59 [real]

3.4K 199 7
                                    

Iman Nadhirah terdengar jeritan yang memanggil nama Zafriel Adrian. Dia bangun dari duduk. Itu bukan suara abang ke? Zafriel ke mana?

Hatinya gundah. Adakah lelaki itu pun berada di dalam rumah hantu yang kebakaran ini?

"Ian! Ian!" Dia memanggil lagi nama itu.

Sedang asyik memanggil, ada sesuatu berbunyi. Iman Nadhirah mencari arah bunyi itu. Dia mendongak ke siling. Dari samar-samar disuluh cahaya api, kelihatan lampu pendaflour yang terlekat di siling seakan ingin jatuh.

Iman Nadhirah berjalan perlahan ke belakang. Matanya tidak lepas dari memandang lampu siling itu. Belum sempat dia membuka langkah, lampu itu terjatuh mengenai dirinya.

Kepala Iman Nadhirah terasa berpusing. Dia terasa ada cecair mengalir di dahi. Disentuhnya dahi dengan tangan kanan. Dia memandang kosong cecair merah di tangan itu.

Dia rebah.

Sementara itu, Zafriel Adrian masuk ke dalam rumah hantu itu. Matanya melilau mencari kelibat tunangnya. "Nadhirah! Kau kat mana?" Dia bertanya dengan suara yang kuat.

Tiada sahutan.

Zafriel Adrian berjalan perlahan-lahan ke hadapan. Sesekali dia menoleh ke kiri dan kanan. Tangan kanannya menekup hidung. Terasa pedih rongga hidung menghidu bau asap itu.

Sudah beberapa langkah dia menapak, sayup-sayup kedengaran suara memanggil nama keduanya, "Ian... Ian..."

Serta-merta kejadian dua belas tahun lepas menerjah fikiran. Hanya seorang saja kenalannya yang memanggil nama itu sepanjang dia hidup.

Iman Nadhirah!

"Nadhirah!" Laung Zafriel Adrian. Tak lama kemudian dia ternampak sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas lantai. Dahinya berdarah. Tanpa berlengah, Zafriel Adrian mendapatkan gadis itu. Kepala gadis itu diribanya.

"Nadhirah. Ya Allah, macam mana dahi kau boleh jadi macam ni?" Soal jejaka itu. Air mata mulai mengalir deras tatkala melihat gadis kesayangannya menderita kesakitan.

Mata Iman Nadhirah kuyu. Tunggu masa ingin dipejam.

"Nadhirah, jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau. Aku janji aku bawak kau keluar dari sini, okay?"

Iman Nadhirah tidak berkata apa-apa. Matanya perlahan-lahan terpejam.

"Nadhirah!" panggil Zafriel Adrian. Pipi gadis itu ditepuk perlahan berkali-kali.

Api di sekeliling semakin marak. Zafriel Adrian terus mencempung tubuh Iman Nadhirah. Dia membawa gadis itu keluar dari tempat yang boleh membawa maut itu.

________________

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir sudah berada di tempat menunggu. Si tunang cuba berlagak tenang duduk di kerusi yang disediakan. Si abang pula resah berjalan mundar-mandir memikirkan nasib yang menimpa adik kesayangannya.

"Sabarlah, bro. In shaa Allah adik kau takkan apa-apa," Zafriel Adrian bersuara cuba menenangkan hati Iman Nadzir. Jikalau hati Iman Nadzir sudah risau, hatinya apatah lagi. Tambahan lagi, dia yang selamatkan Iman Nadhirah tadi.

Iman Nadzir mengeluh. Dia melabuhkan punggung di sebelah jejaka itu. Kepala disandarkan ke belakang. Tidak lama kemudian, dia membongkok. Mata memandang lantai hospital.

