33

3.9K 237 16
                                    

First thing, bab ni sepatutnya publish sebelum bab yang aku baru publish semalam. Sorry baru sekarang ada idea. Aku tahu korang mesti nak tahu hukuman yang Zaara terima akibat perbuatannya. Dan bab ni agak panjang dati bab yang lain. So, tunggu apa lagi? Jom baca!

✩✩✩✩✩✩✩✩

"Wait a minute! Kau yang ada-adakan cerita dekat majalah tu kan? Jangan kata benda ni angkara kau jugak!"

Iman Nadzir sekali lagi senyum sinis. "Dah terang lagi bersuluh! Mengaku sajalah!"

Cikgu Watie dan Pengetua memandang antara satu sama lain. Adakah ini bermakna Zaara ialah dalang kes Iman tempoh hari?

Semua mata di situ terarah ke Zaara yang menunduk. Zafriel Adrian mengerutkan keningnya. Sungguh dia tidak menyangka gadis yang berkawan lama dengannya merupakan dalang kepada peristiwa tunangnya tercedera itu. Tambah pelik apabila memikirkan rekod Zaara yang bersih tanpa sebarang masalah disiplin.

Sememangnya tidak pernah ada khabar mengatakan Zaara membuat sesuatu yang tidak elok. Dia pengawas yang berdedikasi dan berani menegakkan kebenaran. Sifat semulajadi yang ada pada Zaara memang sukar dilihat pada setiap orang pengawas di sekolah ini.

Iman Nadhirah mengurut pelipisnya. Sakit kepalanya memikirkan masalah ini. "Apa salah aku sampai kau sanggup buat benda macam ni? Setahu aku, sepanjang aku belajar di Sekolah Menengah Tunku Ibrahim selama lebih dari dua tahun, aku tak pernah sekalipun kacau hidup orang," akuinya.

Tiba-tiba kedengaran suara dehaman daripada mereka yang berada di situ kecuali Zaara.

Iman Nadhirah memandang pemilik-pemilik suara dehaman tersebut. Mereka semua memberi jelingan tajam lalu mengerling Zafriel Adrian yang duduk di sebelah gadis itu. Iman Nadhirah memandang sang lelaki yang berada di sebelahnya itu.

Zafriel Adrian dengan muka mencuka merenung tajam Cik Pembuat Masalah itu. Iman Nadhurah tersengih. Baru dia mengerti dengan jelingan dan renungan yang diberikan. "Err... kecuali pengawas bajet alim ni."

Iman Nadzir menjegilkan mata. Mulut tu, tak boleh ke panggil elok sikit. Sudahlah di depan guru. Paling teruk depan pengetua dia memanggil Zafriel Adrian sebegitu! Nasib badanlah sahabatnya itu kerana mempunyai tunang seperti adiknya.

Cikgu Watie dan pengetua menggeleng kecil. "Zaara Aqeela binti Datuk Bahaman," panggil pengetua.

Zaara membulatkan matanya. Yang lain menutup mulut menahan tawa yang sudah ingin diletus. Iman Nadzir segera membetulkan kesilapan pengetua itu. "Tuan, bukan Datuk Bahaman, Datuk Bahari. Datuk Bahaman tu dalam Sejarah tingkatan dua, bukan ayah Zaara." Akhirnya terletus juga tawanya. Namun dia hanya tertawa kecil. Tidak berani dia mahu mentertawakan kesilapan pengetua. Silap haribulan, lebam badan akibat diterajang keluar dari sekolah. Dan muncullah akhbar dengan tajuk utama, 'PENGETUA SEKOLAH MENERAJANG PELAJAR KERANA MENTERTAWA KESILAPAN YANG DILAKUKAN'.

Haru weii! Mahu kena pelangkung dengan papa nanti!

Pengetua berdeham bagi menghilangkan rasa malu ditegur pelajar sekolahnya. "Ermm... maafkan saya. Zaara Aqeela binti Datuk Bahari, saya ingin melucutkan jawatan awak sebagai pengawas.

Terkejut semua yang berada di situ. Zaara terus melutu di hadapan pengetua itu. "Tuan, janganlah hukum saya begini. Bukan salah saya seorang. Ada dua lagi budak junior yang bersubahat. Tuan hukumlah saya apa-apapun. Tapi jangan sampai lucutkan jawatan saya," rayunya. Air mata yang sedati tadi ditahan jatuh berjuraian di pipi.

