Iman Nadhirah mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Dia baru lepas membersihkan diri pagi itu. Dia duduk di atas kerusi menghadap cermin yang terdapat pada meja solek. Sikat rambut dicapai. Dia menyisir rambutnya dengan rapi.
Tak semena-mena dua biji matanya tertancap pada telefon pintar yang ada di atas meja itu. Keningnya berkerut. Telefon siapa?
Setahu Iman Nadhirah, Zafriel Adrian menggunakan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note yang keberapa, dia tidak pasti. Yang berada di atas meja itu tampak seperti telefon yang pernah dia miliki tetapi sudah dirampas oleh papanya sendiri.
Kepala yang tidak terasa gatal digaru. Takkan aku punya kut?
Dalam rasa teragak-agak, Iman Nadhirah mengambil telefon itu. Dia menekan punat on. Terpampang gambarnya dan Zafriel Adrian yang pernah diambil oleh Zafrina sewaktu mereka pergi bercuti di pantai beberapa tahun yang lalu. Zafriel Adrian membuat muka seriusnya menjeling Iman Nadhirah yang membuat gaya mengembungkan pipi sambil menjulingkan mata.
Iman Nadhirah tersenyum kecil mengingat kembali bagaimana Zafrina memaksa mereka bergambar berdua. Dia tersentak apabila sedar sesuatu. Bukan ke dia yang letak gambar itu sebagai lock screen? Jadi, telefon itu memang telefonnya?
Iman Nadhirah cuba membuka telefon itu dengan password yang telah dia tetapkan selama bertahun-tahun.
IAN♡
Terpapar gambar wallpaper yang pernah dia tetapkan beberapa bulan yang lalu. Memang betul telefon itu ialah telefonnya. Tapi kenapa ada dekat sini?
Iman Nadhirah menutup telefon itu lalu diletakkan kembali di atas meja solek. Dia kemudiannya berlalu ke katil. Sempat dia mencapai novel bahasa inggerisnya sebelum duduk di atas katil. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia ambil telefonnya, main game Diner Dash ataupun telefon kawan seuniversitinya, Najwa. Tetapi akalnya melarang. Bimbang sekiranya telefon itu sebenarnya diguna untuk menguji Iman Nadhirah. Papanya memang tak boleh nak diagak apa yang ada di fikiran.
Baru satu muka surat Iman Nadhirah membaca, pintu biliknya dibuka dari luar. Zafriel Adrian melangkah masuk. Keningnya berkerut melihat Iman Nadhirah khusyuk membaca novel. Telefon isterinya yang diletakkan di atas meja solek dipandang. "Kenapa tak ambik telefon kau tu?"
Iman Nadhirah mengangkat wajah. "Ha? Telefon aku, papa dah rampas lah!" Dia berkata seolah-olah tidak tahu kewujudan telefonnya di atas meja solek.
Zafriel Adrian mengambil telefon itu lalu dihulur pada Iman Nadhirah. Gadis itu pelik.
"Ni telefon kau kan?"
Iman Nadhirah mengangguk. "Memanglah, tapi..."
"Aku yang ambik daripada papa. Kau sekarang ni dah jadi tanggungjawab aku. Papa sendiri cakap pada aku hukuman untuk kau dibatal sepenuhnya," potong Zafriel Adrian.
Mata Iman Nadhirah bercahaya. Laju sahaja telefonnya diambil. "Maknanya, papa bagi elaun bulanan balik macam biasa?"
Zafriel Adrian menggeleng. "Tak. Aku yang bagi."
Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Kenapa pulak?" Dia membuka telefonnya kembali. Dan tak semena-mena dia baru teringat, nombornya sudah mati akibat sudah lama tidak di'top up'. Segera dihulurkan semua telefon itu.
"Aku kan suami kau. So akulah kena bagi. Kau lupa ke apa? Ni kenapa bagi balik? Telefon kau kan?
"Nombor dah mati lah!" Iman Nadhirah menjeling Zafriel Adrian.
"Tulah kau. Kedekut sangat tak nak top up. Ambik ajelah. Aku dah beli nombor baru. Dah masukkan sim card baru dalam tu."
Mata Iman Nadhirah yang tadi suram kembali bercahaya. "Hah? Betul ke ni? Dah top up?"
"Mana ada top up. Pakai bil." Zafriel Adrian melangkah ke pintu bilik.
Mata Iman Nadhirah terbuntang. Bil? "Wei mana aku nak kaut duit bayar pakai bil? Kau sedar tak aku ni student je?"
Soalan Iman Nadhirah membuatkan langkah Zafriel Adrian terhenti. Dia berpaling memandang Iman Nadhirah yang masih tak puas hati. "Kau sedar tak aku ni suami kau? Apa guna aku jadi suami kau kalau setakat bil telefon pun tak boleh bayar?" Dia menggeleng kecil lalu keluar dari bilik tanpa sempat Iman Nadhirah berkata apa-apa.
