Semenjak Ashraf pulang dari Kota London dan tidak mahu bekerja dahulu katanya. Dia ditugaskan untuk menghantar dan menjemput Izara balik ke sekolah. Along sudah mempunyai kereta BMW 9 series berwarna merah hadiah daripada papa kerana berjaya membangunkan syarikat mereka, Ams Holding yang sangat terkemuka di ibu kota
Ashraf pula Encik Izhan hadiahkan Chevrolet berwarna black matte kerana berjaya mendapat segulung ijazah.
"Sayang, how's your trial? Is it great?" Tanya Ashraf kepada satu-satunya adiknya. Tangan Ashraf disalam.
"Not really good. I only got 3A+, 1A-, 4B. Kantin, jom angah? Adik lapar la." Sambil buat muka sedih tapi tangannya masih menarik tangan Ashraf untuk menuju ke kantin. Perutnya perlu diisi. Laparnya tahap apakah.
"Alolo..... adik angah ni. Lapar eh. Jom." Sambil mencubit pipi adiknya. Zara mengerang kesakitan sambil menggosok pipi. Bahu Ashraf ditampar kuat. Padan muka.
"Ramainya cikgu adik belum balik?"
"Aah angah. Pukul dua setengah petang nanti diorang ada mesyuarat pasal PMR dan SPM."
"Angah duk sini. Biar adik yang order. Nak makan apa?" Tanya Zara lantas mengambil tempat lalu menepuk kerusi untuk Ashraf.
"Eleh nak bodek angah belanja lah ni. Angah nak nasi goreng ikan masin dan air milo sejuk."
Ashraf menurut lalu duduk disitu."Beres bos." Kata Izara menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran setelah abangnya memberi not lima puluh.
"Eh, kau ni Ashraf kan? Tun Ashraf Izhan?" Sapa suara yang agak familiar ditelinganya. Kepalanya lantas diangkat untuk melihat gerangan tuan punya suara.
"Err... ye saya Ashraf. Tapi maaf. Cikgu ni siapa ye?" Tanya Ashraf masih ragu-ragu. Mana tahu pelanduk dua serupa.
"Weh Ashraf! Ni akulah, Haizad. Housemate kau. Ke kau lupa?" Suara Haizad dah over excited ni. Pelajar yang berada dikantin mengerling sekilas.
"Ya Allah, Haizad. Makin hensem kau sekarang. Tu yang aku tak kenal. Guna spect dah? Lamanya tak tengok engkau? Juna, apa khabar?"
"Haha.....gilalah engkau ni Ashraf. Alhamdulillah Juna sihat serta orang rumah sekali sihat. Aku je tak sihat. Pening kepala aku nak fikir budak nak SPM ni. Eh lupa kau buat apa kat sini? Jangan kau nak cakap kau nak bebisnes kat kantin ni pulak?"
"Aku jemput girlfriend aku. Tengah frust result trial dia teruk. Rindunya aku ngan Juna. Dah berapa tahun umur Juna? Haa..... tu pun girlfriend aku" tuding jari Ashraf ke arah adiknya.
"Eh hai Cikgu Haizad. Kenal ke dengan mamak roti canai ni?" Sambil menghidangkan makanan angahnya. Zara ketawa lepas.
"What?" Hati Haizad sudah tidak keruan dan dia tidak tahu kenapa. Berdebar semacam. Wajah Ashraf ditatap lama.
"Kenapa dengan engkau ni Haizad? Resah semacam je aku tengok." Tanya Ashraf kehairanan. Tadi okey je.
"Sweetie ni kau punya girlfriend ke?" Mukanya berubah riak tetapi berjaya dikawalnya. Matanya juga masih tidak lepas merenung wajah Ashraf.
"Yelah, kenapa engkau ni Zad? Rindu Juna ke? Telefonlah anak engkau tu." Ashraf tidak mengerti. Kepalanya digaru walaupun tidak berasa gatal. Keningnya diangkat.
"Izara betul ke Ashraf ni boyfriend awak? Macam tipu je." Haizad masih tidak percaya. Jasad ditubuhnya seakan-akan sudah melayang jauh.
"Hah? Betul. Ni buktinya." Selamba Izara mencium pipi Ashraf.
Mata Haizad mencerlung tanda kurang percaya apa yang dilihatnya. Rasanya dia mahu lari daripada mereka berdua.
"Izara awak tahu tak ni kawasan sekolah. Dah melanggar peraturan sekolah awak tahu? Awak Ketua Pengawas kat sini." Keras suara Haizad malah mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah. Ashraf juga sudah tidak dapat menahan tawa. Bahunya terhinggut-hinggut.
"Saya tahulah cikgu. Lagipun takde salah saya nak cium manja dengan abang saya sendiri." Balas Zara sambil ketawa. Tangannya sudah menepuk meja kantin. Dah macam ketuk drum. Ashraf pula sudah sah ketawa sakan sampai meleleh air matanya. Entah apa yang lucu sangat.
"Haizad, kenalkan ni adik kandung kesayangan aku. Tun Ariana Izara. Eh sama umur adik engkau kan?" Ketawa sudah kian reda. Haizad menjelingnya tajam. Ceh.
"Oh..... rupanya adik engkau Raf. Terperanjat aku. Aah adik aku pun ambik SPM tahun ni. Eh aku gerak dululah, ada mesyuarat pasni. Kalau ada apa-apa call aku. Bye sweetie! Bye Raf."
"Cis! Ada hati kau panggil adik aku sweetie? Tak sedar diri dah beranak. Haha." Ashraf ketawa kuat lagi. Zara sudah angkat kedua keningnya. Kali ni, bukan Haizad yang buat dia malu, tapi abangnya. Lengan abangnya dicubit kuat.
"Aduh!" Ashraf mengerang kesakitan. Kini Haizad pula yang ketawa riuh. Zara hanya menggeleng kepala. Memang kepala Haizad dan abangnya sudah masuk air. Mereng!
"Aku gurau jelah Raf. Okey aku dah nak gerak ni." Kakinya sudah melangkah disebelah kiri blok kelas tingkatan satu untuk sampai di bilik mesyuarat setelah memberi salam.
Hati Izara sedih semacam mendengar perkataan anak daripada mulut abangnya. What to do? Dia dah jatuh suka dengan suami orang dan itu harus dihentikan lagi-lagi orang itu merupakan sahabat abangnya sendiri. Zara geleng kepala perlahan.
Dahinya ditepuk! Dia lupa nak bagitahu Alvian pasal keputusan percubaan SPMnya. Apa yang bakal dikatakan oleh along? Adakah marah atau masih mahu memberi kata dorongan.
Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Makan lagi penting.
Do vote & drop some comment!
Lots of love: AJ.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...