Tiba di destinasi percutian, laju kaki Iman Nadhirah melangkah keluar dari kereta sebaik sahaja enjin dimatikan. Dia terpegun melihat chalet yang cantik belaka tersusun di situ. Apa yang menariknya ialah chalet tersbut betul-betul menghadap laut yang luas terbentang.
"Adik!" Iman Nadhirah menoleh memandang abangnya. Iman Nadzir menggamit gadis itu supaya mengikutnya. Iman Nadhirah berlari anak mendapatkan abangnya.
_______
Iman Nadhirah baring di atas kain yang terbentang di atas pasir. Earphone disumbat di telinga. Lagu Alice yang menjadi soundtrack filem Alice In Wonderland bergema di telinga. Buku Maze Runner siri ketiga dibacanya.
"Baik tak payah bercuti kalau dah earphone kat telinga, baca buku. Kat rumah pun boleh buat. Haih! Inilah orang zaman sekarang. Tak pandai hargai masa yang diberi. Bila tak hargai mulalah merungut tak cukup masalah apalah! Padahal diri sendiri punya salah."
Earphone sebelah dibuka. Wajah Iman Nadhirah berkerut memandang pemilik suara itu. "Kau ni tak kacau aku sekali tak boleh ke?"
Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. "Perlu ke aku jawab soalan yang kau dah memang tahu jawapannya?"
Iman Nadhirah merengus. Soalan dijawab dengan soalan. So nice! Gumamnya dalam hati. Zafriel Adrian yang memakai T-shirt kelabu tanpa corak dipadankan dengan seluar pendek bawah lutut dikerling tajam. "Habis, kalau aku tak buat benda-benda ni, aku nak buat apa?"
Zafriel Adrian memandang laut yang luas di hadapannya. Kemudian menunding jari ke arahnya. "Kau nampak laut tu?"
Iman Nadhirah memandang laut kemudian wajah lelaki itu. Dia mengerutkan kening. Apa dia ingat aku ni buta ke apa tak nampak laut terang-terang depan mata? "So?"
"Apa yang kau boleh buat dengan laut? Mandi kan? So, pergilah mandi!" Tualanya dicampak ke muka tunang dalam diamnya. Dia laju melarikan diri.
Menusuk hidung bau minyak wangi Zafriel Adrian yang terlekat pada tuala yang dicampak ke mukanya. Iman Nadhirah mengetap bibir. Tuala itu diambil. Dia memandang Zafriel Adrian yang sudah tertawa itu.
Tanpa berfikir panjang, Iman Nadhirah mengejarnya dengan tuala di tangan. "Zafriel!!!"
Mata lelaki itu membuntang melihat Iman Nadhirah yang semakin mendekat. Dia terus membuka langkah seribu.
Iman Nadhirah yang mengejar lelaki itu bersama tuala di tangan berhenti. Dengan tiba-tiba dia mendapat satu idea bernas. Zafriel Adrian yang sudah berlari jauh itu dipanggil. "Ooo... Zafriel!"
Zafriel Adrian berhenti berlari. Dia berpaling. Iman Nadhirah tersenyum penuh makna. Lelaki itu mengerutkan kening.
Iman Nadhirah mengangkat tinggi tuala milik lelaki itu. Dia menghalakan tuala tersebut betul-betul di atas air. Malah hampir mencecah air.
Mata Zafriel Adrian membulat besar. "Nadhirah, kau jangan buat hal. Tuala aku tu, nanti aku dah mandi, aku nak lap pakai apa kalau tuala tu pun basah?" Soalnya. Kakinya perlahan-lahan mendekati tunangnya.
Iman Nadhirah tersenyum sinis. Tuala itu diturunkan sedikit. Kini hujung tuala itu sudah basah dan berpasir akibat dicelup air laut.
"Nadhirah!" Panggilnya dengan nada suara merayu dan marah.
"Jangan dekat! Kalau kau jalan lagi setapak, aku campak terus tuala ni," ugutnya. Dalam hati terasa mahu ketawa besar. Nanti dihebahkan cerita satu sekolah, ketua pengawas merayu kerana tuala. Hahaha!
Zafriel Adrian meramas rambut. Dia merengus. Arghh! Menyesal aku campak tuala aku kat dia!
Dah takde gunanya kau nak menyesal! Akalnya mengutuk.
