Zafriel Adrian berjalan menghampiri lif hospital. Dia berdiri di hadapan lif menunggu lif turun. Apabila pintu lif terbuka, dia terus menerobos masuk ke dalam lif. Lif itu kosong tidak berpenghuni. Siapa pulak lah nak tinggal dalam lif ni?
Zafriel Adrian menekan butang nombor 5. Sementara menunggu lif sampai ke tingkat lima, dia membelek telefonnya. Buka sahaja telefon terpampang gambar Iman Nadhirah menyarungkan topi koboi di kepalanya. Senyuman kecil plus hambar terbit di bibir.
Ting!
Pintu lif terbuka sebaik sahaja sampai di tingkat lima. Zafriel Adrian terus keluar dan menyusun langkah menuju ke wad Iman Nadhirah. Tombol pintu wad itu dipulas perlahan. Kelihatan Iman Nadzir sedang memetik gitar secara rambang.
Zafriel Adrian berasa pelik. Bukankah sepatutnya Puan Sri Ilyana yang menjaga gadis itu petang ini? Seingatnya kawan baiknya itu ada study group di rumah Taufik.
"Mana aunty? Asal kau yang jaga pulak ni? Kata ada study group?" Soalnya tanpa melengahkan masa.
Iman Nadzir mengangkat wajah. "Mama aku demam. Nasib baik ada Mak Tipah tolong jagakan mama aku. Aku cakap kat dia orang aku tak dapat datang, aku nak jaga Irah," terangnya satu per satu.
Zafriel Adrian hanya mengangguk kecil tanda faham. "Ermm... asal bawak gitar?"
Iman Nadzir menjungkitkan bahu. "Entah. Saja. Mengisi masa lapang," jawabnya. Dia mengemas buku-buku yang dibawanya lalu dimasukkan ke dalam beg. Gitar akustik yang dibawanya itu disimpan ke dalam begnya.
Akan tetapi, Zafriel Adrian menghalang perbuatan lelaki itu. "Eh, tinggalkan jelah gitar tu. Nanti aku bawak balik esok pagi."
Iman Nadzir menjungkitkan kening sebelah. Dia tersenyum meleret. "Cakap sajalah kau nak guna. Hesy!" Dia meletakkan gitar itu di atas sofa sebelum bangun.
Zafriel Adrian sekadar sengih kecil.
"Aku balik dululah. Esok pagi aku datang. Assalamualaikum," ucapnya sebelum keluar dari wad itu.
Zafriel Adrian menjawab salam sahabatnya. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sofa. Gitar akustik itu dipandang lama.
Kemudian, jejaka itu menggeleng. Dia meletakkan beg sandangnya di tepi. Buku latihan Kimia dibawa keluar bersama dengan kotak pensel.
___________
Zafriel Adrian menapak keluar dari rumahnya. Selipar kecil miliknya disarung sebelum berjalan keluar dari halaman rumah.
"Zafriel! Kamu nak ke mana tu?" Soal Hajah Aminah yang sedang mengangkat kain jemuran.
"Pergi rumah Nadzir dengan Nadhirah. Dah lambat ni, umi. Zaff pergi dulu. Assalamualaikum!" Dia terus berlari anak keluar dari halaman rumah.
Wajah Hajah Aminah penuh kerisauan. Tambah risau melihat wajah gembira anaknya. Ya Allah, engkau tabahkanlah hati anakku!
Setibanya Zafriel Adrian di hadapan banglo setingkat milik keluarga Iman Nadhirah, dia terus memberi salam. "Assalamualaikum! Nadhirah oh Nadhirah! Jomlah keluar main," ajaknya.
Zafriel Adrian cuba membuka pagar kecil rumah itu tetapi tidak berjaya. Dia memandang selak kunci pagar itu. Bermangga?
Timbul keresahan di hati Zafriel Adrian. Kenapa mangga? Dia menajamkan matanya memandang pintu utama yang tertutup rapat itu. tambah pelik melihat halaman rumah yang kosong bagaikan rumah itu sudah tidak berpenghuni.
"Anak ni cari siapa?" Sapa seorang pakcik tua yang sedang berjalan.
