55

3.5K 193 9
                                    

Iman Nadzir menekan-nekan alat kawalan jauh astro mencari siaran menarik. Matanya kuyu terasa bosan menonton televisyen. Keluhan dilepaskan. "Bosannya!"

"Kalau bosan, pergilah baca al-Quran ke... tenangkan hati," kata seseorang dari arah belakang.

Zapp! Sentap hati lelaki Iman Nadzir mendengar kata-kata itu. Dia menoleh memandang sekujur tubuh yang terlindung dengan telekung putih.

Iman Nadzir mendengus. "Ish, adik ni! Buat abang terkejut aje," marahnya. Sudahlah bertelekung putih. Nasib baik aku kuat semangat, kalau tidak... lu fikirlah sendiri!

Iman Nadhirah sengih. Dia mengangkat kain yang labuh itu sebelum melabuhkan punggung di sebelah abangnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib dan ingin menunggu waktu solat isyak.

"Abang tau tak, walaupun kita baca al-Quran gagap sekalipun, kita akan dapat pahala?" Tanya Iman Nadhirah kepada abangnya.

Iman Nadzir menggaru pipi. Sejujurnya dia memang lemah kalau bab al-Quran. Susah betul lidahnya ingin mengalunkan ayat al-Quran. Dia tak pernah menghabiskan bacaan al-Quran. Sudah banyak kali dia lari dari kelas al-Quran yang didaftar Puan Sri Ilyana. Alasannya cuma kerana dia malu. Dia malu kerana dia masih tidak dapat mencapai tahap yang memuaskan.

Berbanding Iman Nadhirah yang amat suka membaca al-Quran dan mendengar kisah-kisah dalam al-Quran yang seringkali disampaikan oleh Hajah Aminah, ibu Zafriel. Hajah Aminah suka berkongsi cerita dengan anak-anak muridnya. Dulu, dia selalu mengajar budak kecil membaca al-Quran tetapi apabila lahirnya Zafrina, dia berhenti kerana ingin meluangkan lebih masa bersama dengan keluarga.

Iman Nadhirah senyum nipis melihat reaksi abangnya. "Ada satu hadis yang bermaksud, orang yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca al-Quran, dalam keadaan tergagap-gagap, dalam keadaan tertegun, dia akan mendapat dua pahala."

Gadis itu menghela nafas panjang sebelum menambah, "So, orang yang gagap tu mungkin tak sehebat  orang yang membaca al-Quran secara lancar, tapi still dia dapat pahala. Sebab apa? Sebab dia berusaha untuk buka al-Quran dan baca, walaupun dia tak mahir. Allah itu Maha Adil. Dia tetap beri pahala kepada orang yang tak mahir membaca. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab tak mahir membaca. Yang penting kesungguhan seseorang itu untuk melancarkan bacaan dia, kenal isi dalam al-Quran."

Iman Nadzir menunduk. Alat kawalan jauh di tangan dimain-main. Tiba-tiba terasa lengan sasanya disentuh lembut. Dia menoleh.

Iman Nadhirah senyum ikhlas. "Kalau abang nak, adik boleh tolong ajar. Manalah tau bila abang menghadap bakal bapa mertua nanti dia suruh baca surah-surah dalam al-Quran. Ha, nanti tergagap-gagap kat depan dia, jangan salahkan adik pulak!" Sempat lagi gadis itu bergurau.

Gurauan Iman Nadhirah membuatkan Iman Nadzir ketawa kecil. "Ada ke bapa mertua yang macam tu?" Soalnya dengan kening terjungkit.

Iman Nadhirah menjungkitkan bahu. Dia senyum kecil. Serta merta teringatkan perbualan kecil di antaranya dengan Darmia tempoh hari.

___________________

"Aku... aku dah lama sukakan Iman Nadzir."

Pengakuan Darmia berjaya membuatkan Iman Nadhirah terlongo buat seketika. Dia berdeham. "Sejak bila? Kenapa kau tak pernah beritahu? Jadi crush yang dulu kau pernah cakap masa kita main Truth or Dare tu, abang aku?" Bertubi-tubi soalan diberikan.

Darmia mengangguk untuk soalan yang terakhir. "Sejak dua tahun lepas. Aku admire dia start dari aku nampak betapa akrabnya kau dengan abang kau. Aku nampak sifat penyayang dalam diri abang kau. Lagi satu, aku suka suara dia azan waktu dia masuk pertandingan azan dua tahun lepas," terangnya.