Iman Nadhirah memandang telefon di tangan. Dia bayarkan? Perlahan-lahan bibirnya mengorak senyuman tepi.
30 minit kemudian....
"Helo, wawa!"
"Akulah, Iman. Baru sebulan lebih cuti, kau dah tak ingat suara aku? Sedihnya!"
Najwa tergelak. "Mana nak tahu. Ada je orang boleh buat suara macam kau. Ni pakai nombor siapa ni? Babe, aku tahulah kau ni pemalas gila nak top up, kut ya pun tak payahlah sampai pakai telefon orang. Nampak patheticlah wei!
Iman Nadhirah menggeleng. "Taklah. Ni nombor aku sendiri. Nombor lama dah matilah wei. Aku belilah nombor baru. Jangan risau, kali ni aku pakai bil. No top up anymore."
Mata Najwa terbeliak. "Pakai bil? Hamboi, banyak duit kau bayar bil telefon. Top up yang RM5 tu pun kau tak mampu nikan pulak bil telefon yang boleh cecah beratus tu."
Iman Nadhirah tergelak. "Ha, itulah keistimewaan aku. Nanti masuk U balik, aku cerita. Banyak benda aku nak cerita kat kau."
"Wah, tak sabar aku! Kau kerja part time mana cuti kalini?" Tanya Najwa. Dia memang dah masak sangat dengan perangai Iman Nadhirah yang suka mencuba pelbagai jenis pekerjaan.
"Asisstant chef? Ke chef asisstant? Argh payahlah speaking ni. Pembantu chef."
"Ish, kau ni. Dah tak pandai speaking, nak jugak speaking. Hensem tak chef dia? Bolehlah kau kenalkan dekat aku sorang." Najwa sudah tersipu-sipu.
"Hmm... adalah yang hensem. Dan ada seorang tu aku punya. Tapi aku prefer kau ambik Adam." Iman Nadhirah tersengih.
"Eh, kau, boleh pulak main cop orang eh? Hmm... Adam? Dia tu macam mana orangnya?"
"Dia tu lembut. Jalan terkepit-kepit. Lepas tu, cakap I, you. Nak?"
Najwa merengus. "Hisy, apa kau ni?! Bagi aku yang jenis 'pon'?
Iman Nadhirah tergelak besar. "Dia baiklah. Tapi sekali dia marah, keluar sifat kejantanan dia, babe!"
"Tak naklah, Iman. Kau ni kan... mentang-mentang dah ada Hilman, nak kenenkan aku dengan si pondan pulak!"
"Kau jangan, Wawa. Sekali kau dijodohkan dengan encik pondan. Baru kau tahu! By the way, jangan sebut mamat tu depan aku lagi. Berbulu telinga aku. Plus, aku dah putus dengan dia."
Najwa terkejut. "Apa? Kau tipu kan? Mana mungkin kau putus dengan dia? Bukan ke dia tu cinta mati kau?" Sempat dia mengejek. Sejujurnya dia memang tidak suka hubungan kawannya dengan Hilman itu. Firasatnya mengatakan lelaki itu cuma ingin mempermainkan diri Iman Nadhirah.
"Betul lah. Apa aku dapat kalau aku tipu? Sebabnya biarlah jadi rahsia aku sendiri. Kalau pun aku bagitahu kau, tunggulah masa yang sesuai. Eh, dahlah. Aku hang up dulu. Bye!"
Talian dimatikan.
"Eh, Iman! Iman!" Najwa memandang skrin telefonnya.
"Ish, cepat benar pun dia putuskan.," rungut Najwa.
Keningnya berkerut-kerut. Putus dengan Hilman? Kenapa?
★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★
Muncul watak baru!😏 hmm... nak matching kan dia dengan siapa eh? Irsyad? Qaid ke Adam?
"Taknaklah Adam😵😭😭😭"-Najwa
"Dengan aku jelah😏"-Zafriel
"Ha kau jangan nak menggatal! 🔫🔪💣Tak sedar diri dah jadi suami orang"-Iman Nadhirah
"Alah... sibuklah Zafriel ni. Kasi akulah, bos! Girlfriend dah lari. Tengah single ni😄"-Fahmi
"Apa kau cakap? *stand by meriam, bom, machine gun*"-Iman Nadhirah, Intan, Darmia
"Eh eh. Kau orang ni siapa?😲"-Fahmi
"Your worst nighmare👻👻"-Iman Nadhirah, Intan, Darmia
*geleng kepala*-Zafriel, Taufik, Iman Nadzir
"Aku tak terlibat😛"-Ainnur
![](https://img.wattpad.com/cover/58704508-288-k959285.jpg)
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...