101

2.8K 206 31
                                    

Malam yang hening. Semua orang sudah nyenyak dibuai mimpi. Seorang makhluk Allah ini dibangkitkan dengan rasa tidak selesa.

"Aduh, nak terkucil pulak!" keluh Adam. Lantas dia menggerakkan tubuh Irshad yang baring di sebelahnya.

"Chad! bangun, Chad! Teman aku pergi tandas. Woi!" Panggil Adam dengan nada berbisik. Tiada nada lembut seperti biasa.

Irshad tidak membalas. Dia hanya mengubah posisi tidurnya. Adam menggaru kepala. Apahal susah sangat mamat ni nak bangun?

Adam mendekati Qaid pula. "Qaid. Bangunlah! Temanlah aku pergi tandas."

Kedengaran suara Qaid menggumam, "pergilah sendiri. Orang nak tidurlah!"

Adam semakin resah. Dia takut ingin pergi ke tandas seorang diri. Dikejut pula Zafriel Adrian, "Cef, Cef Zafriel. Bangun Cef. Tolonglah I, Cef."

Zafriel Adrian tidak memberi respon langsung. Adam menggaru kepala lagi. Tidur mati ke apa cef ni?

Tanpa ada pilihan lain, Adam merelakan diri pergi ke tandas seorang diri. Zip pintu khemah yang lutsinar itu dibuka. Dia menyarung selipar entah siapa. Malas mahu fikir. Dia terus berlari laju ke tandas.

Hampir ke tandas lelaki, Adam menghentikan langkah betul-betul di hadapan tandas perempuan. Teringat kata-kata fasilitator lelaki tadi. Tandas lelaki lampunya rosak belum diganti. Adam resah kembali. Macam mana masuk?

Tiba-tiba seseorang keluar dari tandas perempuan. Terkejut melihat Adam berdiri di hadapan tandas itu, dia menjerit. Adam yang turut sama terkejut dengan kehadiran gadis itu pun terjerit.

"Ish, awak ni, buat terkejut saya jelah! Dah kenapa berdiri dekat depan tandas perempuan ni? Mengintai eh?" Tebak Najwa.

Adam menggeleng. Dahinya sudah dibasahi peluh. "Tak. Tak. I nak pergi tandas sana tapi I baru teringat fasi tu kata lampu toilet lelaki rosak."

Najwa memeluk tubuh. "So?"

"B...boleh tak you tolong temankan I pergi tandas tu. You tu payah masuk. Duduk depan tu je. I takutlah nak masuk. Please..." teragak-agak Adam meminta tolong.

Najwa menjungkitkan kening. Jantan apa mamat ni, gelap aje pun boleh takut? Oh ya, dia kan lelaki lembut. Tak mustahil. "No. Saya pergi masuk tidur."

"You... please... sekali ni aje I mintak tolong."

Najwa merengus. "Can you please stop addressing yourself like that? Geli tau tak? Nak ber'I you' bagai..."

"Habis tu, nak bahasakan diri apa? Saya, awak?" Tanya Adam lurus.

"Apa-apa ajelah selain yang tadi tu."

Baru sahaja Adam ingin membuka bicara, Najwa mengalah, "Fine! Saya tolong awak. Cepat sikit!"

Adam mengangguk. Laju dia berlari masuk ke tandas lelaki. Najwa mengikut lelaki itu tetapi sampai ke pintu hadapan sahaja. Dia berdiri membelakangi pintu tandas.

Mata Najwa meliar ke sekeliling kawasan itu. Tiada sesiapa yang keluar dari khemah kecuali mereka berdua. Tadi beria orang kata tak lena tidur dalam khemahlah, apalah... tengok, okay aje semua. Menggedik lebih aje diorang ni!

"Awak!"

"Oh mak kau!" Najwa melatah terkejut. Dia menekup mulut cepat-cepat.

Adam menahan senyum melihat telatah comel Najwa. "Maaf. Terima kasih tolong temankan saya tadi."

Najwa memalingkan tubuh dari Adam. "Sama-sama," ucapnya sebelum berlalu ke khemah perempuan. Dia memejamkan mata sekejap. Degupan jantungnya laju seakan-akan baru lepas buat ujian segak naik turun tangga.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now