9

5.9K 334 3
                                    

Iman Nadhirah turun ke bawah. Beg sekolahnya disandang malas di bahu kanan. Beberapa buku teks dibawa dengan tangan kanan. Dia berjalan menuju ke taman di halaman rumahnya. Di situ terdapat juga kolam ikan.

Kelihatan Zafriel Adrian dan adiknya melihat ikan yang berenang bebas di dalam kolam. Adik lelaki itu kelihatan teruja melihat ikan yang cantik.

Zafriel Adrian menyedari kehadiran Iman Nadhirah. Dia menoleh memandang gadis itu. Iman Nadhirah sudah mengambil tempat di meja yang tersedia di situ.

Wajah Zakwan Ashraff dipandang. Zafriel Adrian berkata, "Adik jangan pergi jauh tau? Abang ada dengan Kak Iman je."

Zakwan Ashraff yang mencangkung mengangguk kecil. Kemudian, Zafriel Adrian terus menghampiri Iman Nadhirah yang sedang mengeluarkan buku dari dalam beg. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Lelaki itu terus mengambil buku Composition di atas meja tanpa kebenaran Iman Nadhirah. Helaian pertama diselak.

Iman Nadhirah menoleh. Matanya membuntang. "Eh, siapa benarkan kau ambil buku aku?" Soalnya. "Bagi sini!" Tangannya cuba mencapai buku itu namun tangan Zafriel lebih panjang.

Lelaki itu mengangkat tinggi buku itu. "Ish, nantilah!"

Iman Nadhirah merengus. Eee... mamat nilah kan, tak boleh ke satu hari tak buat hati aku tak senang?!

Zafriel Adrian membelek-belek buku gadis itu. Sesekali dia mengerutkan dahi. "Hmm... Aku tau apa kau fikir. Pasti dalam hati kau kata, tak boleh ke satu hari aku tak buat hati kau tak senang. Dan jawapannya adalah tidak," jawabnya tanpa mengangkat wajah.

Iman Nadhirah memandang lelaki itu. Aik? Macam mana dia boleh tau? Dia ada kuasa macam Edward Cullen dalam cerita Twilight ke?

Zafriel Adrian memulangkan kembali buku itu. "Banyak betul kesalahan kau dalam buku ni!" Ulasnya setelah habis membelek buku itu.

Iman Nadhirah mencebik. "Manusia biasa. Sering buat kesilapan."

Zafriel Adrian menggelengkan kepala. "Ayat cliché. Kalau dah tau banyak buat silap, kenapa tak perbaiki? Kalau kau perbaiki dari awal lagi, takdenya buku tu penuh dengan tulisan warna merah."

"Berdasarkan buku tu, aku dapat lihat kau banyak salah dari segi ejaan, dan tatabahasa. Kau tak tau bila dan macam mana nak guna present tense dan past tense dalam ayat. Present tense kau tu pula banyak yang salah dari segi singular dan plural," tambahnya.

Zafriel Adrian memeluk tubuh. "Aku nak kau sediakan satu buku. Tak kisah buku apapun. Tapi buku kecil. Aku nak sekarang."

Iman Nadhirah membulatkan mata. "Sekarang?"

Zafriel Adrian berdecit. Dia menjawab malas. "Sekarang lah. Takkan tahun depan pulak."

Iman Nadhirah terus masuk ke dalam rumah. Dia naik tangga menuju ke biliknya. Masuk sahaja ke dalam bilik, langkah diatur ke rak buku. Kepala digaru. Buku apa nak guna ni?

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu buku kulit keras. Muka depannya bergambar skateboard yang mempunyai corak cantik.

Buku itu diambilnya lalu turun kembali. Tiba di taman, dia lihat Zafriel Adrian sibuk menatap telefonnya.

Iman Nadhirah mencuri lihat. Matanya bulat. Lahaii... main solitaire je? Sungguh membosankan! Iman Nadhirah berdehem.

Zafriel Adrian menoleh. "Ha, dah ada?"

Iman Nadhirah menunjukkan buku itu. Zafriel Adrian mengangguk. "Sekarang aku nak kau bukak buku tu dan tulis..." dia memberi arahan.

Iman Nadhirah hanya menurut tanpa kata. Alaa, bukan susah mana pun. Lelaki itu cuma menyuruhnya menulis perkataan yang jarang didengari dan agak banyak hurufnya. Sama macam yang Puan Siew Ling berikan.

Kemudian, lelaki itu menyuruhnya menulis contoh-contoh simple present tense dan simple past tense. Ya, betul, gayanya sudah seperti budak darjah satu. Namun apakan daya, sudah gadis itu lemah perkara yang asas di dalam subjek Bahasa Inggeris itu. Jikalau dibiarkan, bimbang sampai ke universiti dia lemah lagi bab-bab asas itu.

Usai itu, Zafriel memberi latihan kepada Iman Nadhirah untuk disiapkan. Iman Nadhirah menyimpan buku itu. Dia mengeluarkan buku Matematik pula. Latihan dari lelaki itu boleh buat di kemudian hari. Tapi kerja sekolah hendaklah diutamakan.

Zafriel Adrian masih belum ada petanda mahu pulang ke rumah. Adiknya sudah masuk ke dalam rumah gadis itu. Puan Sri Ilyana mengajaknya menonton televisyen di ruang tamu.

Hampir setengah jam kemudian, Iman Nadhirah menggaru kepala membaca soalan matematik itu. Zafriel Adrian yang asyik dengan telefon dipandang. Mesti main solitaire tu!

"Tu dah kenapa duk garu kepala tu? Ada kutu eh?" Tebak Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah menjegilkan mata. "Hei, tak main lah ada kutu ni! Rambut aku bersih tanpa seekor kutu, okey?" Ujarnya bangga.

Zafriel Adrian membalas tanpa menoleh, "Tak baik riak." Dia menyoal pula. Kali ini dengan nada lembut yang boleh membuatkan hati gadis seperti Iman Nadhirah bergetar. "Kau tu dah kenapa tergaru-garu kepala? Ada soalan yang tak boleh dijawab ke?"

Iman Nadhirah terleka seketika dengan keprihatinan lelaki itu. Namun tak sampai 1.0001 saat, (perlu ke point tu?) dia menjawab dengan penuh ego, "eh, mana ada! Aku boleh jawablah soalan ni."

"Ego!" Kutuk Zafriel Adrian. Dia terus merampas buku Matematik di hadapan Iman Nadhirah tanpa sempat gadis itu menghalang. Sekali lagi dia membelek-belek. Keningnya berkerut. "Eh, satu soalan pun belum buat lagi?"

Iman Nadhirah mengalihkan pandangan. "Yelah, aku mana pandai macam orang tu!"

Zafriel Adrian menggeleng. "Kalau tak tahu, tanya. Macam mana nak pandai, kalau diri sendiri segan nak bertanya?"

"Ni kau guna formula..." lelaki itu tanpa disuruh terus mengajar Iman Nadhirah.



✩✩✩✩✩

Banyak pasal belajar kan? Sorry!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now