51

3.7K 188 34
                                    

Hari yang dinanti-nantikan Iman Nadzir. Hari persembahan yang bertujuan untuk membuktikan rasa hati.

Iman Nadzir menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan perlahan. Tak semena-mena bahunya ditepuk dari belakang. Kepalanya ditoleh ke belakang.

Zafriel Adrian memberikan senyuman buat sahabatnya itu. "Nervous?"

Iman Nadzir sengih kelat. "Semestinya! First time pulak tu. Rasa macam nak tarik diri saja," luahnya. Tangan yang menggigil itu digenggam.

"Jangan risau. Bukan kau seorang yang buat benda ni untuk pertama kali. Kita orang pun sama," sahut Fahmi yang sedang duduk di kerusi plastik berhampiran dengan mereka.

Taufik menyampuk, "Kau jangan lupa aku. Sudahlah pertama kali naik pentas buat persembahan. Pertama kali juga perform main gitar ni. Nanti salah not memang malu tahap gaban aku!" Dalam menyampuk, dia merungut. Risau juga dia. Sudahlah belajar main gitar itu mengambil masa dua hari, latihan pula satu hari. Buatnya tersalah petik, memang habis!

Ketiga-tiga jejaka itu tergelak melihat Taufik yang gabra tiba-tiba itu. Zafriel Adrian cuba menenangkan Taufik yang tua setahun daripadanya itu, "Relakslah bro. Kau salah not, Fahmi ada boleh backup. Lagipun, tak payah risau sangatlah. Bukannya kita nak pergi berperang mempertaruhkan nyawa pun. So, relaks, okay?"

"Psst..."

Suara bisikan dari belakang membuatkan mereka berempat tersentak. Mereka berpaling.

"Kau orang perform last sekali tau. Itu je. Just get ready walaupun giliran kau orang lambat lagi," beritahu Edrina.

Keempat-empat jejaka itu mengangguk.

"Ed, siapa pengacara?" Soal Iman Nadzir ingin tahu.

Edrina memberikan senyuman penuh makna. "You know her very well."

Taufik dan Fahmi berpandangan. Iman Nadzir dan Zafriel Adrian mengerutkan kening.

Apa maksud Ed, Nadzir kenal perempuan tu sangat-sangat? Adakah dia...

Belum sempat hati kecil Zafriel Adrian meneka, Edrina bersuara, "Iman Nadhirah."

"Apa??"

_________

Dewan besar SMTI riuh-rendah dengan kekecohan pelajar-pelajar sekolah itu dan sekolah yang lain. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin menyaksikan persembahan datipada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tunku Ibrahim.

"Kenapa lah semua macam suka sangat nak tengok persembahan budak-budak sekolah ni? Entah best entah tidak. Entah-entah cap ayam aje. Suara ke laut. Semuanya cuma bajet macho depan perempuan aje," kutuk seorang lelaki dari sekolah lain.

Kawannya mengerutkan kening memandang lelaki itu. Amboi, kutuk bukan main mamat ni! "Kau ni, kutuk pun agak-agaklah! Entah-entah suara dia orang gempak ke? Kau jugak yang terlopong nanti!" Bidasnya.

Lelaki tadi menggeleng. "Takdenya terlopong. Aku tau sangatlah. Bajet artis je dia orang tu. Aku dah nampak dah muka budak-budak yang buat persembahan nanti. Tengok dari muka, nampak sangat suara layak untuk dipersembahkan di dalam bilik air aje." Terus-terusan lelaki itu mengutuk.

Kawannya hanya mampu menggeleng kecil. "Kau ni cakap macam suara kau hebat sangat. Hebat sangat sampai mampu mengalahkan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti tu."

Lelaki tadi tersenyum. "Mestilah. Kau belum pernah suara aku. Kalau kau dengar, mesti ternganga. Lalat pun ternganga tau?" Ujarnya dengan penuh riak dan bongkak.

Kawannya itu hanya mampu menahan tawa. Ternganga lah sangat! "Sudahlah. Malas mahu layan. Tu, si pengacara pun dah keluar."

Di atas pentas muncul seorang gadis berbaju kemeja dan berseluar jeans serta bertudung litup memgang mikrofon. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke dewan SMTI. Maaflah dewan kita orang tak besar mana. Sekangkang kera aje. Hopefully kau orang dapat duduk dengan selesa."

Cikgu Wani dan Cikgu Raisha yang tadi rancak berborak memandang si pengacara di atas pemtas dengan mata dikecilkan. Selamba badak betul dia kata dewan yang besar itu sekangkang kera saja?

