Iman Nadhirah dan Darmia berjalan beriringan keluar dari dewan sekolah. Mereka berbual kosong bercerita tentang perkara yang terjasi di sekolah.
Tiba-tiba tubuh Darmia dirempuh seseorang dengan kuat. Darmia jatuh terduduk. Bahunya yang terasa sakit dipegang.
Iman Nadhirah laju mendapatkan kawannya itu. Orang yang merempuh Darmia tadi dipandang. Gadis itu berjalan menonong seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Woi, perempuan! Kau apahal main langgar kawan aku ni? Ingat bumper car ke? Kalau tak sengaja tu mintak maaflah at least! Cikgu tadika dulu tak ajar ke?" Marah Iman Nadhirah. Sengaja dia menggunakan cikgu tadika. Ingin saja menyebut mak bapak tapi bila difikirkan kembali. Tak elok libatkan keluarga.
Darmia cuba menenangkan kawannya yang baran itu. "Weh, Iman. Dahlah. Aku okey je. Dia tak sengaja kut tu. Biarkanlah dia."
Iman Nadhirah merengus tidak puas hati. "Aku takkan lepaskan dia. Kalau betul tak sengaja, mintak maaflah. Bukan susah mana pun. Perempuan macam tu perlu diajar! Woi perempuan!"
Gadis itu perlahan-lahan memusingkan kepala menghadap Iman Nadhirah. "Ops! Tak sengajalah. Kesian dia terjatuh ya? Nak lagi ke?" Soalnya. Dia tersenyum sinis
Iman Nadhirah terkejut melihat wajah itu. Darmia menggoncang lengan kawannya. Dia cuba menghalang gadis itu dari mencari gaduh. "Weh, dahlah! Tak payahlah buat kecoh sini."
Iman Nadhirah merentap lengannya yang dipegang Darmia. "Kau kata apa tadi? Tak sengaja?!" Jerkahnya.
Gadis itu hanya menjungkitkan kening sebelah tanpa menunjukkan sedikit pun rasa takut. Tetapi lebih kepada mencabar.
Iman Nadhirah menyinsing T-shirt PJ sekolahnya ke bawah siku. "Berani kau cabar aku? Siap kau!"
Bukk!
Satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri gadis itu. Dia memegang tempat tumbukan itu. Bukan setakat pipi kiri, matanya turut lebam akibat tumbukan itu. Dia memandang Iman Nadhirah tajam. Di kepalanya seakan ada asap menunjukkan dia sedang marah.
Lantas tudung Iman Nadhirah ditarik.
_____________
Zafriel Adrian memegang yalu beg yang disandang di bahu kanan. Dia, Iman Nadzir dan Fahmi berjalan ke tempat letak motosikal. "Kau orang balik terus?" Soalnya.
Iman Nadzir dan Fahmi mengangguk. "Penatlah bro! Aku ingat balik ni nak terus tidur aje," cadang Iman Nadzir.
Fahmi senyum segaris. "Tidur, tidur juga. Homework jangan pulak lupa!" Pesannya.
Belakang leher Iman Nadzir garu. Dia tersenyum kelat. Alahai, homework pulak! Malasnya nak buat! Getus hatinya. "Aisy, kau ni Mi, janganlah ingatkan. Baru nak menikmati tidur yang lena."
Zafriel Adrian dan Fahmi hanya gelak.
Iman Nadzir mengambil helmet yang di simpan di tempat duduk. Baru ingin dipakai pada kepala, seorang pelajar lelaki tingkatan 2 berlari lintang-pukang menghampiri mereka.
"Abang Nadzir! Abang Nadzir!"
Mereka bertiga memandang pelajar itu dengan wajah penuh kerutan. Pelajar itu termengah-mengah. "Adik abang, dia... dia..."
Zafriel Adrian dan Iman Nadzir berpandangan. Adik?
"Kenapa dengan Iman?" Tanya Fahmi.
"Dia gaduh dengan budak sekolah lain dekat depan dewan!" beritahu budak itu laju.
Zafriel Adrian memandang Fahmi memberi isyarat supaya ikut sekali. Mereka bergegas ke dewan. Belum beberapa langkah dibuka, Zafriel Adrian menoleh ke belakang kerana terasa seperti ada yang tidak kena.
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...