Zafriel Adrian, Iman Nadhirah dan Zakwan berjalan masuk ke Setia City Mall. Zakwan yang tidak pernah datang ke situ terpegun melihat pelbagai jenis restoran di situ.
"Abang, sini ada tempat wayang tak?"soalnya.
Zafriel Adrian yang tahu akan tujuan adiknya menjulingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan Star Wars dia! "Ada."
"Kita pergi tengok wayang boleh?"
Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah meminta jawapan.
Iman Nadhirah yang tidak mengerti akan pandangan yang diberikan lelaki itu mengerutkan kening. "Apasal pandang aku macam tu?"
"Kau kan yang ajak aku keluar. Kaulah patut decide."
"Kak Iman... boleh tak?" Tanya Zakwan. Matanya dikerdip berkali-kali ingin meraih simpati.
Zafriel Adrian hanya memutarkan bebola matanya. Mengada betul!
"Of course boleh. Akak pun dah lama tak tengok wayang. Nak tengok cerita apa?"
"Star Wars. Rogue One."
"Oh, cerita tu. Akak pun memang nak tengok. Jomlah kita naik tingkat atas sekali. Terus beli tiket," ajak Iman Nadhirah.
Zafriel Adrian hanya mengekor dari belakang. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie yang dipakai dari rumah. Wajahnya jelas tidak puas hati melihat adiknya bermesra dengan gadis kesayangannya. Sampai dia sendiri pelik, dia atau adiknya yang diajak Iman Nadhirah menemaninya ke sini?
Usai membeli tiket, mereka pergi makan di McDonald's.
"Aku cari tempat duduk tau, Zafriel. Orderkan double cheese burger. Air tukar ice lemon tea," beritahu Iman Nadhirah.
"Abang, Zakwan pun sama tau. Tapi Zakwan nak spicy chicken mcdeluxe!"
Zafriel Adrian mengeluh. Rasa tak puas hati betul! Menyesal dia ajak adiknya. Sudahlah dia dipulaukan dari tadi, dia pulak yang kena keluarkan duit beli makan dan tiket wayang. Hailaaa nasib!
Dulang berisi makanan dan minuman yang dipesan itu ditatang Zafriel Adrian ke meja yang diduduki adiknya dan Iman Nadhirah.
"Yeay! Sampai pun. Zakwan dah lapar gila ni!" Dia terus mencapai beberapa fries. Kemudian, burgernya diambil.
Iman Nadhirah pun turut mengambil burger dan friesnya. Ketika dia ingin menyuapkan burger ke mulutnya, Zafriel Adrian menghalang. Jarinya ditunjuk pada pergelangan tangan kiri gadis itu. "Kau beli mana jam tu?"
Iman Nadhirah memandang pergelangan tangan kirinya. Jam berwarna merah jambu dan hitam itu melingkar di pergelangan tangannya. "Err.. kedailah. Mana lagi?" Dia cuba menghilangkan rasa gugup.
"Jenama?"
"Swatch. Kenapa?"
Zafriel Adrian mengerutkan kening memandang jam itu sekali lagi. Kemudian dia menggelengkan kepala. Takkan Nadhirah pulak? "Ermm... tak ada apa-apalah. Macam pernah tengok aje."
Iman Nadhirah menghela nafas lega kerana lelaki itu tidak mengecam jam itu. Jam yang dipakainya dengan jam yang diberinya pada lelaki itu lapan tahun lalu merupakan jam untuk pasangan couple. Disebabkan dia rasa berkenan dengan jam yang dimiliki Zafriel sekarang, dia beli. Tetapi promoter itu kata beli satu percuma satu. Jadi, Iman Nadhirah mengambil keputusan untuk ambil kedua-dua utas jam itu. Yang berwarna biru biarlah dia beri pada lelaki itu. Takkanlah nak bagi warna pink pula kan?
"Abang, pukul berapa wayang tu?" Tanya Zakwan menghilang rasa ketidakselesaan kedua-dua pasangan itu.
Eh, pasangan?
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...