Iman Nadhirah meluru ke arah Zafriel Adrian yang sedang makan bersama Fahmi. "Kak Qis, ada jumpa kau tak?"
Zafriel Adrian menggeleng kepala. Fahmi hanya memerhati. Dalam diam dia terfikir mereka berdua ada apa-apakah?
Iman Nadhirah menyekak pinggang sebelah. Dia mengeluh. Mana Kak Qis ni??
"Kau tak payah nak risau sangat lah. Kejap lagi Qis datang lah tu. Kau pergi lah makan dulu," ujar Zafriel Adrian dengan tenang.
Baru sahaja Iman Nadhirah mahu membuka mulut, ada seorang pelajar perempuan tingkatan 2 datang. "Hai, Kak Iman, Abang Zafriel, Abang Fahmi. Saya nak tanya sikit boleh tak?"
"Boleh."
"Tak."
Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah menjawab hampir serentak. Mereka berpadangan sambil memberikan pandangan yang tajam.
Pelajar perempuan itu tergelak kecil. Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian pelik. Apa yang lawak?
Fahmi turut berasa pelik. Dia terus bertanya, "Apa yang lawak, dik?"
Pelajar perempuan itu senyum. "Kak Iman dengan Abang Zafriel sweet lah. Kawan-kawan saya pun cakap macam tu. Saya cuma nak tanya pasal artikel dalam majalah tu betul ke tak? Kal..."
"Tak! Tak! Tak tak betul! Itu semua fitnah!" Sekali lagi Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian menjawab serentak.
Pelajar itu hanya senyum. "Kalau betul pun, apa salahnya? Ramai yang suka. Itu saja saya nak tanya. Terima kasih. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waa... laikumussalam," jawab mereka bertiga. Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian menjawab salam tersekat-sekat.
Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian. "Ni semua kau punya pasal!"
Zafriel Adrian menoleh. "Apahal aku pulak?!" soalnya tidak paus hati.
"Kalau bukan kau yang ajak aku ice skating dan makan, benda ni takkan terjadi tau?"
Zafriel Adrian bangun dari kerusi. "Oh, jadi semua salah aku lah ni?"
Iman Nadhirah memeluk tubuh. "Yup!"
Zafriel Adrian memandang gadis itu dengan pandangan tajam. "Kalau bukan sebab kau bosan, kau lapar, takdenya aku nak bawak lah wei! Jangan nak salahkan aku 100% okey?!"
Fahmi yang memerhati pertelingkahan antara kawannya dengan juniornya sudah tergaru kepala. Aduh, macam mana ni? Gaduh pula dah! "Wei, korang dah lah tu!"
Namun, cakap Fahmi langsung tidak diendahkan.
"Kau nak salahkan aku pulak?! Hei, pleaselah... kalau bukan sebab kau ajak aku jalan berdua dengan kau, benda ni takkan terjadi, okey?!" hambur Iman Nadhirah.
_____
Iman Nadzir dan Qistina berbual bersama sambil berjalan ke kantin. Tiba-tiba mereka terdengar satu suara.
"Siapa suruh kau ikut aku? Aku ugut sikit je kan? Dasar pengecut!"
Mereka berdua berpandangan. "Itu suara..." tidak sempat Qistina menghabiskan ayatnya, dengar lagi satu suara.
"Woi, aku bukan pengecut lah! Kau yang pengecut, sikit-sikit aku adik Nadzir, sikit-sikit aku adik Nadzir..."
Laju Qistina dan Iman Nadzir menghampiri suara itu. Iman Nadzir terus berdiri di antara dua orang yang bertelingkah itu. "Sudah!"
"Kauorang ni macam budak lima tahun saja! Tahu bergaduh je. Cuba lah matang sikit!" marah Iman Nadzir.
Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah menunduk. Biasanya beginilah, sekiranya mereka bergaduh, pastinya Iman Nadzir menjadi pendamai.
Iman Nadzir memandang Qistina tanda menyuruh gadis itu memberitahu apa yang sudah dia jumpai.
"Aku dah jumpa orang yang bertanggungjawab dengan artikel tu. Orangnya Farisya, Dian dan Zaara." Qistina membuka bicara.
Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Zaara? Zaara Aqeela?"
Qistina mengangguk. Iman Nadhirah memeluk tubuh. "Apahal minah kerek tu terlibat sekali?"
"Adik, tak baik panggil orang macam tu," tegur Iman Nadzir.
Qistina mengangkat bahu. "I have no idea. Lepas habis sekolah, Zafriel, pengetua nak jumpa."
Kening Zafriel Adrian bertaut. "Kenapa pengetua nak jumpa aku?"
Sekali lagi Qistina mengangkat bahu. "I don't know. Jangan lupa tau? Dah la, aku nak balik kelas dulu."
Iman Nadzir turut sama meminta diri.
Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian tiba-tiba kekok. Iman Nadhirah cuba berlagak selamba. Dia tidak menunggu, dia terus berlalu dari situ.
Zafriel Adrian menggaru kepala. Aku kena pujuk dia lah ni, ya?
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...