Iman Nadhirah yang berada di atas pentas menayangkan sengihan kepada guru-guru itu. "Okay, guys. Kau orang nak tak tengok performance daripada budak-budak sekolah ni?"

"NAKKKK!!!"

Iman Nadhirah melekapkan tangan pada telinga. "Apa? Tak dengarlah..."

Mereka menjawab lagi tetapi dengan suara yang lebih kuat sehingga terasa gegaran.

Di belakang pentas, Zafriel Adrian yang berdiri berpaut pada kerusi yang diduduki Fahmi apabila terasa gegaran. "Allahu Akbar! Nasib tak pecah gegendang telinga."

Iman Nadhirah menutup telinga. Mau pekak dia kalau begini. "Okay, okay. Relaks... Kita mulakan dengan..."

Lelaki tadi yang mengutuk pelajar yang membuat persembahan memandang Iman Nadhirah di atas pentas dengan penuh asyik. Kawannya menepuk bahu.

"Kau apahal ralit sangat tengok si pengacara tu?"

Lelaki itu tersengih. "Lawalah perempuan tu. Ni yang best kalau dapat."

Kawannya memarahinya, "kau jangan nak buat hal. Aku confirm minah tu dah berpunya."

Lelaki itu menjeling kawannya. "Argh, spoil lah kau ni!"

Tiba ke penghujungnya, Iman Nadhirah berkata, "Okay, lepas ni ialah the last performance. Siapa yang tak sabar, sila bersorak!"

Dewan itu terus riuh dengan sorakan. Iman Nadhirah ketawa kecil. "Bertenang. Kita akan saksikan persembahan terakhir. Tetapi, sebelum itu, why not saya tarik one of you to sing on this stage."

Semua bersorak bagaikan menerima cabaran Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah melirik seseorang yang daripada tadi diperhatikannya. "Okay, how about... you!" Jari telunjuk ditundung ke arah lelaki yang tidak sedar diri mengutuk orang.

Lelaki itu terbungkam. Air mukanya serta-merta berubah.

Iman Nadhirah tersenyum sinis. "Aik, takkan takut kut? I heard you said that pelajar sekolah ni buat persembahan just to impress the girls. So why not you try to impress them?"

Lelaki itu naik ke atas pentas dengan perasaan gementar. Sungguh tidak disangka gadis itu mendengar setiap bait katanya.

Mikrofon disua. Lelaki itu menyambut. Dia memandang semua orang di dewan yang terdiam menunggu.

Tak lama kemudian, mikrofon dijatuhkan ke bawah. Lelaki itu berlari keluar dari dewan. Wajahnya merah. Mungkin terasa malu dan marah akibat perbuatan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mengambil mikrofon. "Itulah lain kali, jangan memandai-mandai mengutuk orang suara cap ayam. Walaupun suara cap ayam sekalipun, dia orang punya keberanian tampil di atas pentas," katanya pada semua orang di dalam dewan tersebut.

"Dan niat saya bukan untuk memalukan dia. But this is a lesson to all of you. Jangan mengata kelemahan orang lain sedangkan awak pun sama aje. Okay? So, here is the last performance from my big bro!"

Sorakan kembali kedengaran. Iman Nadzir dan kawannya tampil di atas pentas. Mereka mengambil posisi masing-masing.

Iman Nadzir mengambil mikrofon dari tangan adiknya lalu diletakkan pada tiang mikrofon. Sebelah tangan memegang mikrofon tersebut. "This song is dedicated to the girl over there or should I say her name, Dania. I hope you get what I mean." Jari telunjuk ditunding pada Dania yang berdiri tidak jauh dari situ. Dia tersipu-sipu menbuatkan Iman Nadhirah yang memerhati di sebalik langsir menjulingkan mata ke atas.

Alat muzik mula dimainkan. Iman Nadzir mulakan nyanyian.

Indah sungguh tika dahulu
Tingginya sungguh cintamu

Dengar saja dua baris lagu itu, mata Dania terbuntang. Dia fikirkan lagu romantik yang dinyanyikan untuknya tetapi tanggapannya salah.

Apabila dram berbunyi, satu lampu dihalakan pada Zafriel Adrian yang rancak bermain dram.

Semua pelajar perempuan SMTI menjerit, "Zafrielll!!!"

Iman Nadhirah memutarkan bebola matanya. Tolonglah! Apa yang hensemnya mamat tu?

Habis sahaja lagu, Iman Nadzir mengucapkan terima kasih.




✩✩✩✩✩✩✩

Tak nak cerita sangat part dia orang perform. Hehe... sajalah tak nak kasi korang angau pulak nak masuk tidur malam nanti kan. Hahaha... kay, bye!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now