69

3.4K 199 16
                                    

Seminggu selepas PT3...

"Harini apa program?" Soal Ainnur.

Darmia membuka begnya mencari sesuatu. Iman Nadhirah langsung tidak ambil endah tentang kawan-kawannya. Tumpuannya lebih kepada guru yang sedang memberi taklimat pada pagi itu. Intan pula menggaru kepala mengingat kembali aktiviti selepas PT3 yang diadakan pada hari ini.

"Talent competition and explorace," jawab Iman Nadhirah tanpa menoleh.

"Hah?" Ketiga-tiga orang gadis itu bersuara. Yalah, tiba-tiba sahaja gadis itu bersuara sedangkan dia lebih menumpukan perhatian pada Cikgu Qalesya yang sedang bercakap di atas pentas.

"Talent competition and explorace aktiviti kita hari ini sampai balik. Dianjurkan kelab seni dan kebudayaan," terang Iman Nadhirah. Suaranya tidak terlalu tegas, lembut sahaja. Seperti mengajar anak cara berjalan. Eh berjalan?

Ketiga-tiga orang gadis itu mengangguk.

"Oh... tapi aku tak nak talent competition. Nak explorace," beritahu Darmia.

Ainnur mengangguk bersetuju manakala Intan menggeleng. "Tak nak! Kita masuklah talent competition. Best apa?" Katanya.

"Eh kau ni, bercakap dalam kelas pun main tolak-tolak orang inikan pula nak masuk talent competition. Dalam mimpi sajalah!" Sindir Ainnur.

"Kau nak yang mana, Iman?" Tanya Darmia malas mahu mempedulikan dua orang kawannya yang sedang bertikam lidah.

Iman Nadhirah mengangkat bahu. "Entah. Tapi apa salahnya kita masuk talent competition tu? Tiap-tiap tahun masuk explorace, bosan pulak. Dahlah asyik-asyik kita yang menang. Kesian kat dia orang yang lain tak pernah menang tu. Bagilah chance kat diorang."

Darmia baru sahaja ingin mempertahankan pendapatnya, Cikgu Qalesya sudah berjalan mendekati barisan pelajar tingkatan tiga.

"Hari ini, kita akan bahagikan pada dua kumpulan. Tingkatan 3 harini ada 112 orang. Sebelum itu, saya nak tanya, siapa yang ada janji nak tolong cikgu ke apa, boleh pergi sekarang," arah Cikgu Watie.

Beberapa orang pelajar bangun keluar dari barisan kelas. Kelihatan Cikgu Adela mengira pelajar-pelajar itu. Mungkin ingin mengetahui jumlah pelajar yang tidak menyertai aktiviti tersebut.

"Okey, tepat-tepat 12 orang yang pergi. So, tinggal 100 orang. Ha, senang saya nak bahagikan kau orang ni. Kelas 3 Teratai will take part in talent competition which is with Cikgu Farhana and Cikgu Raisha..."

"What? Tak boleh pilih?" Rungut Darmia.

Intan pula bertepuk tangan penuh kegembiraan. Iman Nadhirah seperti biasa buat tidak tahu sahaja.

"Anyone yang nak exchange ke explorace, raise up your hand. I need 15 people."

Laju sahaja Darmia dan Ainnur mengangkat tangan. Iman Nadhirah memerhati. Ramai juga yang nak exchange. Lebih dari yang sepatutnya. Siapa yang dapat tu kira bertuah lah...

Malang bagi Darmia dan Ainnur, mereka berdua tidak terpilih. Mencebik sedihlah mereka.

"Relaks, kau masih ada kami berdua," pujuk Iman Nadhirah.

Kemudian, mereka diarahkan untuk pergi ke dewan. Sampai di situ, Cikgu Raisha a.k.a cikgu triple 'at' (Gelaran Iman) memulakan program pada hari itu, "Kau orang semua ada 50 orang, so I will separate you into 10 groups. There are 5 people in one group. Dari sini, I nak you beritahu number sampai sepuluh. Then ulang balik satu. Understand?"

"Wei, dia orang nak bahagikan lah. Macam mana ni?" Soal Ainnur.

"Kau orang berdua masuk kelas lain. Kelas kita kan 17 orang perempuan? Takut tak dapat group sama pulak," terang Iman Nadhirah.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now