Iphonenya tiba-tiba berbunyi tanda mesej masuk. Zara mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas meja dan hanya beberapa inci saja dari tangannya. Setelah dapat mencapai Iphonenya, matanya kembali menatap kearah skrin TV yang menayangkan cerita legenda Harry Potter. Movie yang amat diminatinya sejak dari menengah rendah lagi sehingga kini selain daripada kartun Detective Conan. Laman whatsappnya dibuka. Aref. Ya, mesej dari Aref.
Assalam, Zara. Dah dua minggu sejak dari kejadian tu tak jumpa Zara. Terbit dah rasa rindu abang terhadap Zara. [Shy] [Cry] Nanti jumpa nak?
Zara menarik senyum di pipinya. Terbit rasa lucu dihatinya tatkala melihat mesej yang baru diterimanya daripada Aref. Hairan pula. Takkan orang sekacak Aref dan berpangkat tinggi tak ada wanita yang nak? Musykil betul. Tapi takkan nak tanya kot. Kang dikatanya terhegeh pula sibuk pasal hal peribadi orang. Jatuh saham nanti. Senyumannya dibibir masih tidak lagi surut dari wajah ayu Zara.
Laju jemarinya menekan keypad pada skrin telefonnya membalas mesej.
Bila diingat balik, rasa macam lawak je peristiwa tu. Haha. Tak payah nak berindu-rindu bagai. Geli tahu tak? [Cry] [Cry] Lagi satu, mesti angah tak bagi keluar drive sorang-sorang lagi. Abang Aref takkan tak ingat. Hmm [Sad face] [Sad face].
Butang send ditekan.
Sekurang-kurangnya biarlah Aref tahu yang dia tak boleh keluar sorang-sorang lagi. Bosan memang bosan duduk terperap dirumah seorang diri. Nak harapkan Faris diajak bermain bersamanya? Huh, lagi bosan. Asyik-asyik ps4, asyik-asyik game. Sekali-sekala layan memang seronok tapi kalau dah tiap-tiap hari, boleh muntah hijau. Jemu okey.
Ajaklah main bola sepak ke, squasy ke, badminton ke ada jugak peluh yang keluar dari badan. Takdelah lemak unta duk bertenggek kat dalam badan ni. Berketul-ketul lemak dari jauh dah macam orang ada six-pack, rupa-rupanya lain.
"Kakak!"
Zara angkat muka. Faris tersengih-sengih melihat kearahnya. Baru je tadi Zara sebut nama dah ada depan mata. Alhamdulillah, panjang umur. Faris berjalan mendekatinya lalu pantas naik ke atas katil Zara. Zara tayang muka pelik. Dah kenapa budak sorang ni. Masih dengan berbaju lengkap sekolah tadika.
"Assalamualaikum, kakak." Bantal busuk Zara ditarik lantas diraih. Entah apa yang istimewa sangat bantal tu sampai satu tahap hari tu, Faris demam panas teruk, bantal itu juga pertama dicarinya.
Salam Faris dijawab sambil menggeleng kepalanya. "Kakak dulu, baru salam kau bagi. Otak apa kau ni Dekris?"
Faris masih tayang sengih. Omelan Zara tidak diendahkannya.
"Hari Sabtu ni, kakak free tak?"
Mata Zara kembali terarah kepada skrin telefon bimbitnya. Senyumnya terbit semula. Telefonnya berbunyi lagi tanda mesej masuk.
Abang kalau boleh tiap-tiap malam mimpi pasal peristiwa tu. Sweet apa? [Shy] [Shy] Eh no worries, abang akan minta izin kat Uncle Izhan. Baru sopan sikit, lagi-lagi orangynya adalah abang [Smile]
Kening Zaara terangkat seinci malah berinci-inci. Ni dah tahap perasan tahap apakah. Zara ketawa berdekah tanpa mempedulikan adiknya.
"Kakak!" Terasa bahunya digoncang dengan kuat. Pipinya pua ditepuk perlahan, Zara tersedar. Macam kerang busuk je Faris melihatya. Dia berdehem beberapa kali untuk membetulakan suaranya.
"Dekris, kakak ni belum lagi ada rekod pekak malah bisu tau. Panggil la elok-elok. Payah sangat ke?" Dengan selamba tangannya menarik bantal busuknya dari dakapan Faris. Faris berpeluk tubuh kerana tidak sempat berbuat apa-apa untuk mempertahankan bantal busuk itu. Mukanya sengaja dimasamkan.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...