Tak sampai sesaat, dia terfikirkan sesuatu. Gilirannya pula tersenyum penuh makna.
Iman Nadhirah mengerutkan kening. Dah kenapa dengan mamat ni? Sewel?
Zafriel Adrian memandang gadis itu. "Aku tau, kenapa kau buat macam tu. Kau sebenarnya nak suruh aku bukak baju kan? Kenapa tak cakap awal-awal?" Soalnya sambil tersenyum nakal.
Iman Nadhirah membuntangkan matanya. Lantas dia menutup mukanya dengan tuala milik lelaki itu. "Kau gila ke? Aku tak ingin pun lah!"
Zafriel Adrian menahan diri dari tergelak. "Eh, apasal tutup muka? Bukan kau memang nak tengok body aku ke?" Usiknya lagi.
Iman Nadhirah jerit. Dia masih menutup mukanya. "Taklah!"
Zafriel Adrian tertawa. "Lawaklah kau ni. Takut sangat aku bukak baju. Sorry sikit eh? Body aku untuk yang sah aje."
Iman Nadhirah membuat bunyi meludah. Euw, nak termuntah aku!
"Kau meludah kat tuala aku ke?"
Iman Nadhirah mengangguk. Dia senyum geli hati. "Aku dah siap lap hingus aku sekali kat sini."
Zafriel Adrian terus merentap tuala itu dari tangan Iman Nadhirah lalu dicampak ke tepi. Iman Nadhirah yang terkejut kerana tuala yang diguna untuk menutup muka itu sudah diambil. Dia menutup matanya menggunakan kedua-dua belah tangan.
Zafriel Adrian membuat muka menyampah. Sah, dia masih ingat aku nak bukak baju. "Bukak jelah mata tu. Aku tak bukak baju pun. Yang kau terlebih takut tu kenapa?" Soalnya pelik.
Iman Nadhirah menggeleng. "Tak nak! Kata-kata kau bukan boleh dipercayai."
Zafriel Adrian mengeluh. "Baik kau bukak sekarang sebelum aku bukak baju betul-betul!" Ugutnya.
Laju Iman Nadhirah menurunkan tangannya. Tetapi mata masih tertutup. Tiba-tiba...
SPLASH!
Iman Nadhirah membuka mata. Bahagian atas bajunya dan tudung sudah basah disimbah air. Kalau pakai tangan boleh tahan lagi tau, ni pakai baldi kecil yang digunakan Zakwan, Zafrina dan Iman Nadzir untuk membina istana pasir.
"Mana mamat tu?!" Soal Iman Nadhirah kepada mereka bertiga.
Masing-masing menjungkitkan bahu. "Tu kenapa basah habis tu? Adik kata tak nak mandi?" Soal Iman Nadzir pelik.
Iman Nadhirah mencebik. "Kawan abang tulah! Suka hati mak nenek dia je simbah air. Dah lah orang tak bawak tuala."
Iman Nadzir tergeleng kecil. Dia pun memang tidak membawa tuala lebih memandangkan adiknya memang tidak mahu mandi.
"Akak tak bawak tuala ke? Rina ada bawak tuala lebih. Nanti mintaklah Rina bila akak nak," celah Zafrina.
Iman Nadhirah memandang Zafrina dengan mata bercahaya. "Seriously? Thank you Rina. Rina memang penyelamat akak. Tapi serious ke, korang tak nampak mamat tu langsung?"
Ketiga-tiga mereka menggeleng lagi.
Tiba-tiba... "Cari siapa tu?"
Mereka berempat menoleh. Kelihatan muka Zafriel Adrian muncul di lautan. Rupa-rupanya dia bersembunyi di dalam laut. Iman Nadhirah menyekak pinggang. "Kau kat situ rupanya! Tunggu! Kau tunggu!" Dia terus masuk ke dalam laut. Menghampiri Zafriel Adrian.
Iman Nadzir menggeleng kecil memandang mereka berdua. Mujur mereka berada di bahagian pantai yang tak ramai sangat orang. Haih, buat malu aje diorang ni!
Zafrina pula laju mengeluarkan kamera DSLRnya. Dia mengambil gambar abangnya bersama dengan Iman Nadhirah yang menyimbah air ke arah antara satu sama lain. Dia tersengih memandang mereka. Tak sabar nak tunjuk dekat kawan-kawan.
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...