Terdengar suara yang orang berbual sambil bergelak ketawa sebelum mata Izara dapat melihat gerangan tetamu abangnya. Wajah bersih milik Cikgu Daiyan Harith dan Cikgu Tengku Atiq Haizad bersama anak comelnya, Tengku Arjuna Nufhail tertancap dipandangan Zara. Dua orang lagi asing dipandangan Zara. Seorang gadis 20-an yang agak err.....gedik dan seksi pada pandangan mata Zara. Ish.....guna pakaian yang tak cukup benang, nak tunjuk dengan siapa? Tapi, nak cakap suhu Malaysia ni macam suhu gurun Sahara. Hmm..... nampak beno bodoh geografi. Mata gadis tersebut tajam menjeling ke arah Zara.
"Ingat lawa sangat ke duk jeling-jeling orang ni? Dah macam mata kerbau je aku tengok." Seru hati Zara. Matanya juga turut membalas jelingan gadis tersebut. Ingat Zara ni penakut ke? Nampak beno silap orang. Ini Zara, okey!
Seorang lagi lelaki yang juga asing dipandangannya. Saat melihat Zara, mereka bertiga tergamam kecuali gadis mata kerbau tu. Kali ini Zara yakin lagi pasti dua ratus persen, pasti jejaka-jejaka didepan Zara ini bukan tergamam akan kecantikannya. Ceh.....yang ini perasan. Gelak jahat sikit.
Tatkala ketergamaman mereka beransur pudar, Cikgu Haizad dan gadis mata kerbau itulah yang paling over ketawa terbahak-bahak. Cis! Macam tak reti nak jaga hati orang ke apa dua ekor ni? Cikgu Daiyan dan lelaki asing tadi pula sedang berusaha keras menahan ketawa. Sampai kulit wajah mereka yang kuning langsat kelihatan kemerah-merahan.
Sungguh hati Zara sangat sakit dan dulang yang ditatangnya tadi diletakkan di atas meja. Melihat Cikgu Haizad yang hampir tergolek kerana ketawanya yang melampaui batas itu, Arjuna melihat daddynya dengan hairan. Zara menyorot pandangan tajam terhadap Cikgu Haizad, serta-merta ketawanya dan gadis mata kerbau tadi reda sedikit.
"Sweetie, design tudung zaman bila pulak ni? Tak pernah pulak saya tengok orang pakai macam ni. Nilah first time saya tengok. Kalau sweetie nak tahu, inilah pemimpin negara yang kita nak, kreatif dan inovatif. Alas meja jadi tudung. Ashraf tak bagi bergaya ke bila jumpa saya?" Cikgu Haizad menyambung kembali ketawanya lantas Arjuna menekup mulut daddynya walaupun tangannya kecil. Aksinya amat menarik perhatian Zara. Comel!
"I nak you buat tutorial boleh?" Sindir gadis mata kerbau tadi kemudian dia terus terbahak-bahak lagi. Dah bunyi mak lampir je bunyinya.
Zara menjeling tajam kearah mereka berdua.
"Wow! So funny." Sinis Zara sambil menepuk kedua-dua belah tapak tangannya.
"Ilya! Behave yourself. " Tegur Daiyan lantas menghadiahkan jelingan kepada gadis tersebut.
Padan muka! Gumam Zara.
"Okay! Enough is enough." Dengan penuh kegeraman yang amat memuncak, Zara menampar bahu Ashraf kuat kerana dia yang paling dekat dengan Zara. Ashraf mengerang kesakitan yang seakan-akan digigit kerangga.
Zara berkira-kira hendak mengangkat kaki meninggalkan mereka di ruang rehat itu memandangkan dirinya amat tidak diperlukan. Kemudian terdengar suara seseorang yang dari tadinya diam tidak berkutik bersuara, Zara menoleh.
"Awak janganlah marah. Diorang gurau je tadi."
Nampaknya tuan punya suara ini tidak pernah Zara kenal. Matanya liar memandang Zara dan Ashraf bersilih ganti. Zara pamerkan riak marah terhadapnya bagi menghantar isyarat ketidakselesaannya ditenung begitu. Seakan-akan terkesan dihatinya dengan pandangan Zara, dia bangun lalu menghulurkan tangan kanannya kepada Zara.
"Saya Luth Aref."
Zara memandang huluran tangan kanannya lalu mengeluh perlahan. Zara paling tidak suka bersentuhan kulit dengan lelaki yang bukan mahramnya. Mereka adik-beradik sudah dididik untuk menjaga solat diawal waktu, kerana pertolongan Allah datang bersama orang yang menjaga solatnya serta batas-batas pergaulan sejak dari kecil lagi oleh Encik Izhan dan Puan Fadia.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...