Bab 17

5.8K 209 1
                                    

"Guys! I want to tell you guys something important." kata Qhaleesha kepada temannya.

Seorang demi seorang wajah temannya ditatap.

"Nak cakap ape? Takkan nak kahwin kot? Qhal biar betul?" Usik Sara selamba.

"Err....actually two days before Bang Alvian get married. I....I...."

"Jangan cakap kau nak lari sebab along aku kahwin?" Sergah Izara sambil mencuit lengan Ashraf yang memandu. Ashraf tersenyum nipis.

"Apa kau orang merepek ni. Nak merajuklah." Rajuk Qhaleesha sambil mengetuk cermin kereta. Itulah perangai Qhaleesha yang tidak dapat dipisahkan kalau dia merajuk. Suka nak ketuk-ketuk.

"Maaflah Qhal. Kau nak cakap apa tadi?" Pujuk Qaseh lembut.

"Aku nak pindah ke New Zealand. Ikut parents aku pindah. Abang aku dapat sambung belajar kat sana dan parents aku dapat ambil alih syarikat atuk kat sana."

Lalu menangis teresak esak di dada Sara. Dia tahu dia nak pindah tapi tak adalah secepat ni.

Mereka semua terkelu. Ashraf yang tadinya memdiamkan diri kini mencelah.

"Takpe, Qhal. Mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi. Nanti Qhal boleh lah berhubung dekat Malaysia ni. Zaman sekarangkan moden. Macam-macam boleh buat, Qhal. Lagipun NZ tu bukan jauh mana. Negara jiran kita je."

Mereka yang tadinya menangis kini tergelak. Adakah patut NZ tu Ashraf cakap dekat, negara jiran pulak tu. Study je luar negara tapi geografi hampeh.

"Dah-dah. Kata nak berseronok tengok wayang apa semua tapi sedih-sedih pulak. Mana syok. Lap air mata semua tu. Angah taknak korang sedig. Tak cantik langsung. Tak jadi orang lelaki nak ambik jadi isteri."

Mereka semua mencebik. Cis! Bang Ashraf kenakan diorang. Suasana yang tadinya keruh kini ceria pula. Kenapa mereka tidak berfikir yang mereka boleh berhubung menggunakan skype, whatsapp, facebook, twitter, bagi yang kaki selfie macam diorang semua termasuk Ashraf sekali bolehlah main instagram dan lain-lain.

.....

Pagi Ahad itu Puan Fadia iaitu mama Izara, awal-awal lagi sudah mengingatkan suami dan anak-anaknya untuk berkumpul di ruang rehat  selepas bersarapan.

"Mama sebenarnya ada something important nak cakap kat anak-anak mama." Muka Puan Fadia serius sambil menatap wajah anak-anaknya. Dada mereka adik-beradik berdebar-debar.

"Macam mana mama nak cakap ni. Hmm.....papa awak tolong bagitau anak-anak kita." Puan Fadia tersengih melihat suaminya untuk meminta pertolongan.

"Eee..... saya pulak yang kena. Awak lah cakap sendiri Puan Fadia." Sambil mencuit hidung mancung isterinya.

Anak-anak mereka yang melihat adegan romantis itu tersenyum dan gembira kerana memiliki keluarga yang lengkap dan bahagia.

"Ish.....Awak ni Encik Izhan. Bantu tolong jelaskan pun taknak. Kalau dengan klien, huh sampai serak tekak dia bercerita."

"Baiklah. Awak ni Fadia. Nak merajuk pun depan anak-anak. Patutlah peribahasa melayu cakap emak borek anak rintik." Ujar Encik Izhan menyakat isterinya yang sudah menunjukkan muncung itiknya yang hampir sedepa. Haha tak adalah sampai situ pulak.

"Macam ni along, angah dan adik. Memandangkan tak hampir dua minggu sahaja along nak kahwin, pastu angah pulah dah nak mula kerja di syarikat papa, adik pulak bulan tiga tahun depan, inshaa Allah keluar keputusan SPM. Then adik sambung study kan? So mama dan papa dah bercadang nak....."