Cikgu Watie yang lama berdiam diri bersuara, "Siapa yang merancang? Saya tak percaya kalau budak-budak junior yang rancang. Mereka takkan berani aniaya Iman sebegitu. Tambahan pula, dia baik dengan semua orang."

Tanpa disedari, hidung Iman Nadhirah terkembang kempis akibat dipuji gurunya itu. Siapa tak bangga wei?!

Zaara terdiam terus.

Zafriel Adrian berbisik ke telinga Iman Nadzir yang duduk di sebelahnya itu, "Kau tahu ke siapa budak junior tu?"

Iman Nadzir menyilangkan tangan di dada seraya mengangguk. "Aku cam muka dia orang. Dan perancang utama kes ini, Zaara bukan budak junior itu."

Zafriel Adrian mengetap bibir sekejap. Seperti yang diagak. Meskipun pelik dengan perbuatan Zaara yang tidak patut dilakukan, tetapi dia tahu Zaara itu pakar mengugut orang. Kalah along yang mintak hutang itu. Agaknya gadis itu memang bekerja dengan along kut? Zafriel Adrian menggeleng. Apa benda yang aku melalut ni?

Pengetua menghela nafas. "Beginilah, saya akan hukum budak dua orang itu dengan membersihkan tandas setiap blok di sekolah ini selama sebulan. Awak pula saya lucutkan jawatan bersama dengan hukuman membersihkan  kelas semua tingkatan menengah bawah."

Zaara terkejut. "Apa?! Kenapa hukuman saya lebih berat daripada mereka? Ini tidak adil!" Bantahnya sekeras hati. Peduli apa dia pengetua tak pengetua, dia tetap tidak setuju.

"Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku." Tiba-tiba terdengar suara menyanyi. Semua mencerlung mata ke arah Iman Nadhirah yang menyanyi dengan gaya jari telunjuk diangkat dan digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Gadis itu memyengih.

"Itulah hukuman awak. Memandangkan awak ialah dalang utama dalam kes ini!"

Iman Nadhirah berdeham. Dia mengangkat tangan. "Boleh saya bercakap?" Pelajar lelaki yang masing-masing ada hubungan dengannya itu memandang Iman Nadhirah. Terasa aneh pula. Bila masa dia pandai minta izin? Sudahlah tadi selamba badak aje menyanyi.

"Saya tak setuju dengan hukuman itu," luah Iman Nadhirah menyebabkan semua yang berada di situ terkejut.

"Saya cadangkan kita buang terus dia dari sekolah ini! Muahahahaha!" Ketawa jahat bergema di dalam bilik disiplin tersebut. Namun dibalas dengan pandangan yang tidak punya perasaan bersama dengan bunyi,

Krikk... Krikk...

Iman Nadhirah menyengih. Dia kemudiannya bangun dari kerusi empuk yang didudukinya tadi. "Ermm... maksud saya, saya tak setuju dengan hukuman itu kerana peristiwa ini baru berlaku dua kali. Dan saya rasa tuan patut beri Zaara peluang. Mungkin tindakan yang diambil sebelum bagi mengenakan saya tidak difikir dengan matang."


Dia menghela nafas sebelum menyambung, "Tambahan pula, tak ramai pengawas di sekolah ini mempunyai rasa tanggungjawab dan berani menegakkan kebenaran seperti apa yang ada pada diri Zaara. Suapa saja yang ada sifat itu? Jikalau ada sekalipun, terlampau sedikit dan boleh dihitung dengan jari. Tuan sanggup hilang seorang pengawas yang berdedikasi dan cemerlang seperti Zaara? Susah mahu cari pengganti, tuan. Jangan sampai menyesal tak sudah. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran." (Betul ke peribahasa tu? Kalau salah tolong betulkan. Author betul-betul tak ingat)

Iman Nadhirah menamatkan hujahnya. Wajah-wajah di situ dipandang satu persatu. Semuanya terlopong mendengar hujah matang yang disampaikan oleh Cik Troublemaker sekolah! Sanhat ketara jika ingin dibandingkan dengan sifat keanak-anakkan dan tidak matang gadis itu.

Iman Nadhirah menggaru kepala. Kenapa dengan dia orang ni?


✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩

Oh ya, aku memang serius mintak tolong korang pasal vacation ke pantai tu. Please jangan vote je kalau korang betul-betul nak cerita ni diupdate! Author mohon sangat-sangat!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now