi sebab ada masalah dengan klien mengamuk, pasti Qhalif yang membawa Qhaleesha ke klinik. Tapi memandangkan dia terpaksa pergi maka dengan sukarela Hakem menghantarnya ke klinik. Dia bosan di rumah sementara menunggu cuti semnya habis. Adiknya pula, Hanissa dan Hilman pula bersekolah di St. Vanessa Secondary School. Lagipun dah lama juga dia memerhatikan Qhaleesha. Kasar jugak orangnya walaupun nampak ayu.









Okay. I'm here to thank a lot to Hlovate because giving me some idea on how to continue this. That part about hijab, I read it from 5T5B novel. So I followed. Sorry If this part is not interesting that you're expecting.

Do vote & drop some comment.

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now