Bab 31

5.5K 203 17
                                    

Kaki mereka sudah melangkah menjauhi restoran itu. Kini mereka sudah berjalan-jalan mengelilingi bangunan tersebut sebelum keluar dari SOGO.

"Kenapa keluar sorang-sorang ni?" Jelas riak risau terpancar diwajahnya.

"Zara bosan." Zara tayang giginya.

"Bahaya keluar sorang-sorang. Awak tu perempuan."

Zara tersengih lagi. "Thanks sebab belanja Zara makan tadi."

"No big matter, Zara. Nanti bila-bila bosan, bagi tahu sajalah. Abang ambil Zara kat rumah. Jangan berani keluar sorang-sorang macam ni lagi. Nasib baik abang ada tadi. Kalau tak? Entah apa diorang buat kat awak." Panjang saja leteran dia.

Zara hanya tersenyum.

"Tak takut kena marah dengan papa ke? Kalau asyik keluar dengan anak dara orang?" Sengaja dia menekan perkataan papa itu. Takkan dia tak takut dengan papa kot, kalau asyik keluar dengan anak kesayangan papa.

Aref terdiam.

"Kenapa abang diam?"

"Abang boleh je mintak izin kat papa Zara kalau nak bawa Zara keluar. Kalau susah sangat, abang hantar rombongan meminang Zara. Biar kita tunang dulu." Aref sengaja berkata begitu kerana ingin melihat reaksi Zara. Kini giliran Zara terdiam.

Aref ketawa kecil. Dia taknak terburu-buru dulu. Masih ada banyak masa.

"Alah, abang nak jadi bodyguard Zara masa Zara keluar. Takkan itu pun dia nak marah." Soal Aref sungguh-sungguh.

Zara angkat bahu.

Jalan-jalan dia sudah. Makan dia pun sudah. Apa lagi yang lupa? Ha....masa untuk pulang!

"Kalau papa nak marah pun, dia ada hak. Zara anak dia." Aref menyambung lagi.

Aref tersenyum. Zara sudah menghidupkan enjin keretanya tetapi Aref masih setia berdiri tegak disebelah keretanya.

"Abang tak nak balik pejabat ke?"

Aref melihat muka Zara. Boleh tergugat imannya. Cepat-cepat dia berisghtifar dalam hati.

"Abang!" Zara menyergah Aref.

Aref tersentak. Tak sedar bila masa Zara menutup pintu keretanya. "Abang teman Zara sampai rumah." Aref buat keputusan.

"Abang tak kerja ke?" Zara mengangkat keningnya. Hairan. Takkan menganggur padahal pakaiannya macam orang kerja pejabat.

"Abang ni bos macam abang Zara. Tunggu abang kat sini." Aref sudah melangkah kearah keretanya. Kunci keretanya ditekan.

Biar betul Aref nak menghantarnya sampai ke rumah? Memang tak ada kerja.

Zara tak mampu untuk berbuat apa-apa apabila Aref sudah memberi isyarat supaya keretanya bergerak dahulu dan kereta Aref menyusul kemudian dibelakangnya. Sungguh.

Ini memang kerja gila!

Tapi takkan dia nak sombong kalau orang dah tolong kan?

Zara angkat bahu lagi.

Entah mengapa fikirannya tiba-tiba melayang teringatkan Arjuna dan Haizad.

.....

Kereta Volkswagen kelabu miliknya diberhentikan di luar rumah tetapi di dalam garaj. Laju kakinya dibawa keluar sebelum sempat menutup enjin keretanya. Kunci rumah yang bergantung sama pada kunci bilik pejabatnya yang sudah tersedia ditangan. Kak Yuyun mesti waktu ni belakang rumah, tengah buat apa entah. Ashraf angkat bahu. Ingatannya kembali kepada Zara. Serta merta dadanya berdebar kuat.

Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?Where stories live. Discover now