Iman Nadhirah tergoyang-goyang kepala mendengar lagu We Don't Talk Anymore. Sesekali dia menggerakkan mulut menyanyi. Buku rujukan Kemahiran Hidup dibelek-belek.
Tanpa disedari, sepasang mata memerhati kelakuannya itu. Iman Nadzir menyekak kedua-dua belah pinggangnya. Kepalanya tergeleng kecil melihat adiknya itu.
Adiknya sedang duduk di kerusi diperbuat daripada kayu di hadapan kolam ikan. Mejanya berselerak dengan buku dan alat tulis. Dia pula terduduk dengan kedua-dua belah kakinya di atas kerusi. Tubuhnya bersandar pada lengan kerusi itu.
Ha, pandai-pandailah bayangkan eh?
Iman Nadzir mendekati adiknya yang seorang itu. "Sudahlah perempuan, tak senonoh betul duduk macam tu!," bebelnya perlahan.
"Adik..." panggilnya lembut.
Namun, tiada sahutan dari hadis berumur 15 tahun itu. Serta merta Iman Nadzir menepuk dahi. Apa ke bengong aku ni?! Dah tahu dia pakai earphone mana dia nak dengar? Sudahlah panggil dengan suara perlahan! Iman Nadzir memarahi dirinya sendiri.
"Adik!" Panggilnya bersama tangan menggoncang bahu iman Nadhirah. Kini tiada lagi suara yang lembut.
Iman Nadhirah terkejut. Sebelah earphonenya dibuka. "Apahal abang ni? Terkejut adik tau? Panggil tu elok-elok lah!" Getusnya. Mana taknya tengah syok dengar lagu Terakhir dengan penuh rasa, tiba-tiba dikacau.
Iman Nadzir menjegilkan matanya. "Apa? Nak panggil elok-elok? Hei, macam mana abang nak.panggil elok-elok kalau dah adik tu dengan earphone melekap kat telinga. Boleh hilang suara abang kalau panggil biasa-biasa je tau?"
Iman Nadzir mengerutkan kening. Jap, macam tak kena aje? Argh... apa-apa jelah!
Iman Nadhirah membalas jegilan mata abangnya. Masing-masing saling merenung tidak berkelip. Masing ego tidak mahu mengalah. Dah namanya pun adik-beradik, lahir dari perut yang sama dah semestinya ada persamaan meskipun tidak banyak.
Akhirnya Iman Nadzir terkelip mata sekali. Iman Nadhirah apa lagi, gembira sakan lah jawabnya!
"Yahoo! Adik menang! Padan muka abang!" Iman Nadhirah menjelirkan lidahnya.
Iman Nadzir hanya mampu mengeluh sebelum menjulingkan mata ke atas. "Hari ni je abang bagi can kat adik. Lain hari, jangan mimpilah!" Katanya dengan penuh yakin.
Iman nadhirah senyum mengejek. "Jangan terlampau yakin, abang kusayang!"
"What so ever! Ni adik ni, dengan meja berselerak, duduk tak senonoh. Sudahlah itu, nak belajar pun kena ke pakai earphone tu? Boleh masuk otak ke, belajar dengan ada lagu yang membingitkan telinga?" Bebel lelaki itu.
Iman Nadhirah mencebik. "Lantak oranglah! Selama harini adik boleh je belajar dengan dengar lagu. Abang tu yang gedik sangat! Busybodu pulak tu!"
Si abang membuat muka jelik. "Eh, please... abang tak gedik okey? Lagi satu, because I'm you biological brother lah, abang busybody. Dah-dah! Tutup buku tu, masuk dalam." Dia mengarah dengan wajah penuh serius.
Namun tidak diendahkan gadis itu. "Tak nak! Adik nak belajar!"
Iman Nadzir merenung tajam adiknya. "Adik, mama dan papa panggil lah. Kalau tak, tak hingin abang keluar. Dahlah panas! Bahang!" Tangannya mengibas-ngibas muka. Jelas kelihatan peluh merenik di dahinya.
Iman Nadhirah mencebik. Dasar putera lilin! Banyak dosalah tu, sebab tu panas!
Iman Nadzir sememangnya tidak berminat untuk duduk di luar halaman rumah. Katanya tidak selesa. Tambah-tambah lagi ketika belajar. Dia lebih selesa belajar di dalam bilik. Lebih aman!
Sungguh kontra dengan sifat adiknya yang lebih suka melepak di tempat terbuka. Terutamanya dengan tumbuhan di sekelilingnya. Baginya lebih indah dan enak mata memandang. Dia juga suka merasa angin semulajadi berbanding angin dari kipas atau penghawa dingin.
Iman Nadzir menjeling adiknya yang berbicara perlahan tanpa dapat didengarinya. "Ha, mengutuk abanglah tu!"
Iman Nadhirah menayangkan gigi putihnya. Nampak tak gigi kita bersih tanpa kaviti! Okey, merepek!
Iman Nadzir menggeleng kecil. Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan adiknya.
Iman Nadhirah menghela nafas panjang. Terasa penat dengan segala benda yang terjadi dalam hidupnya. Tambahan lagi dia berasa sungguh curiga akan Zaara, si penolong ketua pengawas itu.
Mana tidaknya, dia tidak pernah sekali mencari masalah dengan mana-mana pelajra di SMTI kecuali Zafriel Adrian. Tiba-tiba tiada angin dan ribut, tahu-tahu dia diganggu gadis itu.
Apa salahnya sehingga Zaara mengaibkan Zafriel dan dirinya dengan mengatakan mereka ini ada sebarang hubungan istimewa kepada seluruh warga sekolah? Apa pula salah yang dilakukan sehingga sanggup Zaara meletakkan kaca di padang agar dia terpijak dan akhirnya menyebabkan dirinya tercedera? Mengapa gadis itu seakan bermusuhan dengannya? Apa masalah minah tu sebenarnya?!
Sungguh dia tidak ada jawapan bagi setiap persoalan itu. Iman Nadhirah menggeleng kepala. Argh... cukup-cukuplah tu! Buat serabut otak aje pikir soalan yanh tidak dapat dijawab. Dia terus mengemas buku-bukunya dan membawa diri masuk ke dalam rumah.
✩✩✩✩✩✩
Nothing interested in this chapter, right? Aku nak bagi hint untuk chapter yang seterusnya. Tak pasti sama ada next chapter atau dua tiga bab lagi.
Iman Nadhirah with her family pergi vacation ke pantai. Nampak tak memandai-mandai je mencampuradukkan bahasa? 😂😂 Jadi, aku nak minta sedikit pertolongan dari korang untuk sumbangkan idea dalam part tu. Aku harap korang boleh beri kerjasama share vacation ke pantai yang menarik. Ceritakan apa yang berlaku, aktiviti korang.
Cause aku tak banyak pengalaman bercuti ke pantai yang cantik. Kalau adapun, memang tak ingat. Melainkan kalau tengok gambar. sebab time tu aku baru umur 2 atau 3 tahun. Nampak tak, dah lama vacation tu berlaku?
Hehe.. so, kalau nakkan cerita ni jadi gempak dan terus diupdate, korang kenalah bagi kerjasama. Or else, aku delete cerita ni. *gelak jahat*
Ok, ok gurau aje. Tak sanggup nak delete cerita ni. Dahlah banyak dapat sambutan.
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomansaHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...