Qaseh dan Miasara tiba ketika ramai tetamu sudah mahu mengundur diri. Setibanya mereka di halaman rumah milik Encik Izhan sekeluarga, mulut mereka berdua sudah melopong manakala mata seakan akan terpaku ke arah taman di rumah itu yang menempatkan pelamin yang bertemakan taman bunga, hasil tangan milik wanita muda berdarah Arab-Melayu, perancang perkahwinan yang terkenal dipelosok Malaysia iaitu Farhani Dean serta anak-anak buahnya. Perancang perkahwinan yang ditempah khas oleh Tun Ilyas dan isterinya memang tepat.
Tetapi yang amat menarik perhatian mereka berdua ialah pengapit kepada pasangan pengantin itu. Pasangan pengapit Ariana Izara bersama bekas cikgu mereka? Daiyan Harith. How can it be? Malah Zara tidak memberitahu kepada mereka pun, yang mereka tahu Zara hanya dipaksa menjadi pengapit kepada Alvian. Kalau mereka tahu, sudah tentu mereka datang awal. Jika tidak disebabkan Sara, Qaseh sudah pastinya sampai lebih awal. Barangkali sebelum majlis bermula lagi Qaseh berada disini. Tapi itulah, Sara kalau berjanji memang sering tersasar dari 'landasan' yang sepatutnya. Kalau dia tahu nak menghadiri majlis kenduri Alvian, apasallah dia mabuk keribang tidak beli shawl yang akan dikenakan dengan baju kurung modennya awal-awal lagi. Kemudian, Sara pesan, tak usah bawa hadiah sebab beritahu Sara tadi dia nak kasi apabila Alvian dan Aina pergi berbulan madu di Maldives yang akan berangkat tengahhari esok. Nanti kalau bagi awal bukannya Abang Alvian dan Isterinya sedar pun hadiah 'mahal' daripada mereka berdua apabila dibuka. Tapi apabila beri secara peribadi itu, jadi lain pula. Tentulah pasangan pengantin baru itu nampak nilai hadiah mereka. Esehmen chewah, pandai sungguh Cik Miasara ni main politik.
Tapi itulah yang buatkan Qaseh makin geram dengan Sara. Kalau sedari awal dia tahu tak perlu bawa hadiah..... memang Qaseh datang awal malah sebelum majlis bermula lagi. Dia tak kisahlah datang awal daripada jadi Mak Turut Si Sara ni, singgah butik nilah, butik tulah, sampai driver si daddy Qaseh pun naik pening dibuatnya. Belum lagi berdandan mengalahkan Mak Datin, setengah jam Qaseh dan driver daddynya jadi tiang lampu elektrik depan pagar rumah Sara. Tekan loceng tak bukak-bukak pagar. Ada pak guard digaji daddynya pun makan gaji buta, menternak tahi mata burung garuda didalam pondok pengawal di rumah Sara.
.....
Memandangkan dari tadi lagi Zara berdiri disamping kakak iparnya, malah perutnya juga sudah mendendangkan lagu pop-ye-ye . Dia meminta diri buat seketika untuk mengisi perutnya yang dari tadi kosong. Dari jauh lagi Zara sudah dapat melihat dua orang temannya yang menghala ke arahnya. Dia tersenyum.
"Wow, Ariana Izara! You look so pretty and gorgeous. I think you are a beautiful angel from heaven." Kata Qaseh Ramia kepada Izara sebaik sahaja mereka berdiri berdekatan.
Zara dan Sara berpandangan lalu ketawa mereka meletus. Beberapa orang tetamu yang berada berdekatan melihat kearah mereka.
"Woi Qaseh, kau ni apahal? Naik bulu tengkuk aku dengar ayat engkau tu. Lagi satu, aku makan nasi bukan makan ampu. Aku tahu kau lapar kan? Jomlah."
"I'm serious, babe. I meant my word. Kau sejak bila guna make-up ni? Cantiknya." Qaseh tidak mahu beralah malah memegang pipi Izara sebelum tangannya dicubit Sara.
"Ouch..... semut api mana terbang kat tangan aku ni? Berbisanya. Kalau aku sempat tangkap tadi, dah lama mampus semut api tu." Kata Qaseh sambil matanya sibuk mencari gerangan semut api(tangan Sara) tadi.
"Haaa.... ni dia semut api tadi(tangan Sara). Semut ni, aku tahulah tangan aku ni lembut, cerah dan gebu. Takpayah lah menggedik kat tangan aku."
Ketawa mereka pecah lagi sebelum berlalu ke khemah dimana tempat tetamu-tetamu makan.
Dari jauh ada sepasang mata yang memerhati gerak geri Zara. Daiyan tersenyum bahagia.
.....
Izara mengambil beberapa juring buah tembikai kuning dan betik. Piring buah-buahan dan segelas sarsi kordial, Zara letakkan ditengah-tengah meja. Nasib baik masih banyak makanan walaupun dia makan lewat walaupun jam dah dekat tiga petang. Kalau makanan habis tadi, memang sesungguhnya Alvianlah yang akan Zara belasah minta belanja makan tengah hari. Dahlah perutnya dari pagi tadi belum diisi sebutir pun nasi, malah telinga pun naik berasap juga tadi gara-gara dia bergandingan dengan Daiyan. Daiyan pula tersengih-sengih macam ketam busuk je.
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...