Iman Nadzir mencari-cari kelibat Zafriel Adrian. Dia menyekak sebelah pinggang. Sebelah tangan lagi menggaru kepala. Mana pergi mamat tu? Takkan dah balik kut? Kut ya pun habaq lah kat ceq dulu.
"Mama!"
"Apa?" Tanya Puan Sri Ilyana yang sedang memasak sarapan pagi di dapur.
"Nampak Zafriel?"
"Tak."
Iman Nadzir merengus perlahan. Mana pulak mamat tu pergi? Time papa seru nak jumpa lah, dia takde! Hisy!
"Dia dah balik kut? Kenapa cari dia?"
"Hmm... papa nak jumpa. Takpe lah mama. Nadzir nak bagitau papa." Iman Nadzir meminta diri. Dia mendaki anak tangga. Di saat dia ingin menuju ke atas, bertembung dengan adiknya yang ingin trun ke bawah.
"Adik?" Tegurnya.
"Hmm..."
"Kenapa mata sembab?" Soal Iman Nadzir apabila melihat mata adiknya kelihatan sembab seperti orang tidak cukup tidur. Atau tak tidur langsung?
Iman Nadhirah menggeleng entah untuk apa. Dia menyambung langkahnya ke tingkat bawah meninggalkan Iman Nadzir tanpa sebarang jawapan.
Iman Nadzir menggaru leher. Moody lagi pasal semalam ke?
Dia menggeleng sebelum menyambung langkah ke tingkat atas. Pintu bilik kerja papanya diketuk perlahan sebaik sahaja sampai di hadapan bilik. Pintu dikuak perlahan.
"Papa?"
"Masuklah." Kedengaran suara Tan Sri Nazmi memberi kebenaran.
Iman Nadzir masuk ke dalam bilik itu. Dia mendekati papanya yang sedang membaca di sofa yang terdapat di dalam bilik itu.
Tan Sri Nazmi mengerutkan kening apabila seseorang yang ditunggu tidak bersama dengan anak sulungnya. "Zafriel mana?"
Iman Nadzir menjungkit bahu. "Entah. Nadzir dah cari satu rumah, dia tak ada. Mama kata mungkin dia dah balik tapi takde cakap apa-apapun?"
"Dah tanya Mak Tipah? Diakan tidur sini juga semalam?"
Apabila Tan Sri Nazmi menyebut nama pembantu rumah mereka itu, tetus Iman Nadzir teringat. Mak Tipah memang tidak tinggal di rumah itu. Sebelum malam, dia akan pulang ke rumah untuk diberi ruang menghabiskan masa bersama keluarganya sendiri.
"Dahlah, nanti kamu pergi rumah dia. Papa nak jumpa dia jugak harini. Tak kisah petang ke tengah hari atau malam."
Iman Nadzir hanya mengangguk meskipun di dalam hati terasa pelik dan curiga. Apa yang penting sangat papanya ingin berjumpa dengan teman sepermainannya itu?
____________________________
Zafriel Adrian membuka pintu keretanya sebaik sahaja tiba di hadapan rumah kediamannya. Dia memberi salam kepada Hajah Aminah yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.
"Waalaikumussalam. Zafriel? Kamu ni dari mana? Nadzir kata dia cari kamu satu rumah dia, tak jumpa. Nak keluar pum tak beritahu."
Kening Zafriel Adrian berkerut. "Nadzir? Dia datang rumah ke tadi, umi?"
"Taklah. Dia telefon rumah tadi. Katanya dia suruh kamu datang rumahnya. Katanya lagi uncle Nazmi nak jumpa secepat yang mungkin. Ni satu lagi, kamu dari rumah Fahmi ke?" Soal Hajah Aminah.
"Haah. Mana umi tahu?"
"Tu, baju yang kamu pakai tu. Baju Fahmi kan? Fahmi tu dahlah badan kecik, lagi kamu pinjam baju dia. Nadzir tu lainlah memang saiz badan sama dengan kamu."
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
Roman d'amourHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...