"Rina... bolehlah, temanlah abang," rayu Zafriel Adrian.
Zafrina malas mahu mempedulikan abangnya itu. Dia lebih suka melayan drama Lara Aishah yang entah bila nak habis tu.
"Abang, Kak Iman ajak date tu. Mana boleh kacau. Ish!"
Zafriel Adrian merengus. Tadi Lutfi, sekarang, Rina pula. Lepas ni siapa? Aku tak date dengan Nadhirahlah! Aku cuma balas budi aje... aduh, tak faham bahasa melayu betul!
Zafrina menahan gelak apabila melihat muka cemberut abangnya itu. "Okey. Okey. Bukan date. Tapi Rina memang tak boleh pergi, esok Rina dah janji nak teman umi pergi rumah kawan dia. Abang ajaklah Zakwan tu. Dia kan cuti esok."
Zafriel Adrian membuat muka. Zakwan? "Rina, dia tu lelaki. Walaupun dia tu jauh lagi muda tapi dia tu dah 14 pun! Mana boleh."
"Dah tu, nak buat lagu mana? Rina ada extra class petang esok. Tak boleh ikut."
Tiba-tiba datang Zakwan dengan buku teks Sains Tingkatan Dua. "Abang, terangkan sikit pasal biodiversiti ni? Zakwan tak fahamlah."
Zafrina senyum memandang abangnya. Panjang umur adik bongsu mereka itu!
Zafriel Adrian mengekalkan muka cemberutnya. Dia memandang Zakwan. Ditepuk sofa menyuruh adiknya duduk di sebelahnya. "Ni biodiversiti terbahagi kepada dua. Haiwan inveterbrata dan veterbrata. Invertebrata ni tak ada tulang belakang. Verterbrata pulak ada dan sapat dikelaskan kepada lima kumpulan. Haiwan mamalia, amfibia, ikan, burung dan reptilia. Cuba bagi contoh satu haiwan bagi setiap kelas tu."
Kening Zakwan berkerut memikirkan contoh haiwan. "Mamalia, ikan paus. Amfibia, salamander. Ikan, ikan... emas? Burung, burung layang-layang dan reptilia, ular?"
"Ha pandai. Esok ikut abang pergi shopping mall dengan Kak Iman nak?" Terus dia mengajak adiknya.
"Kak Iman? Lama tak jumpa. Boleh jugak. Kita tengok wayang boleh tak? Nak tengok Stawr Wars baru! Rogue One tu."
——————————————————
Maap. Author peminat tegar Star Wars😂. Tau Star Wars ni keluar akhir tahun ni. Tapi.. abaikan lah erk? Cerita fiksyen je pun..😂
——————————————————
Zafrina senyum. Dia menunjukkan dua ibu jarinya tanda bagus kepada abangnya.
Zafriel Adrian hanya memberikan jelingan. Orang suruh ikut tak nak! Mengada!
Zafrina sengih. Alahai... bukan sengaja tak nak ikut, nak kasi chance abang dating dengan Kak Iman! Kata-kata itu hanya diluah di dalam hati. Kalau cakap karang, tak pasal-pasal teruk kena bebel dengan abangnya itu.
___________________________
Zafriel Adrian menghidupkan enjin motornya. Dia baru ingin menyarungkan helmet pada kepala, Hajah Aminah menegur. "Nak ke mana, Zafriel? Kata nak pergi keluar dengan Irah."
Zafriel Adrian menggaru leher. Aduhai, mana umi tahu ni? Mesti Rina punya kerja!
"Nak pergilah ni."
"Naik motor? Agak-agaklah! Kamu nak bawak Zakwan dengan Irah naik motor sekali." Bantah Hajah Aminah.
Zakwan yang berdiri di belakang abangnya tersengih. Zafriel Adrian menepuk dahi perlahan.
"Astaghfirullah... takkanlah nak bawak dia naik motor, umi. Haram tu! Kalau tak haram sekalipun, mana boleh bawak tiga orang sekaligus! Kena saman dengan JPJ nanti!"
"Lorrr.. habis tu, Irah naik apa?"
"Abang dia hantarlah."
"Eh, ada ke gitu? Kamu nak keluar dengan dia, kamulah kena jemput dia. Baru gentleman. Tu ha, kereta kamu, dah berbulan-bulan tak bawak. Nasib baik Rina kadang-kadang kereta kamu pergi kelas. Abi pun ada panaskan enjin hari-hari. Pakailah. Karang esok lusa kamu pakai, dia buat hal, macam mana? Kalau kereta tu hidup, memang dia merajuk dengan kamu dua tahun," bebel Hajah Aminah panjang lebar.
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...