Ruang bilik tidur kelihatan kemas dengan gabungan warna coklat tua dengan krim namun suram tanpa suri. Wajah seseorang terlayar di fikiran saat hatinya merintih pilu. Senyuman mekar terukir di wajah tersebut. Dia meraup wajahnya saat melihat gambar yang tergantung di dinding konkrit bilik itu.
Keluhan kecil kedengaran. Maafkan daddy, Arjuna.
Kepala anaknya diusap perlahan. Kasih terhadap anak tunggalnya itu tiada berbelah bagi. Andai Arjuna faham akan isi hatinya, pasti dia tidak perlu menanggung rasa bersalah ini. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati.
Ya, dia amat perlukan itu.
"Daddy, lama lagi ke juna perlu tunggu mummy balik? Bukan ke daddy cakap mummy akan datang tengok Juna."
Petah mulut anak kecik itu berbicara. Dari raut wajahnya yang polos, raut berharap nampak jelas sekali.
Haizad tersentak akan kata-kata Arjuna. Dia kebingungan. Sudah beribu alasan diberikan kepada anak itu, namun tidak mendatangkan hasil.
Saban hari anaknya bertanya. Kadang-kadang, Haizad cuma mendiamkan diri. Rasa bersalah kian memuncak.
Adakah dia patut berterus terang dengan Arjuna?
Adakah anak kecil yang kini berumur 8 tahun faham akan penerangannya?
Ya tuhan, dia perlukan kekuatan untuk memulakan bicara pada anaknya.
Adakah dia patut tunggu sehingga umur Arjuna menginjak dewasa?
Haizad buntu.
Peristiwa lapan tahun terlintas di fikiran Haizad. Dia menemani seseorang yang pernah bertakhta di hati, Charing Cross Hospital, West London. Kipas siling ligat berputar sehingga wanita tersebut bersuara.
"Haizad..." Tekak terasa payau ketika bercakap namun digagahinya juga. Kuyu matanya memandang Haizad.
Haizad bangun dari tempat duduknya dan segera melangkah ke arah wanita tersebut.
Bayi yang berada dilengan wanita itu dipandang sayu.
"Jaga dia... tolong sayang dia macam mana you sayang i." Air mata Haizad menitis.
"Tapi you tahukan umur i baru je 20. Apa family i akan cakap? Orang lain lagi?"
Haizad tiba-tiba disapa rasa bersalah. Bukan dia taknak jaga budak tu, tapi dia risau akan semua benda. Kerja pun belum lagi, dia nak bagi makan budak tu dengan apa? Rumput.
"Mulut orang kita tak dapat nak tutup. I yatim piatu. Takda siapa dah nak diharapkan. I cuma nak dia membesar dengan kasih sayang. Itu je."
Batuk kecil terdengar dari mulut kecil wanita itu.
Haizad mengucup lembut pipi anak kecil di dalam pelukan wanitu tersebut. Dia dalam dilema.
"Haizad, i tahu family you orang baik-baik sebab itu i nak you jaga dia. Sayang dia."
Anak kecil itu sudah bertukar tangan. Haizad mengendong anak kecil itu.
Haizad segera mengazankan budak itu. Alunan kalimah Allah terdengar di seluruh pelusuk
bilik itu. Tersentuh hati wanita tersebut mendengar dengan jelas bait-bait kalimah yang dituturka oleh Haizad.Haizad bungkam.
"Kalau i dah takda, i harap you jaga dia. I rasa hidup i tak lama. Ayah kandung dia pun hilang entah ke mana. Perkahwinan kami tak direstui family dia, Zad."
Air mata yang menitis segera dilap dengan hujung jarinya. Hati wanita muda itu merintih pilu. Perkahwinan yang tak direstui telah membawa pelbagai musibah menimpa mereka, suami isteri. Banyak hal yang berlaku. Keluarga belah suaminya tidak menerima dia dengan baik. Hal ini disebabkan oleh dia tidak mempunyai darjat dan pangkat.
Ya, dia sebatang kara. Cinta sahaja tidak cukup untuk bahagia, restu orang tua itu penting.
"Ya, i akan jaga dia." Keputusan Haizad muktamad. Dia menerima anak kecil itu dengan hati terbuka. Keluarganya akan difikirkan kemudian. Walaupun hati Haizad cukup terluka ketika cinta murninya ditolak mentah oleh Nurul. Namun, cintanya tetap mekar menerima wanita tersebut. Apatah lagi, suami Nurul terpaksa menceraikannya atas kehendak keluarga. Bekas suaminya tidak mempertahankan cinta mereka. Lelaki itu mengalah begitu sahaja.
Nurul bersendirian lagi.
"Arjuna Nufhail." Haizad mengangkat wajahnya dari menatap anak kecil itu.
"Apa?"
"Nama dia, Arjuna Nufhail. Call him, Juna." Nurul tersenyum lemah. Haizad mengangguk.
Dia berjanji kepada dirinya walaupun apa-apa yang terjadi pada Nurul, dia tetap dengan keputusannya untuk menjaga Arjuna.
Dia nekad.
Jam loceng di atas meja sebelah katil dikerling sekilas. Dia beristighfar dalam hati. Lama betul dia termenung. Haizad segera melangkah ke arah tandas di biliknya untuk mengambil wuduk. Subuh sudah hendak ke penghujung. Dia perlu segera.
Maaf buat awak semua tertunggu-tunggu. Terima kasih sebab berminat dengan cerita ni♥️
Komen yang baik-baik sahaja untuk saya memperbaiki jalan cerita ni.
Harap semua enjoy🌄
YOU ARE READING
Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?
Romance"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum kecil jam menunjukkan angka dua. Sepatutnya pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Emerald Justin sudah balik jam satu setengah petang tadi. Hai...