67

3K 186 34
                                    

Zafriel Adrian mencari-cari kelibat Iman Nadhirah. Waktu itu waktu rehat. Kelihatan semua orang sibuk mahu ke kantin. Cuma satu yang pelik pada lelaki itu. Semua orang kelihatan lebih mementingkan diri sendiri. Tiada sapaan yang diterima seperti kebiasaan.

Tak lama kemudian, dua biji matanya tertancap pada seseorang yang membelakanginya. Seorang gadis lengkap berseragam sekolah bersama dengan tudung putih. Laju Zafriel Adrian mendapatkan gadis itu. "Nadhirah!" Panggilnya.

Berkali-kali dia memanggil Iman Nadhirah. Sekalipun gadis itu tidak menoleh. Entah kerana tidak dengar ataupun sengaja buat tidak tahu.

Zafriel Adrian terus menahan pergerakan gadis itu dengan memegang lengannya yang berlapik baju.

Iman Nadhirah merengus. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Zafriel Adrian. "Ish, lepaslah!"

"Tak selagi kau beritahu aku, kenapa kau mengelak dari aku?" Soal Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah memandang tepat ke anak mata lelaki itu. "Kau nak tahu kenapa? Sebab kau, aku masuk hospitak! Sebab kau, aku hilang ingatan! Sebab kaulah aku masuk rumah puaka tu!" Jerkahnya.

Zafriel Adrian tersentak. Pastinya Iman Nadzir sudah menceritakan segala-galanya. "Aku tahu aku salah, Nadhirah. Aku minta maaf. Tapi aku tak tahu kau nak masuk rumah hantu tu. Kalau aku tahu, aku takkan benarkan," terangnya.

Iman Nadhirah tersenyum sinis. "Kalaulah sesenang itu aku boleh maafkan. Senang betul kau cakap ya? Kau tahu kan aku trauma?!"

Zafriel Adrian mengangguk. "Ya aku tahu. Aku janji aku takkan benarkan perkara tu berlaku lagi. Aku janji aku akan selidik dahulu. Aku janji aku akan lindungi kau macam yang aku kata dulu?"

Iman Nadhirah menggeleng. "Tak! Kau tak pernah cakap pun. Hanya Ian yang pernah kata begitu. Ian yang janji bukan kau."

"Nadhirah, kenapa kau kata macam Ian tu orang lain. Ian itu aku! Aku dan dia orang yang sama." Berkerut-kerut Zafriel Adrian berkata. Rasa pelik dengan apa yang dituturkan Iman Nadhirah.

"Tak! Ian dah mati. Ian dah takde. Kau Zafriel bukan Ian aku! Ian aku dah takde. Aku rindukan Ian. Ian yang aku kenal akan sentiasa jaga aku. Dia takkan buat aku menangis. Dia akan kotakan semua janji dia," beritahu Iman Nadhirah. Air mata mula melimpah.

Zafriel Adrian menggeleng. "Apa kau merepek ni? Ni aku! Akulah Ian. Takkan sebabkan hal tu, kau kata Ian dah mati? Aku tetap orang yang sama. Aku tetap Ian!"

"No, kau berambus! Aku tak kenal kau Zafriel. Aku hanya kenal Ian! Aku hanya kenal Ian!"

Terus Zafriel Adrian terjaga dari tidurnya. Dia termengah-mengah di atas katil. Peluh yang mula merenik di dahi disekanya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Iman Nadhirah di dalam mimpi yang seakan realiti itu.

"Ian yang janji bukan kau."

"Ian aku dah takde."

"Aku tak kenal kau Zafriel. Aku hanya kenal Ian!"

Zafriel Adrian meraup wajah. Dia beristighfar di dalam hati. "Tenang, Zafriel. Ianya cuma mimpi. Nadhirah takkan tinggalkan kau lagi."

Menggigil tubuh Zafriel Adrian. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia memandang jam di dinding. 3 pagi.

Tanpa melengahkan masa, Zafriel Adrian bangun dari katil. Dia masuk ke dalam bilik air. Sudah alang-alang terbangun, apa salahnya dia menunaikan solat tahajjud. Sekaligus ingin melupakan mimpi yang agak ngeri baginya itu.

______________

Zafriel Adrian mengemas barang-barangnya sebaik sahaja loceng sekolah menandakan waktu pulang itu berbunyi. Kemudian, laju langkahnya diatur menuruni anak tangga. Dan akhirnya tiba di parkir motor. Dari jauh sudah kelihatan Iman Nadzir ingin bergerak pulang. "Nadzir!" Panggilnya.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now