"Orang rumah ni, pakcik. Ni rumah kawan saya. Tapi saya tengok macam takde orang saja," terangnya. Takkan balik kampung? Kalau benar keluarga itu ke mana-mana pastinya dua beradik itu akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Wajah pakcik tua itu kelihatan serba salah. "Maaf, nak. Setahu pakcik. Penghuni rumah ni dah pindah."
Zapp! Menusuk terus ke dalam hati Zafriel Adrian. Matanya menunjukkan dia rasa sedih. "Pindah? Ke mana? Bila? Kenapa saya tak pernah tahu pun?" Soalnya bertubi-tubi.
"Ke mana tu pakcik tak tahulah, nak. Mereka pindah baru saja Sabtu yang lepas."
Sabtu lepas? Bermakna sudah seminggu Nadhirah meninggalkan dirinya? Kenala tak siapa pun yang maklumkan hal itu kepada dirinya? Zafriel Adrian bungkam. Tubir mata terasa hangat. Rasa sedih, kecil hati, marah. Semua rasa bercampur baur saat itu.
Zafriel Adrian terus berlari pulang ke rumah. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada uminya sendiri.
Sampai saja di rumah, terus diaju soalan berkenaan berita yang baru diterimanya. Lambat-lambat Hajah Aminah mengiyakan berita itu. "Betul, Zaff. Memang dia orang dah pindah. Umi pun baru tahu semalam. Maafkan umi tak beritahu kamu."
Zafriel Adrian terus menghamburkan tangisan kecil. Hajah Aminah berasa simpati dengan anaknya. Dia terus mendakap erat tubuh anaknya. Cuba memujuk supaya anaknya menerima kenyataan itu.
Sampai hati Nadhirah tinggalkan Ian! Rintih hati kecil milik Zafriel Adrian.
___________
Zafriel Adrian terjaga dari tidurnya. Dia meraup wajah. Astaghfirullah...
"Kenapa aku mimpi pasal 12 tahun yang lepas?" Soalnya pelik. Pandangnya beralih pada Iman Nadhirah yang masih terlantar di katil.
Dia bangun lalu mendekati gadis itu. Sempat dia mencapai gitar milik Iman Nadzir. "Nadhirah, kau ingat tak dulu kau pernah cakap kat aku. Aku tak boleh menyanyi kalau bukan untuk kau?" Senyuman hambar terukir sesaat.
"Ni, aku nak nyanyi satu lagi untuk kau. Aku harap kau dengar lagu ni. Lagu favourite kau tau?" Zafriel Adrian mengulum senyuman memandang Iman Nadhirah yang terlena.
Gitar dipetik menghasilkan irama. Dia pun mula menyanyi.
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungkuSelama mata terbuka sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu untuk mengenangmuDarimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejatiSedang Zafriel Adrian menyanyi, matanya langsung tidak teralih dari memandang wajah bersih tunang dalam diamnya.
Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hatikuNamun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi sebagai kenangan yang terindahZafriel Adrian menyeka setitis air mata yang sudah tidak dapat ditahan dari jatuh. Dia meraup wajahnya perlahan. Tak sampai beberapa saat, perbuatannya itu terhenti apabila dia merasa seperti ada sesuatu yang bergerak.
Diintai dati celah-celah jarinya. Kelihatan tangan Iman Nadhirah bergerak-gerak. Serentak itu, Zafriel Adrian menjatuhkan tangannya.
"Nadhirah?" Panggilnya lembut meskipun jantungnya sudah berdetak laju. Dia memandang wajah gadis itu pula.
Kelopak mata Iman Nadhirah bergerak-gerak. Zafriel Adrian terasa bagai hidup semula. Dia meletakkan gitar di tepi sebelum berlari keluar mencari doktor.
✩✩✩✩✩
Yeay yeay! Iman dah sedar. Ada sesiapa tahu lagu tu? Salah satu lagu yang aku suka dengar wktu kecik-kecik dulu😙
Maaf kalau aku terlambat update walaupun kali terakhir aku update 3 Disember (rasanya). Tak lama pun kan? Relakslah... banyak masa lagi. Jauh lagi nak ke penghujung cerita ni.😁😁
Ni pun tulis sebab mata tak boleh nak lelap. Ni semua Cik Li punya pasal. 😤 aku tengah nyenyak tidur, dikacau pulak! Langsung tak tidur sampai sekarang. Sabar jelah...😌😌
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomansaHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...