72

3.6K 213 148
                                    

"Okey, seperti apa yang kita bincangkan dalam perjumpaan pengawas yang sebelum ni. Pengetua minta kita mengadakan spotcheck. So, aku akan bahagikan kau orang semua class by class."

Zafriel Adrian mula membahagikan pengawas-pengawas.

Waiz mengangkat tangan ingin bertanya sesuatu. "Macam mana dengan budak tingkatan tiga? Diorang mesti ada program."

"Nice question, Waiz. Yang handle form 3 ikut aku. Yang lain boleh pergi ke kelas yang kau orang handle. Apa-apa masalah boleh inform aku ataupun Zaara."

"Zaara, make sure semua buat kerja."

"Err... Zafriel. Apa kata saya yang pergi cari cikgu tanyakan pasal budak-budak form 3. Awak pantaulah diorang yang lain."

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Sedikit rasa curiga timbul di hati. Namun segera dibuang jauh. Takkan Zaara mahu buat hal waktu mereka sedang bertugas pula?

"Okey, yang handle form 3 ikut Zaara."

Zaara mengangguk. Dia memerhati Zafriel Adrian yang semakin menjauh. Bibirnya mengukir senyuman yang menyimpan makna. Makna yang hanya dia ketahui.

________________________

"Ada spotcheck?"

"Alamak, aku terbawak eyeliner lah!"

"Wei, macam mana ni? Aku bawak MP4!"

"Weiii... henpon aku! My baby!"

Semua memandang suara itu. Farhan keliru seisi kelas 3 Teratai memandangnya.

"Bawak henpon tak ajak, Han! Tulah padahnya," usik Emir.

"My baby?" Iman Nadhirah mengerutkan kening. Like seriously?

"Itulah, sekolah tak habis lagi, memandai bawak telefon," sindir Cikgu Watie yang menjaga kelas itu.

"Sampainya hati cikgu!" Rintih Farhan.

Seisi kelas menggeleng kecil. Apa-apalah labu! Iman Nadhirah memandang Farhan tidak percaya. Tolonglah... kau yang sengaja jolok sarang tebuan, sekarang tanggunglah sendiri!

Tak lama kemudian tiga orang pengawas masuk ke dalam kelas mereka. Salah seorang daripada mereka meminta izin Cikgu Watie ingin menjalankan tugas.

Semua pelajar perempuan diarahkan berdiri di hadapan kelas manakala pelajar lelaki di belakang kelas. Darmia yang ditugaskan menyelongkar beg pelajar kelas 3 Teratai memulakan tugasnya, diikuti pengawas yang lagi seorang. Seorang lagi berdiri dengan santai memegang buku dan pen.

Iman Nadhirah menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar trek. Matanya memandang kedua-dua orang pelajar berjawatan pengawas itu menjalankan tugas. Sesekali matanya meliar melihat wajah kawan-kaean sekelasnya. Ada yang kelihatan resah. Ada yang buat muka biasa-biasa. Ada juga yang sempat berbual dan membodek cikgu! Yang resah itu pasti ada bawa barang terlarang.

Darmia mengeluarkan sesuatu dari beg Farhan cover telefon jenama Oppo ditunjuk. Like seriously? Hello Kitty?

Farhan mencebik sedih. "Janganlah ambik baby aku, Darmia. Simpatilah kat aku," rayunya.

Darmia menggeleng. "Peraturan tetap peraturan bro. Maaf." Dia menunjuk pada seorang pengawas yang memegang buku menyuruh Farhan memberi nama.

Farhan dengan separuh rela berjalan ke arah pengawas itu. Tiba-tiba Zaara datang ke kelas itu mungkin untuk memantau para pengawas. Dia melihat-lihat barang yang berjaya dirampas setakat itu. Telefon milik Farhan berjaya menarik perhatiannya. Diangkat separas wajah telefon.

"Apa ni? Janganlah sentuh baby aku!" Marah Farhan.

Zaara memandnag Farhan. "Kau punya?"

"Taklah beruk kat hutan punya. Dah sahlah aku punya!"

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now