Iman Nadhirah senyum kelat. Itu baru azan, Mia. Belum lagi bila kau dengar dia baca al-Quran. Sah, kau terkejut punya!

Darmia bermain dengan jari-jemarinya. "Aku... aku tak nak bagi kau orang tahu sebab aku takut kau benci aku."

Iman Nadhirah terkejut mendengar pernyataan itu. Matanya membulat. Jari telunjuk menunding ke dada sendiri. "Aku? Benci kau? For what?"

"Iyelah, aku ni orang biasa tak macam kau, anak tan sri! Lepas tu, kau mesti kata aku ni perempuan gatal sebab suka kat abang kawan sendiri," jelas Darmia.

Iman Nadhirah terus ketawa besar sehingga tubuh melorot jatuh ke atas lantai. Kakinya dihentak-hentak. "Ya Allah, lawak! Lawak! Tak pernah sekali pun aku fikir macam tu, babe! Kau ni..."

Wajah Darmia merona merah. Rasa malu kerana berfikiran sebegitu. Tambah malu bila ditertawakan kawan baik sendiri.

Iman Nadhirah memegang perutnya yang terasa sakit kerana terlalu banyak ketawa. Dia mengambil nafas. "Setahu aku, kau ni Darmia Uqasha yang suka berfikiran logik. Tapi part hati, fikiran kau jadi bercelaru. Okey, takpe aku faham kau tak yakin. Tapi, kau serius ke nak couple dengan abang aku?" Soalnya dengan kening dijungkitkan sebelah.

Darmia membulatkan mata. "Hah, dia ada ajak aku couple ke? Aku rasa dalam surat dia tulis tu, tak adapun sebut."

Iman Nadhirah menggeleng. "Memang tak ada. Aku just tanya."

"Oh, gitu ke? Tak. Aku tak nak," jawab Darmia seraya menggeleng.

"Sebab?"

"Kau gila? Mau kena sebat dengan ayah aku kalau dia tahu. Kawan lelaki pun ayah aku tak bagi, apatah lagi nak couple." Sudah terbayang wajah garang ayahnya bersama dengan rotan di tangan.

Terjungkit kedua-dua belah kening Iman Nadhirah mendengar penerangan kawan baiknya itu. "Serius ke? Habis kakak kau? Macam mana dia boleh couple dengan Abang Rizal?" Terus dia bertanya kerana teringat akan kakak Darmia, Darmia Umairah.

Darmia cuma mempunyai seorang kakak dan seotang adik perempuan. Kakaknya sudah pun bekerja sebagai seorang peguam. Darmia menjulingkan mata ke atas. "Kakak aku tu lain! Dia dah kerja. Kau ingat, waktu dia belajar, bapak aku kasi dia bercouple-couple ni? Tu pun, Abang Rizal datang jumpa bapak aku tau? Minta izin nak berkawan dengan kakak aku. Bapa aku siap suruh dia baca surah-surah dalam al-Quran dengan azan. Padahal nak berkawan je kut?"

Iman Nadhirah hampir terlongo. Dahsyat! Habislah kau, abang!




✩✩✩✩✩

Hey guys! Sorry lama menghilang. Lama ke?😂😂 Aku nak tulis tapi bila dah bukak terus otak blank tak tahu nak tulis apa. Karang merapu, aku jugak yang kena kecam. Haha...

Untuk chapter ni aku ada selit sikit pasal agama. Saja, nak buat kelainan. Hehe.. so, pada yang tak mahir baca al-Quran tu, jangan risau, jangan malu. Aku pun pernah lalui macam kau orang. Kalau kau orang baca setiap hari, in shaa Allah, gagap kau orang akan hilang. Aku serius. Sebab benda tu jadi kat aku. At least kalau kau orang tak khatam lagi, trylah baca surah-surah pendek tu setiap hari.

Aku pun sejujurnya malas nak baca, biasanya paling sikit satu muka surat. Last-last aku bukak belakang, baca surah pendek. Haha! Apa? Sekurang-kurangnya aku baca. Aku bukan nak berlagak sebab aku pun bukan selalu baca al-Quran. Aku cuma nak suruh kau orang cuba. Lagipun... mana tau, suatu hari nanti dalam sehari tu, kau orang tak baca, kau orang jadi rindu nak baca😉

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now