Iman Nadhirah mencuri lihat suaminya yang sedang bermain game racing di telefonnya. Lelaki itu sangat leka sehingga tidak mempedulikan kewujudan isterinya di sebelah. Keningnya terjungkit. Dah maju nampak? Dulu main solitaire je, sekarang racing?
Gadis itu melepaskan tawa kecil. Tanpa dia sedar suara tawanya menarik perhatian Zafriel Adrian.
"Apa yang lawak sangat?"
Serta-merta Iman Nadhirah terbatuk. "Tak ada apa-apa." Dua biji matanya melilau mengalihkan pandangan.
"Esok kau daftar sem baru kan?"
Iman Nadhirah mengangguk.
"Boleh pergi sendiri kan?"
"Hah?" Terbuntang biji mata Iman Nadhirah. Tidak pernah-pernah orang laun suruh dia ke universitinya sendiri. Biasanya memang Iman Nadzir yang tolong hantarnya ke universiti. Itupun kalau abangnya itu tak ada hal penting, kalau tidak pemandu papanya yang tolong hantarkan.
"Kenapa terkejut? Takkan sebab tak ada kereta kut? Kereta papa kan banyak. Mercedez ada, Volvo ada... kalau kau tak nak, pakai ajelah kereta aku tu," ujar Zafriel Adrian. Pandangannya tidak lagi tertumpu pada game perlumbaan kereta tadi.
"Err... kau suruh aku drive sendiri ke uni ke?" Soal Iman Nadhirah teragak-agak.
"Yelah. Kenapa?"
Kening Iman Nadhirah bertaut. Dia tak tahu atau dia buat-buat tak tahu? "Abang aku tak cerita ke?"
Giliran Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Cerita apa?"
"Aku mana ada lesen!"
"Hah? Macam mana boleh tak ada? Kau tak pergi belajar ke? Takkan tak mampu, papa Tan Sri kut... Nadzir boleh ambik lesen apasal kau tak boleh? Takkan papa tak bagi pulak?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Zafriel Adrian. Rasa terkejut apabila mendapat tahu isterinya itu tiada lesen memandu.
Tapi... bukannya teruk sangat pun?
"Aku tak pergi dan tak nak pergi. Abang outstation esok. Kalau kau tak nak tolong aku hantar, aku mintak tolong Abang Hamid aje senang!" Ujar Iman Nadhirah dengan nada rajuk.
Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. Aik, merajuk pulak ke? "Siapa cakap aku tak nak hantar?"
"Tak ada sesiapa. Tapi cara kau cakap tu macam kau malas nak hantarkan aku."
Zafriel Adrian menghela nafas perlahan. "Okay, aku hantar. Pukul berapa esok?"
"Lapan."
"Lapan malam?"
"Lapan pagilah!" Rengus Iman Nadhirah. Boleh pulak mamat ni main-main!
Zafriel Adrian hanya tersenyum kecil melihat isterinya yang marah. "Dah, tidur. Esok nak bangun awal kan?" Dia menarik selimut menyelimuti tubuh.
Iman Nadhirah mencebik. Pukul lapan aje pun! Dia kemudiannya mengikut langkah Zafriel Adrian yang sudah melelapkan mata.
Sejak dari kejadian Zafriel Adrian didenda tidur luar, mereka berdua membuat keputusan tidur sahaja di atas katil. Tidak lagi peduli akan ruang masing-masing kerana telah ditangkap Puan Sri Ilyana.
_____________________________
Sudah masuk tiga hari Iman Nadhirah memulakan semester baharu. Tiga hari juga dia dihantar dan dijemput suaminya. Iman Nadhirah memakai jam tangan yang sama dengan Zafriel Adrian. Sampai sekarang lelaki itu masih tidak tahu bahawa pengirim hadiah itu ialah orang yang terdekat dengannya.
"Lama lagi ke?" Soal Zafriel Adrian. Kepalanya terjengul di muka pintu memandang Iman Nadhirah yang masih berdiri di hadapan meja solek. Keningnya berkerut. T-shirt lagi?
![](https://img.wattpad.com/cover/58704508-288-k959285.jpg)
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...