".....Eh wait! Jangan cakap papa nak Izara sambung study London? Adik tak sanggup nak duduk jauh dengan papa dan mama." Izara memintas percakapan Encik Izhan yang belum sempat menghabiskan kata-kata. Matanya tidak berkelip memandang Encik Izhan.

"Itulah adik. Papa belum habis cakap lagi. Dengarlah dulu." Tegas Encik Izhan lalu menyambungkan ayatnya tadi.

"Mama dah minta persetujuan dan papa pun setuju, memandangkan nanti mama akan keseorangan di rumah ni. Mama kamu semua nak...."

".....Eh wait! Jangan cakap papa dan mama nak batalkan perkahwinan along?" Pintas Alvian cemas. Ashraf yang tadinya diam tidak berkutik pantas menikam Alvian bantal tepat ke mukanya. Zara ketawa.

"Dengar papa habis cakap dulu boleh tak? Angah tengah syok nak dengar, ada je along dan adik kacau. Dah, sambung papa." Kata Ashraf tidak puas hati. Alvian dan Izara sudah memberinya jelingan maut.

"Okey. Papa straight to the point memandangkan papa memang tak pandai nak bermadah kata. Ni, mama nak ambil sorang anak angkat, iaitu budak tu anak kawan papa. Umur baru 4 tahun. Tahun depan 5 tahun. Mak ayah budak tu dah lama pergi. Dia dijaga oleh neneknya. Sebenarnya ni wasiat mak ayah budak tu, tapi papa takut anak-anak  tak dapat terima kehadiran orang baharu. Tambahan pula mesti mama sunyi sebab semua anak-anak dia jarang kat rumah." Jelas menunjukkan riak risau diwajahnya dan menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya.

Mereka tiga beradik itu berpandangan lalu tersenyum gembira. Inilah yang pernah diinginkan mereka dahulu iaitu seorang kanak-kanak berada di dalam rumah itu untuk menghiburkan mereka.

"Yang tu along setuju. Lagipun kitorang pernah jugak berbincang pasal tu." Kata Alvian sambil menggeletek telinga Ashraf.

"Apa along ni! Main geletek mana aci." Menepis tangan abangnya yang sudah mengekek ketawa bersama yang lain.

"Haa.....betul cakap along itu papa, mama. Kitorang pun pernah jugak discussed about that thing tapi takut mama papa tak setuju. Bila nak jemput budak tu?" Tanya Izara gembira kerana tidak lama lagi dia akan mempunyai seorang adik. Eh laki ke perempuan?

"Laa.....ye ke? Lagi mudah lah kerja papa mama. Budak tu lelaki. Seminggu sebelum adik duduk SPM haritu, time angah bawak adik and the gang main tenis. Papa dan mama keluar jemput budaktu, then tukar nama dia, buat surat beranak baru, turun naik mahkamah nak dapatkan hak penjagaan." Dengan panjang lebar Encik Izhan menjelaskan kepada anak-anaknya.

"Wow? Boy? This makes me really really happy. His name mama?"  Tanya Ashraf dengan teruja sehingga tidak perasan riak wajah Izara sudah beubah kelat.

"Kali ni mama bagi nama dia sebab dulu papa yang bagi nama awak semua ni. Nama dia Tun Aryan Faris." Dengan bangga Puan Fadia memberitahu mereka.

"Dan esok, papa dan mama jemput Faris balik sini. Awak semua kemas bilik dua sebab papa dah beli semua kelengkapan bilik. Cat bilik dia warna biru terang. Lepas ni kita bolehlah mulakan projek kita, deco bersama Tuan Tun Amir Izhan dan keluarga." Arah Encik Izhan dengan serious tapi ada lawak di hujung kata-katanya.

Mereka semua tergelak lalu menukar pakaian sebelum memulakan projek mereka.

"Welcome to our family, adik Faris." Gumam hati Zara yang sudah tidak sabar lagi menanti kehadiran Aryan Farish lalu terlanggar rak buku yang agak besar di dalam ruang rehat kerana dek pemikirannya sudah melayang.

Dahinya diusap. Sakitnya tuh disini.












Do vote & drop some comment.

Lots of love: AJ.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now