21

4.9K 265 2
                                    

First thing, aku nak minta maaf pada readers yang minta update. Aku agak busy dua tiga harini. Since esok adalah hari sekolah and harini hari last cuti panjang bagi pelajar sekolah. Aku double update for today. Amacam? Happy tak? Hehehe... so, enjoyy!!

✩✩✩✩✩


"WHATT???" jerit Iman Nadhirah setelah kawan-kawannya menunjukkan artikel yang mengatakan dia dan Zafriel Adrian berdating.

Iman Nadhirah mengepalkan tangannya. "Kurang ajar betul! Siapa yang tulis artikel ni?!"

"Tak tahu. Tak de tulis nama," jawab Darmia.

Iman Nadhirah terus keluar dari kelas tanpa berkata apa-apa. Kebetulan waktu itu adalah waktu guru-guru sedang bermesyuarat.

Iman Nadhirah berjalan laju menuju ke kelas 4 Dahlia. Sesampainya dia di hadapan kelas itu, dia terus memanggil Zafriel Adrian yang sedang berbual dengan salah seorang pelajar lelaki kelas itu.

Zafriel Adrian senyum di dalam hati. Seperti yang diagak, gadis itu pasti datang mencarinya. Dia terus mendapatkan Iman Nadhirah. "Apahal?"

Wajah Iman Nadhirah jelas berwarna merah tanda dia betul-betul marah. Dia memeluk tubuh. "Kau tau tak pasal artikel bodoh dalam majalah mingguan sekolah tu?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Tau. Kawan-kawan kau dah beritahu aku. Aku memang nak jumpa kau ni. Alang-alang kau dah ada ni, jom ikut aku."

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Pergi mana?"tanyanya curiga.

Zafriel Adrian merengus. "Ikut jelah. Man, jaga kelas jap. Aku ada hal." Dia berkata kepada Luqman yang juga pengawas yang menjaga kelas itu.

Zafriel Adrian berjalan mendahului Iman Nadhirah. Iman Nadhirah hanya mengekori lelaki itu.

________

Zafriel Adrian masuk ke dalam kelas 6 Mawar setelah memberi salam. Dia berjalan menghampiri seorang pelajar perempuan yang sedang membaca novel.

"Qistina."

Pelajar yang dipanggil Qistina itu mengangkat wajah. Dia tersenyum manis. "Eh, Zafriel dan Iman rupanya. Ada apa jumpa aku ni?"

Zafriel Adrian tidak berkata apa-apa sebaliknya merampas majalah yang sedang dibaca seorang pelajar.

"Hei!" Marah pelajar itu.

Zafriel Adrian masih berdiam. Tangannya bergerak mencari muka surat artikel tentang dirinya dan diri Iman Nadhirah. Kemudian, ditunjukkan artikel itu pada Qistina.

Qistina mengerutkan kening. Bila masa pulak aku luluskan artikel ni? Nama penulis artikel dipandang. Unknown?

Qistina menghela nafas. "Aku sebenarnya tak tahu pun pasal artikel ni. Sebab aku tak pernah meluluskan. Macam ni lah, kauorang balik kelas dulu. Waktu rehat kauorang nanti, aku jumpa kat kantin, okey?"

Zafriel Adrian mengangguk. Kemudian, mereka keluar dari kelas itu.

________

Qistina berjalan mencari seseorang. Tiba-tiba ada suara menyapa, "Kak Qis cari siapa?"

Qistina menoleh. Janna tersenyum. "Ha, panjang umur! Akak nak tanya pasal artikel Iman dan Zafriel. Siapa yang tulis? Dan macam mana boleh artikel tu dicetak tanpa kelulusan akak?"

Janna mengerutkan kening. "Artikel tu bukan ke sudah diluluskan? Ada cop lagi di belakangnya. Sebab itulah saya cetak saja."

Qistina pelik. Siapa pula suka-suka hati luluskan? Setahu aku, cop lulus tu ada pada aku saja. "Siapa orang yang serahkan artikel ni untuk dicetak?"

Janna mengerutkan kening. Dia cuba mengingat kembali. Jarinya dipetik. "Yes! Farisya and Dian. Mereka yang minta saya cetakkan artikel ni."

Qistina menjilat bibir. Dia mengangguk. "Okey then, ada nampak mereka berdua?"

Janna mengangguk. "Saya nampak mereka berdua di koperasi sekejap tadi."

Qistina mengangguk. "Okey, thanks." Dia berlalu ke koperasi sekolah pula. Kelihatan Farisya dan Dian sedang berbual-bual di meja berdekatan dengan koperasi sekolah.

Kaki Qistina laju menghampiri mereka berdua. Dia berdeham untuk mengambil perhatian mereka.

Farisya dan Dian terkejut apabila mendapati ketua editor majalah SMTI berdiri di sebelah mereka.

Qistina memeluk tubuh. "Jadi, kauorang lah yang menulis artikel tu?"

Farisya dan Dian menelan liur. "Ka... kami hanya menurut sa... saja," ujar Dian.

Farisya mengangguk.

"Arahan siapa?" soal Qistina.

"Zaara. Pen...penolong ketua murid tu," jawab Farisya.

Qistina pelik. Mengapa Zaara mengarahkan Farisya dan Dian menulis artikel sebegitu?

"Kak, akak jangan beritahu dia yang kami beritahu akak. Kami janji, kami takkan ulangi lagi perbuatan kami."

Qistina berkata, "Saya takkan beritahu dia. Tapi pasti Zaara tahu bahawa kamu berdua yang beritahu. Never mind for that. Saya perlu laporkan hal ini kepada pengetua dan kauorang berdua perlu berjumpa dengannya sebab kes ni melibatkan orang lain. Juga boleh merosakkan reputasi Zafriel sebagai ketua pelajar di sekolah ni."

Farisya dan Dian terlopong. Sampai begitu sekali?! "Tapi kak, kami tak nak jumpa pengetua. Ka... kami..."

Qistina memotong percakapan Dian. "No buts! Ini adalah peraturan. Akak pergi dulu. Ada hal perlu diselesaikan."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now