"Aku takut bro. Dia satu-satunya adik aku dan aku sayang dia macam aku sayang nyawa aku bro. Aku takut kehilangan dia," luahnya. Tidak dapat digambarkan perasaannya andai dia kehilangan Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian mengetap bibir. "Ini semua salah aku," ujarnya. Masih jelas di matanya kejadian sebentar tadi. Hanya Tuhan yang tahu betapa risau dan takutbya dia andai dia bertemu dengan jasad yang tidak bernyawa milik gadis kesayangannya.

Masih terbayang wajah Iman Nadhirah yang penuh berharap ingin mengikutnya dan kawan-kawannya yang lain pergi menjamu selera. Rasa bersalah menghimpit jiwa.

Iman Nadzir yang memandang ke bawah itu terus menoleh mendengar kata-kata Zafriel Adrian.

"Kalau aku tak halang dia daripada ikut kita tadi, mesti benda ni takkan jadi kan?" Zafriel Adrian menunjukkan riak wajah penuh rasa bersalah.

"Kalau lah aku fikir betul-betul kenapa dia nak ikut kita, mesti dia takkan ada kat dalam bilik pembedahan sekarang. Kau tahu kan, walaupun dia tu jenis tak kisah dengan lelaki. Tapi dia tak suka nak ikut lelaki kalau dia seorang saja perempuan melainkan ada sebab tersendiri."

Iman Nadzir terbungkam sesaat. Memang benar setiap bait kata-kata lelaki itu. Tetapi apa gunanya kalau menyesal? Bukan boleh putarkan balik masa.

"Tak guna menyesal, Zaff. Benda dah jadi. Aku pun salah, bro. Setuju cakap kau."

Mereka berdua terdiam selepas itu. Kedua-duanya melayan perasaan. Tidak sampai sepuluh minit, kesunyian di ruang menunggu itu terganggu akibat bunyi tapak kasut tumit tinggi milik Cikgu Wati. Guru itu yang menaiki keretanya mengikut ambilans yang menghantar Iman Nadhirah ke hospital.

"Zafriel, Nadzir. Saya nak balik ke sekolah sekejap. Lepas tu, saya nak kena ambil anak-anak saya dekat sekolah dia orang. Are you okay if I'm leaving? Parents kamu pun tak sampai lagi ya?" Tanya Cikgu Watie.

Iman Nadzir mengangguk. "Tak apa, cikgu. Cikgu pergilah. Parents saya sampai sekejap lagi kut."

Cikgu Wati mengangguk faham.

"Err... Cikgu, saya ikut cikgu boleh? Motor saya kat sekolah lagilah," celah Zafriel Adrian.

Iman Nadzir menyiku temannya itu. "Relakslah, Zaff. Motor aku pun kat sekolah."

"Kau boleh balik dengan parents kau. Aku nanti nak balik naik apa?" Balas Zafriel Adrian.

"Eh, dah! Dah! Zafriel, kalau nak ikut, cepat. Nanti lama pula anak saya menunggu." Cikgu Wati meleraikan pertengkaran kecil mereka berdua. Dia terus beredar.

Pasal motor pun nak gaduh!

Zafriel Adrian berjalan pantas mengejar gurunya itu.

Iman Nadzir menghantar pandangan pelik kepada kawannya yang semakin jauh itu.








✩✩✩✩✩

Pendek ke? Sorry, idea tak keluar sangat.

Maaf pasal haritu. 🙏Tau ramai kena tipu. Alaaa... author nak gurau sikit pun tak boleh.😹Relaks, jangan marah.

Kalau kau orang marah rugi, sebab author tengah gembira rasa nak lompat bintang aje. 😂

Happy 100k viewers!🎉🎉🎉

Thank you pada yang selalu vote, comment and yang silent reader. Author ni gembira sangat sebab ini cerita sis yang first dapat reach 100k viewers. Sape tak gembira ya dak?😆

In shaa Allah chapter seterusnya, kita akan tau siapa yang punya kerja suruh tukang jadi hantu👻 yang menyebabkan kebakaran sekolah. 💥💥💥

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now