46

3.7K 166 9
                                    

Fahmi mengelap peluh yang membasahi dahinya. Dia kelihatan cemas. Zafriel Adrian yang menyedari sikap cemas kawannya itu, terus bertanya prihatin. "Kau okey tak ni? Ada masalah ke?"

Iman Nadzir dan Taufik yang turut bersama mereka berdua untuk mengulang kaji pelajaran mengangkat wajah. Taufik memandang Fahmi yang gelisah itu. Asal mamat ni? Tak boleh jawab soalan Maths ke apa? Soalnya pelik.

Iman Nadzir mengetap bibir. "Hmm... pasal pertandingan catur lah tu! Kali ni buat kat sekolah kita."

Serentak Zafriel Adrian dan Taufik memandang wajah lelaki itu. "Catur?"

Iman Nadzir mengangguk.

Zafriel Adrian menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia mengusap dagu. Satu saja yang dia rasa. Pelik. Pelik kerana tiada seorang pun guru mengumumkan tentang pertandingan itu. Tambahan pula sekolah mereka menjadi tuan rumah untuk pertandingan itu. "Apasal tak ada pengumuman pun pasal tu? Bila pertandingannya?"

"Minggu depan."

Taufik mengerutkan kening. Dia bertanya keliru, "Untuk apa buat pengumuman? Bukannya satu sekolah terlibat pun..."

Zafriel Adrian mengerling Taufik yang baru bersekolah di sini awal tahun ni. "Memanglah... tapi selalunya kalau sekolah jadi tuan rumah untuk mana-mana pertandingan, mestilah mereka akan buat pengumuman. Beritahu kita supaya jaga kelakuan."

Iman Nadzir senyum sinis. "Kau salah bukan kita. Tapi kami."

Kening Zafriel Adrian berkerut. Apa pasal pulak?

Fahmi menjawab bagi pihak Iman Nadzir, "Kau kan ketua pengawas. Pengawas yang tak pernah buat salah pulak tu."

Zafriel Adrian tergelak kecil. Dia memegang dahi sambil menggeleng. "Mana adalah. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku je."

Taufik menjeling ketua pengawas itu. "Iyalah, kalau kawan kau buat salah pun kau denda sekali. Memang spesies Badri betul lah!"

Semua jejaka itu berkerut mendengar nama Badri yang terpacul dari mulut Taufik. "Badri?" Soal mereka dengan serentak.

Taufik menjulingkan mata ke atas. "Alaaa... takkan tak ingat? Badri tu kan watak utama dalam novel yang kita belajar form 3 dulu? Dia kan pengawas yang bertanggungjawab. Ni Zafriel ni, spesies Badri lah."

Semua jejaka itu sengih. Baru mereka mengerti siapa yang dikatakan Taufik. "Badri tu ke... Ish, kau ni! Dah tiga tahun kut. Zaff dengan Fahmi dah dua tahun tinggalkan buku tu. Manalah nak ingat." Iman Nadzir membela diri dan dua orang lagi kawannya.

Taufik menjeling Iman Nadzir. "Kau tu apa jelah yang ingat!"

Zafriel Adrian menggeleng melihat seniornya bergaduh. Bukan gaduh sangat pun. "Dahlah, jom! Ke dataran perhimpunan. Loceng baru aje bunyi tadi."

Mereka berempat pun berjalan ke dataran perhimpunan. Barisan kelas dituju. Zafriel Adrian melangkah mendekati barisan kelas lelaki 3 Teratai.

Puan Azreena berdiri di atas pentas memegang mikrofon. "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini ada beberapa pengumuman..."

Sementara itu di barisan perempuan kelas 3 Teratai. Iman Nadhirah menongkat dagunya. Dia mencapai sebiji batu kecil lalu digores pada lantai batu bata itu.

Troublemaker.

Dia berpusing ke belakang melihat Intan yang sibuk membetulkan tudung. "Dah elok dah tudung kau tu."

Dahi Intan berkerut. "Tak! Tak okey. Ish, apasal payah sangat nak bentukkan belah atas ni!" Rungutnya. Intan memang pantang kalau tudungnya tidak okey pada pandangan mata. Padahal pada pandangan mata orang lain nampak okey je. Tiada yang cacat pun. Miss perfecto betul.

Terkadang itu Iman Nadhirah terfikir juga kenapalah kawannya itu pakai tudung? Boleh saja kalau dia tidak pakai tudung. Oh ya, Intan satu-satunya kawan Iman Nadhirah yang tidak memakai tudung. Gadis itu cuma memakai tudung sewaktu di sekolah saja.

Iman Nadhirah tergeleng kecil. Lantak kaulah! Dia kembali memandang ke hadapan. Pinggang orang hadapan iaitu Ainnur dicuitnya.

Ainnur merengus. Bukan marah kerana geli tetapi marah kerana diganggu sewaktu sedang khusyuk mendengar taklimat guru. "Ish, Iman janganlah kacau! Aku dengarlah apa cikgu cakap!" Gerutunya.

Iman Nadhirah hanya sengih.

"Minggu ini ada pertandingan catur dan sekolah kita menjadi tuan rumah tahun ni. Diharapkan semua murid jaga tingkah laku kamu dan..."

"Bla... bla... bla... bila nak habis ni?" Rungut Iman Nadhirah.

"Iman!" Marah Ainnur.

Darmia tiada kerana dia melaksanakan tugas seorang pengawas dengan menjaga barisan kelas tingkatan 4.

"Shhh!" Tegur seseorang. Iman Nadhirah dan Ainnur menoleh ke arah suara itu.

"Kau orang boleh diam tak? Jangan bercakap. Nanti bila tak dengar apa yang cikgu cakap, mulalah tertanya-tanya," tegur Zafriel Adrian sebelum kembali ke hadapan.

Iman Nadhirah membuat mimik muka menyampah. "Alaaa... bukannya bising sangat pun."

"Iman, senyaplah!" Marah Ainnur lagi.

"...Hari terakhir bagi pentandingan catur itu, saya ingin mempersilakan sesiapa saja untuk membuat persembahan untuk budak-budak sekolah lain yang datang ke sekolah kita. Dalam pada masa yang sama, ia dapat menunjukkan bakat setiap anak murid SM Tunku Ibrahim. Jadi, sesiapa yang berminat boleh berjumpa dengan saya. Last day Rabu depan. Itu saja. Semua boleh masuk kelas."




✩✩✩✩✩✩

Sikit eh? Sorry, tak berapa in mood tulis novel. Dan mintak maaf sebab hari rabu aku kata nak update banyak semalam sebab cuti. Tapi tak update atas sebba takde mood and baru taip chapter 46 terus blank otak. Idea yang terkumpul satu dua minggu sebelum PT3 lesap entah ke mana. So sorry! Author juga manusia biasa yang tak perfect.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now