Zafriel Adrian menyisir rambutnya dengan kemas. Sesekali dia mengerling adik bongsunya yang sudah terlelap di atas katil biliknya. "Sorry, Zakwan. Abang dah lambat ni,"ujarnya kemudian keluar dari bilik.
Tak sampai tiga saat, dia masuk semula. "Aku rasa ada benda yang aku kena buat. Apa dia eh?" Soalnya sendirian sambil kepala yang tidak gatal itu digaru.
"Abang, Kak Iman dah sampai ni!" Laung Zafrina dari ruang tamu.
Laju Zafriel Adrian keluar dari bilik. Terus dia melupakan hasratnya ingin melihat apa yang patut dia lakukan.
"Ha, baguslah. Aku keluar dulu. Petang kut baru aku balik. Abang pergi dulu, Rina. Zakwan dalam bilik abang," beritahu lelaki itu semasa memakai kasut Conversenya.
Iman Nadhirah hanya diam memerhati kelakuan lelaki itu. Dia tak bukak ke hadiah tu?
"Ish, abang ni! Kelam-kabut sangat. Rina baru aje masak nasi. Ingat nak buat nasi ayam," getus Zafrina tatkala mendengar deruman enjin motor.
"Nasi ayam?"
"Haah. Hari ini kan, birthday abang. Nasi ayam tu favourite dia. Tu yang Rina ingat nak buat tu," terangnya pada senior sekolah yang sudah dianggap seperti kakak sendiri itu.
Iman Nadhirah mengangguk. Oh, mamat tu suka nasi ayam! Kenapa aku tak pernah tahu? "Rina pandai buat?"
Zafrina senyum. "Bolehlah... Nasi ayam tu resepi umi. Kalau Rina masak resepi lain, confirm abang tak nak. Dia nak yang umi punya saja. Cerewet sungguh!"
"Nanti akak tolong Rina eh?" Pinta Zafrina.
Iman Nadhirah mengangguk.
"Ermm... akak tolong tengok Zakwan kejap, boleh? Bilik abang belah kiri yang hujung tu," arah Zafrina lembut.
"Dia memang selalu tidur di bilik Zafriel ke?" Tanya Iman Nadhirah. Kalau betul, maknanya memang akrablah hubungan mereka berdua.
"Haah."
"Okey, akak pergi tengok kejap." Iman Nadhirah membawa sekali beg yang dah siap bersilang di tubuhnya itu. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan.
Perlahan-lahan Iman Nadhirah memulas tombol pintu bilik Zafriel Adrian. Semerbak bau minyak wangi lelaki itu sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Apa dia sembur minyak wangi dia dekat satu bilik ke? Tapi wangi jugak kan?
Iman Nadhirah tersenyum-senyum. Dia melihat Zakwan yang lena tidur di atas katil bersaiz Queen. Matanya kemudian meliar ke sekeliling bilik itu.
Di tepi tingkap ada sebuah meja belajar. Di sebelah pintu bilik terdapat meja solek. Almari pula terletak di sebelah lagi sudut bilik itu; bertentangan dengan katil. Di sebelah almari baju ada penyidai tempat menyangkut tuala, sejadah dan kain pelekat. Ada juga rak buku bersaiz sederhana kecil di sebelah meja belajar.
Di situ, Iman Nadhirah lihat beg sekolah Zafriel Adrian diletakkan di situ.
Tanpa melengahkan masa, Iman Nadhirah mendekati meja belajar itu. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggung. Beg itu dicapainya. Dia membuka zip beg itu perlahan-lahan. Sesekali dia mengerling Zakwan di atas katil. Pintu bilik itu sudah pun ditutup rapat. Bimbang juga kalau Zafrina terjah masuk ke bilik abangnya. Bimbang juga kalau Zakwan terjaga dari tidurnya.
Buka sahaja zip beg itu, dia menyelukkan tangan ke dalam beg mencari sesuatu. Sesuatu itu dubawa keluar dari beg. Beg diletakkan di kakinya. Kotak yang berbalut pembalut hadiah itu dipandang dengan penuh rasa kecewa.
Iman Nadhirah terasa dadanya sempit. Zafriel tak bukak langsung hadiah ni? Kenapa? Dia dah tak ingat ke tahun lepas, dia yang yang beria-ia mahu tahu siapa pengirim hadiah ni?
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...