Zafriel Adrian berjalan di sekitar taman di halaman rumah Iman Nadhirah. Kalau ikutkan dia mahu tunggu saja di tempat biasa namun disebabkan rasa bosan, dia berjalan menikmati udara segar.
Iman Nadhirah pulang lewat hari ni. Gadis itu sekarang sedang bersihkan diri dan makan tengah hari.
Iman Nadhirah mengintai Zafriel Adrian yang melihat pokok-pokok bunga. "Zafriel, lama tunggu? Sorrylah aku lambat sikit harini."
Zafriel Adrian menoleh. Dia hanya senyum. "Tak apa. Dah ready?"
Iman Nadhirah mengangguk. Mereka pun memulakan kelas tutor. Hampir dua jam kemudian, Iman Nadhirah bersuara, "Kau ada kawan lain ke selain Fahmi?"
Zafriel Adrian mengerutkan kening pelik. "Memang lah ada. Classmate aku, abang kau, junior..."
Iman Nadhirah memotong, "bukan itulah! Maksud aku, yang rapat dengan kau. Kawan baru ke?"
Zafriel Adrian berfikir. Kawan? Siapa je kawan rapat aku? Nadzir, Fahmi..
"Senang cakap, dengan siapa yang kau sembang pagi tadi, sebelum start perhimpunan?"
Zafriel Adrian berfikir lagi. Pagi tadi? Tak lama kemudian, barulah dia mengerti. "Oh, dia ke? Taufik lah yang kau maksudkan ni. He's a new student. Classmate abang kau. Kenapa? Nak mengorat ke?"
Iman Nadhirah terdiam. Taufik? Macam pernah dengar nama tu. Adakah...? "Taufik yang haritu aku tanya tu ke?"
Zafriel Adrian menelan liur lalu mengangguk. "Yes, it's him."
Iman Nadhirah berasa teruja. "Oh my gosh!"
Lelaki di hadapannya itu tidak mengerti. "Kenapa kau macam teruja?"
Iman Nadhirah menerangkan bahawa Intan turut menaruh hati pada Taufik si pemberi surat tempoh hari. "Serius lah, aku tak sangka mereka suka sama suka!"
Zafriel Adrian mengigit bibir bawah. Oh, man! This is getting worse! "Nadhirah, aku nak cakap tapi please jangan beritahu sesiapa."
Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian menanti lelaki itu berbicara.
Zafriel Adrian menghela nafas. "Surat yang Intan dapat actually not for her."
Gadis itu mula mengerutkan dahi. Dia tidak memahami maksud kata-kata lelaki itu.
"The letter is wrote for you. Ada junior maybe tersalah hantar kot sebab Taufik guna nickname IN. IN is stands for Intan Norhafiza and you, Iman Nadhirah. Taufik tak kenal pun Intan siapa and he likes you not Intan," terang lelaki itu.
"But, aku tak suka dia macam dia suka aku. Aku tak kenal pun siapa dia." Iman Nadhirah akhirnya mengerti. "Maksudnya, surat tu sebenarnya tersalah hantar bagi dekat Intan."
Zafriel Adrian mengangguk. "So, the problem is, Taufik. He doesn't know yang surat yang dia nak bagi kat kau dapat kat orang lain."
Iman Nadhirah menggelengkan kepala. "Not just Taufik. Intan also. Kalau dia tahu Taufik a.k.a crush dia adalah orang yang bagi surat padanya confirm lah dia akan berasa syok sendiri. And dia akan kecewa bila dapat tahu Taufik actually tersalah hantar surat."
Zafriel Adrian hanya mengangguk. Dia faham. Pastinya gadis itu tidak mahu melihat kawannya terluka. Dia mengusap dagu sementara otaknya berfikir. "Kalau macam tu, apa yang kita nak buat untuk merahsiakan benda ni dari Intan?"
Iman Nadhirah menggeleng. "Nope. Lagi kita simpan rahsia ni lagi bertambah bahaya. Intan pastinya akan mencari maklumat tentang crush dia. Dan kalau dia dah dapat tahu kesemuanya, dah tentulah dia dapat tahu her crush is actually the guy who gave her the letter."
Zafriel Adrian tersenyum lebar.
Iman Nadhirah pelik melihat lelaki itu senyum tiba-tiba. "Kau kenapa senyum?"
"Bukan main lagi kau kan? Dah pandai guna ayat BI," ujar Zafriel Adrian dalam pujian.
Iman Nadhirah senyum sipu.
"So, what we got to do?"
Iman Nadhirah memandang wajah lelaki itu seraya tersenyum penuh makna.
✩✩✩✩✩
Lahaii... Taufik pengirim surat tu crush Intan rupanya. Ha? Dah tau lama dah? Alaaa baru nak kasi suprise. Tak jadi pulak suprisenya . Hahaha..
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...